Wednesday, August 12, 2009

Sah! Bukan mayat Noordin Mat Top!

NoordinTop

Pengganas paling dikehendaki, Noordin Mat Top disahkan bukan lelaki yang berjaya ditembak mati pasukan elit Polis Indonesia, Densus 88 di Temanggung, Jawa Tengah baru-baru ini

aku mendapat maklumat ini daripada rakanku di Jakarta kira-kira pukul 10.30 pagi ini

dalam erti kata lain, dia masih lepas bebas

licik betul mamat nih….sebab tulah ramai tak faham kenapa kerajaan masih mengekalkan ISA

percayalah, jika tanpa ISA, dah lama Kuala Lumpur kena bom seperti mana yang terjadi di Jakarta dan Bali

biarpun ada desakan untuk mengkaji akta tersebut, bagi aku OK, kajilah dan pindalah apa yang patut, tetapi tolonglah jangan hapuskan terus ISA

memang mudah untuk kita kata tuduhlah mereka yang disyaki di mahkamah terbuka, tetapi percayalah mereka ini sangat licik untuk dibuktikan kesalahan mereka itu

mereka tak simpan bom, mereka tak simpan peluru…tetapi orang seperti Noordin ada senjata yang lebih dahsyat dari itu iaitu PENGARUH

dengan senjata inilah, dia boleh membuatkan pengikutnya taksub dan bertindak seolah-olah perbuatan mereka ini direstui Allah

Noordin telah berjaya meyakinkan pengikutnya bahawa jika mereka mati, mereka akan mati syahid, Noordin telah berjaya menyakinkan pengikutnya kalau mereka syahid, mereka boleh pilih mana-mana ahli keluarga mereka untuk dibawa ke syurga

jadi akta apa kita nak guna terhadap orang macam Noordin? bukti yang macam mana kita nak bawa ke mahkamah bagi membolehkan dia dihukum?

sedangkan orang yang dituduh membunuh dan dah cukup bukti pun senang-senang boleh terlepas, apatah lagi orang macam Noordin yang aku percaya, sebutir peluru pun dia tak simpan

sebenarnya aku malas nak ulas lebih-lebih dalam hal ini kerana aku tahu, akan ada beribu point yang boleh korang guna untuk menidakkan hujah aku ini

tak mengapalah, seperti mana aku hormat pandangan korang, aku harap korang pun boleh hormat pandangan aku

bersamalah kita berdoa agar negara kita terus aman dan terpelihara daripada perbuatan keji Noordin dan para-pengikutnya

ingat, seperti mana aku selalu katakan, niat tidak boleh menghalalkan cara, Wallahualam.

0 comments: