Friday, May 8, 2009

Ancaman Jemaah Islamiah (JI) Bukan Sandiwara!

ji
Ketika PDRM melancarkan gerakan besar-besaran melumpuhkan pergerakan Jemaah Islamiah (JI), aku amat tertarik untuk membaca artikel di akhbar yang melaporkan perkembangan siasatan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak Cawangan Khas (SB)

setiap hari ada saja tangkapan, lepas satu, satu. Lepas satu, satu.

seperti orang lain, aku juga pada awalnya agak skeptikal dengan operasi berkenaan. Dalam hati ada juga terdetik, betul ke polis ni….takkan ustaz dan lebai yang ditangkap itu boleh mempunyai ’split personality’, maksudnya sekejap jadi baik dan sekejap jadi jahat. Musykil.

Dan dalam blog yang kerdil ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang diperoleh kawan wartawan aku daripada pihak berkuasa mengenai pergerakan kumpulan berkenaan

Member aku ini juga bersyukur kerana berkesempatan menemui sendiri beberapa orang anggota bekas JI yang sudi berkongsi pengalaman mereka

kemuncaknya, dia berjaya menemubual sendiri Ustaz Abu Bakar Basyir yang dianggap orang yang memainkan peranan penting dalam pergerakan JI di rantau ini di pondok pengajiannya dekat Nguruki, Solo, Indonesia tiga tahun lalu

untuk pengetahuan korang, JI bukan orang Pas. Mereka ini tidak percaya pada sistem politik. Ini kerana bagi mereka kuasa politik tidak mampu menegakkan kedaulatan Islam

Paling menakutkan, anggota JI ini sangat ekstrim dalam perjuangan sehingga mereka percaya bahawa mereka boleh merompak dan membunuh orang bukan Islam dalam usaha `melindungi Islam’.

Mereka menghantar pasukan untuk berperang dengan orang Kristian di Ambon, Indonesia. Mereka membina kekuatan dengan mencari tapak latihan ketenteraan di Mindanao, Filipina.

Di dalam negeri, mereka pernah menyerang balai polis Guar Chempedak untuk merampas senjata tetapi gagal.

Mereka menembak lelaki bukan Islam yang menjalin hubungan dengan wanita Islam. Mereka juga mengebom sebuah kuil Hindu di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mencetuskan masalah ketenteraman awam.

Kumpulan itu menghalalkan kejahatan dan jenayah yang dilakukan atas nama jihad Islam. Wang rompakan misalnya ditafsirkan sebagai halal digunakan bagi tujuan membiayai operasi pergerakan ini

Mereka percaya jika mereka terkorban ketika melakukan kejahatan, mereka akan mati syahid. Sebagai orang yang `mati syahid’, pada hari pembalasan di akhirat kelak, mereka yakin mereka akan dibenarkan oleh Tuhan membawa ahli keluarga terdekat masuk syurga.

Pemahaman agama yang melencong ini diburukkan lagi oleh usrah-usrah agama yang mereka sertai.

Sebahagian daripada mereka mendapat pendidikan agama atas perbelanjaan sendiri di Mesir dan Pakistan serta terdedah kepada latihan gerila dan tafsiran-tafsiran agama sempit puak-puak mujahidin di negara Afghanistan yang sedang bergolak.

Apabila mereka balik ke Malaysia, mereka terbawa-bawa dengan sentimen anti Barat, pandangan anti-kerajaan sekular dan nilai-nilai ortodoks yang menjadi pegangan aktivis-aktivis mujahidin.

Difahamkan kumpulan itu beberapa kali membawa masuk pendakwah dan anggota militan Islam Indonesia yang mengajar tentang mati syahid.

Mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan-kumpulan pengganas Islam di peringkat antarabangsa iaitu dengan mujahidin Afghanistan, gerakan gerila Islam di Mindanao dan kumpulan militan Indonesia.

masalahnya, berapa ramai di antara kita yang benar-benar percaya fakta-fakta ini?

aku yakin, kalau diceritakan kisah ini kepada 10 orang, mungkin takde seorang pun daripada kita yang percaya tentangnya.

untuk itu, apakata korang klik dekat sini baca

untuk pengetahuan korang, member aku ini berada dalam sidang akhbar tersebut dan ditugaskan untuk melaporkannya

oleh itu aku berharap sangat agar kita membuka minda kita seluas-luasnya

cuba tanya pada diri kita, kenapakah Malaysia tidak pernah menjadi sasaran pengganas seperti mana yang berlaku di Bali, Selatan Thai, Manila, Zamboanga dan lain-lain lagi sedangkan kita tahu ramai yang terlibat adalah rakyat negara ini sendiri

jawapannya hanya satu…kita tahu ini bukan sandiwara dan kita telah ambil langkah dengan cepat menyumbatkan mereka ini ke dalam penjara sebelum nasi menjadi bubur

malang sekali masih ramai yang menganggap ini semua lakonan semata-mata dan dibuat atas dasar kepentingan politik pihak-pihak tertentu

:super: : entahlah…


0 comments: