Monday, May 11, 2009

Bila Salleh Majid Buka Mulut…

Arwah abah aku hanya seorang anggota polis pangkat rendah, tapi dia mempunyai perangai yang agak pelik…dia suka membaca dan tengok warta berita (dulu mana ada Buletin Utama kan)

kalau dia pulang daripada menjalankan tugas, perkara pertama yang dia akan buat ialah switch on tv hitam putih kami (manalah mampu pakai tv warna masa tu) sebab nak tengok siaran berita, kekadang baju dia pun lum sempat buka lagi.

Lepas tu dia akan bercerita kat kami apa saja perkembangan yang berlaku kat dunia ni, daripada isu skandal Watergate Presiden Nixon hinggalah cerita John Travolta, kami adik beradik yang masa tu membaca pun tak reti lagi menganga je mulut dengar dia bercerita

mungkin benda tu turun kat aku walaupun jadi wartawan dalam blog kerdil ini, hahahaha. Terus terang, kalau bukan kerana dia, mungkin aku sekarang ni dah jadi tokey ayam!

salleh

berbalik kepada topik di atas, arwah pernah bercerita kat aku yang kami ada seorang saudara ‘yang bau-bau bacang’ bernama Salleh Majid.

Masa tu Salleh ni jadi pensyarah di ITM (sekarang UITM). Arwah pantang dengar nama Salleh Majid, dia pasti akan memuji mamat ni berbuih-buih mulut

menurut arwah, Salleh Majid ni genius Melayulah, pakar ekonomilah, orang hebatlah dan macam-macam lagi sampai aku pernah terfikir, apa kena dengan bapak aku ni!

namun dua puluh tahun selepas itu baru aku sedar apa yang abah asyik cerita kat aku dulu

Selepas berhenti dari ITM, Salleh mula menyertai bidang korporat dan sejak itulah namanya sering meniti di bibir orang-orang bisnis dan para pelabur

dengan kapasiti sebagai Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Salleh sering dijemput memberi ceramah sama ada dalam seminar tempatan dan antarabangsa, mahu pun di TV dan ceruk2 kampung

jangan terkejut, dia selalu gi ofis naik motor ok!

kelebihan Salleh adalah dia boleh menjelaskan isu ekonomi yang kompleks hingga orang kampung yang tak tahu apa-apa pasal saham pun boleh faham dari A sampai Z.

Tak lama dulu Salleh ‘hilang’ sekejap, katanya dia kena sakit buah pinggang, wallahualam

pagi tadi aku terbaca satu artikelnya dalam Utusan Malaysia. My God! He is a damn good writer!

Dia boleh explain pasal masalah yang sedang Malaysia hadapi sekarang ini dengan begitu mudah, ringkas dan sangat menarik.

Ini antara pointnya yang menarik:

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.

Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.

Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.

Nampak tak, dia seorang pakar ekonomi tapi cara dia ulas macam duduk kedai kopi je. Ini bagi aku satu bentuk penulisan yang baik…tak perlu guna istilah ekonomi yang pelik-pelik, style dia simple and direct to the point.

kalau korang nak baca lebih lanjut, boleh pergi kat address ni ~

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

:super: : teringat kat abah…

0 comments: