Thursday, May 7, 2009

Jangan Kerap Keluar Malam…

2559877374_cbe5623563

Shah Alam merupakan ‘rumah keberapa’ aku (ehe.... aku ni jenis suka pindah randah zaman muda-muda dulu), tempat di mana dulunya aku tinggal, belajar dan bekerja.Bandar ini boleh dikatakan bandar ilmu kerana didiami beribu-ribu student IPT seperti bebudak UITM, Unisel, MSU, Politeknik dan berbagai lagi

namun ada satu perkara yang sering meresahkanku, iaitu tabiat para student kita yang sering keluar pada waktu larut malam, sama ada belajar bersama rakan-rakan di restoran Mamak atau sekadar berbual-bual kosong di kopitiam yang bercambah di bandar itu

aku faham, sekarang ni banyak restoran yang menyediakan WiFi, aku faham hampir majoriti pelajar IPT dah ada laptop, tapi sampai sekarang aku tak faham macam mana student-student kita boleh belajar di tempat yang bising dan ramai orang seperti di kedai-kedai Mamak ini

kalau korang tak percaya, korang turunlah Shah Alam

aku mungkin kolot dan ketinggalan zaman, otak aku mungkin tak secerdik student zaman sekarang, tapi aku percaya kalau nak belajar, mahu tak mahu kita perlukan satu suasana yang tenang dan kondusif, kalau aku salah aku minta maaf

aku bercakap soal ini kerana dah terlalu banyak kemalangan maut berlaku di Shah Alam yang melibatkan student IPT kita, terutama dari UITM

dan yang lebih menghairankan, selalunya kemalangan maut itu terjadi pada pukul 12 malam dan ke atas

depan mata aku, pernah berlaku satu kemalangan yang mengorbankan tiga student UNISEL di bulatan depan UITM, pun di waktu larut malam

terbaru dua tiga hari lepas, seorang pelajar jurusan perniagaan juga dari UITM, Syarifah Nabilla Alhady terbunuh dalam kemalangan juga di Shah Alam…waktu kemalangan sekitar pukul 3.45 pagi

arwah yang berbaju kurung hijau dan menongkat dagu (http://ditkptmas2005.blogspot.com)

arwah yang berbaju kurung hijau dan menongkat dagu (http://ditkptmas2005.blogspot.com)

terus terang, aku tidak pernah bersangka buruk, aku tahu sebagai seorang student IPT, banyak tugasan yang perlu disiapkan dan selalunya ia akan mengambil masa hingga ke subuh

tetapi bukankah lebih elok sekiranya semua tugasan itu dibereskan di rumah daripada di tempat lain

dalam kes Syarifah Nabilla, aku percaya arwah juga seperti rakannya yang lain sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Korang sendiri boleh tengok bagaimana kertas-kertas soalan peperiksaannya bertaburan di atas jalan sewaktu kemalangan

kertas ulangkaji arwah yang bertaburan (www.ondscene.via.my)

kertas soalan peperiksaan arwah yang bertaburan (www.ondscene.via.my)

aku harap biarlah kes Syarifah Nabilla merupakan kes terakhir dan tiada lagi kejadian seumpamanya berlaku selepas ini

nasihat aku kepada pelajar kita, kurangkanlah keluar pada waktu larut malam biarpun kerana sibuk hendak menyiapkan tugasan atau study anda, kecuali jika keadaan menjadi begitu memaksa

keluar malam hanya akan mendedahkan kita kepada risiko jenayah dan kemalangan tragis seperti mana yang banyak berlaku di bandar ini dan tempat-tempat lain juga

kepada keluarga Syarifah Nabilla, banyakkan bersabar di atas dugaan berat ini, ternyata Allah lebih menyayanginya

pada semua yang membaca blog ini sekarang, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh-soleh.

Al-Fatihah

:super:: Sendiri mau ingat laaaaa

0 comments: