Sunday, April 26, 2009

Alamak…terlebih ‘Viagra’ ke ni?

old-man

Akibat sering berbalah mengenai fahaman agama masing-masing, seorang warga emas berusia 88 tahun mati dipukul teman sebiliknya di Rumah Orang Tua Jubli Perak Sungai Dua tempohari.

Kejadian berlaku ketika suspek yang berusia 84 tahun ‘naik angin’ dan gagal mengawal kemarahannya. Dia lalu memukul mangsa dengan batu di bilik mereka pada kira-kira pukul 1 petang.Mangsa, Yeoh Teng Cheong yang parah dalam kejadian itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati, mangsa dan suspek merupakan rakan sebilik dan sering bergaduh mengenai fahaman agama masing-masing.

Menurut Azam, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

:super: : Yang dah tua nyanyuk pun cepat naik marah, apatah lagi i yang baru 20-an ini aww!!!…..larrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :nangis:


0 comments: