Sunday, April 5, 2009

Gara-gara Nak Jadi Gigolo

naked20bare

Catatan si wartawan

Masa aku jadi wartawan jenayah dulu, kerap jugalah aku pergi ke pejabat Datuk Micheal Chong kat Biro Pengaduan Awam di Wisma MCA

Ada aje kisah kat pejabat dia tu, macam-macam orang datang mengadu masalah kat dia…yang paling banyak adalah mangsa ceti haram Along

Yang lawaknya, bukan mangsa Along je datang mengadu, Along sendiri pun ada yang datang mengadu

Semuanya gara-gara si peminjam bantai tak bayar hutang!

Sampai la ni ada pegawai dia yang call aku kalau ada kes menarik, walaupun aku dah lama meninggalkan karier sebagai wartawan jenayah ni

Yang terbaru ada satu kes seorang salesmen muda yang nak cari duit ‘part time’ untuk saving dia

Untuk itu mamat ni sudah pergi interview untuk jadi GRO di sebuah kelab malam (hah jangan ingat perempuan je leh jadi GRO)

Sampai kat tempat yang dijanjikan, si penemuduga ni bantai pujuk mamat ini agar kerja sebagai gigolo (pelacur lelaki) instead of GRO. Katanya mamat ni hensem, rugi kalau setakat jadi GRO

Lagipun katanya pendapatan sebagai gigolo lebih ‘masyuk’

Yang aku nak tergelak, si penemuduga ini kemudiannya menyuruh mamat salesmen tadi berbogel untuk diambil gambar

Mamat salesmen yang terdesak itu kemudian bersetuju untuk berbuat demikian. Lepas tu dari hari ke hari dia langsung tidak dihubungi seperti mana yang dijanjikan

Menyedari dirinya telah ditipu, dia pun datang mengadu kat Datuk Micheal Chong…dia risau sangat takut gambar bogelnya itu disebarkan atau jatuh di tangan pihak yang tak bertanggung jawab

Nah, sekarang sapa yang susah, aduh..dunia…dunia

So pada semua yang tengah baca blog ini, ingat satu benda, tak payahlah buat kerja bangang macam tu

Banyak lagi kerja halal yang ada kat Malaysia ni daripada nak jadi giogolo

Maruah tergadai begitu saja dek upah yang tak seberapa

Ingatlah…duit ‘lendir’ macam ni tak berkat hidup beb….


0 comments: