Catatan si wartawan
Aku sangat terkejut apabila mengetahui yang Bernama TV yang baru setahun beroperasi itu dah mencatat kerugian RM14 juta, mak oooii…itu belum dicampur hutang mereka pada ‘content provider’ yang membekalkan program kepada stesen tv berkenaan
aku dimaklumkan penubuhan Bernama TV ada kaitan dengan geng-geng Tingkat 4 masa zaman Pak Lah
actually dulu aku nyaris-nyaris involve dengan projek Bernama TV ni, company lama aku antara syarikat paling awal yang diminta untuk menjadi konsultan kepada projek berkenaan
maka berulang-aliklah staff company lama aku dari Shah Alam ke ibu pejabat Bernama di Jalan Tun Razak untuk buat kerja-kerja konsultansi mereka
entah di mana silapnya, semua yang dirancangkan tiba-tiba tak menjadi…company aku kemudian mengambil keputusan untuk menarik diri daripada projek berkenaan ‘dengan berat hati’
mungkin blogger Pauline Antarawaktu dan blogger 001BeautifulCrazy boleh share experience mereka ):
aku malas nak komen lebih-lebih fiasco yang berlaku, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai perkara ini, korang boleh layari http://weechookeong.wordpress.com/2009/03/20/your-mp%E2%80%99s-question-of-the-week-50/
haih…macam-macam…
0 comments:
Post a Comment