” Kasihnya ibu Membawa ke syurga
Kasihnya saudara Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa Tanda kasihnya”
Tiba-tiba lagu ini terngiang-ngiang di mindaku sebaik saja terbaca berita di akhbar Kosmo! pagi tadi
Di JOHOR BAHRU, seorang wanita yang mahu menyelamatkan anak lelakinya yang disangka terperangkap dalam bilik yang terbakar tetapi dia pula mati rentung.
Mayat Kong Le Lee, 43, ditemui mati di depan pintu bilik anaknya yang telahpun dapat menyelamatkan diri terlebih dahulu.
Kejadian pukul 6 pagi di sebuah rumah di Taman Setia Indah di sini semalam berlaku ketika Le Lee, suami dan anaknya yang berusia 14 tahun itu sedang tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.
Difahamkan ketika kebakaran, Le Lee cuba untuk menyelamatkan anaknya tanpa menyedari anaknya itu telah berjaya keluar dari rumah.
Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Azman Jantan berkata, mayat wanita itu ditemui di dalam bilik anak mangsa dalam keadaan terlentang di hadapan pintu.
: Apa khabar ibu anda sekarang?
0 comments:
Post a Comment