Monday, February 1, 2010

2010 - Adakah Kita Mampu Untuk Melakukan Perubahan?


Adakah kita mampu untuk melakukan perubahan diatas kesilapan yang telah kita lakukan ke atas bumi tercinta ini? Adakah tahun 2010 merupakan tahun bermulanya perubahan yang patut kita lakukan perubahan tersebut?

Berhenti daripada merosakkan alam semulajadi. Setiap dari kita mempunyai tugas untuk menjaga alam semulajadi.

Maka lakukan tugas tersebut.

Thursday, January 28, 2010

Menanggung Risiko Kerana Rezeki



Mungkin kerana terlalu lapar, seekor tikus sanggup berdepan dengan maut. Itulah yang terjadi apabila ianya hanya diperhatikan oleh seekor harimau bintang Afrika berumur 12 tahun, Sheena. 



Gambar ini telah dirakam oleh seorang pelajar jurusan fotografi iaitu Casey Gutteridge (19 tahun) di Santago Rare Leopard Project di Hertfordshire.


Beliau tidak mengetahui dari mana datangnya tikus tersebut, tetapi muncul secara tiba-tiba apabila penjaga harimau tersebut memberi makanan.






Yang pasti, harimau bintang tersebut hanya membiarkan sahaja tikus tersebut makan sambil mengusap lidahnya seolah-olah memandikan tikus tersebut.


"Ianya agak melucukan apabila melihat Sheena hanya mengusap tikus tersebut beberapa kali supaya  meninggalkan makanannya", celah pengurus projek, Jackie James. 



Sheena telah dibawa ke Santago Rare Leopard Project dari Zoo UK apabila umurnya hanya 4 bulan.
Sheena adalah sebahagian daripada 14 ekor harimau yang menjadi koleksi peribadi mendiang suami Jackie iaitu Peter pada tahun 1989.

Monday, January 25, 2010

Padah Menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail



BANGI: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.
Beliau yang memandang serius perkara itu berkata beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

"Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

"Kita mahu rakyat menghargai mereka yang sudah memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas ketua negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang diPertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan terhadap seorang penulis blog, dikenali sebagai Aduka Taruna yang mengeluarkan kenyataan liar mengenai kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.



Semalam lebih 500 orang berkumpul berhampiran Mahkamah Johor Bahru membantah kandungan tempelan blog sama dan sebanyak 25 laporan polis telah dibuat.

Kes akan disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bersama Akta Hasutan 1948.

Friday, January 22, 2010

Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Makluman daripada Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang

Dukacita dimaklumkan secara rasmi bahawa DYMM Sultan Johor telah mangkat.


1. Oleh itu sekolah dicutikan esok dan gantinya akan ditentukan kemudian.


2. Semua aktiviti dan program sekolah dibatalkan.



Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.


Terima kasih.

Monday, January 18, 2010

Khasiat Pisang Yang Sering Kali Dilupakan



Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital, makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!


PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.
Menakjubkan!

Debat Kalimah Allah Di Al-Jazeera


Friday, January 15, 2010

Kenyataan Pelajar Malaysia Di Indonesia - Kalimah Allah



 Sedutan dr Isu Hangat

Tulisan seorang pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia berkenaan isu panas penggunaan nama Allah oleh Kristian.

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini…

(orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya.


Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek…. astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya.

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku.. wakakaka…

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible..

Tergolek aku lagi… lah, buku dakwah Kristian rupanya….risau gak klu jadi camni kat mesia ..???
Di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan “rumah allah”…

Mcm2 lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular.