Wednesday, May 13, 2009

Mungkinkah Dia Kay…Wanita Yang Sangat Disayangi Sudirman?

kamariah

Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya

aku merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau

aku sendiri tidak terkecuali.

180px-Kahwins%26kaku rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian

dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya

180px-Singinglawyer

kisah sedih perceraian mereka ada diceritakan oleh Norkumalasari di sini http://miraks.multiply.com/journal/item/13/SUDIRMAN_-_ROBOHNYA_MAHLIGAI_CINTA

di mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya aku dan ribuan peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut

namun kira-kira dua mingga lalu, aku terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan

hati aku tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu???

aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini

akhirnya aku menemui sebuah blog yang berjudul www.loveingratitude.com

penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana

aku sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing

tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang

persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu?

Wallahualam…


Tuesday, May 12, 2009

Perodua MPV D46T Akan Muncul Dalam Pasaran








Oh Malaysia…Pulau Bogelku!

gambar dari http://azharshafie.blogspot.com/

gambar dari http://azharshafie.blogspot.com/

‘Tahniah’ kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab dalam mengawal penggambaran produksi filem/ dokumentari asing di negara ini kerana TIDAK ADA SEORANG pun yang sedar bahawa negara ini telah berjaya menjadi lokasi adegan BOGEL BERAMAI-RAMAI sebuah program realiti tv Denmark, Survivor-Robinson Ekspeditionen.

secara jujur aku tidak begitu marah dengan krew produksi program ini kerana berbogel bukanlah sesuatu yang asing di negara mereka, so depa peduli apa

tetapi yang aku tak dapat terima ialah bagaimana mereka yang bertanggung jawab memantau aktiviti penggambaran ini boleh terlepas pandang sehingga benda sebegini boleh berlaku di negara kita

sebagai orang yang pernah bekerja dalam dunia televisyen, aku tahu bukan mudah untuk mana-mana syarikat produksi luar hendak menjalankan penggambaran di negara ini

mereka kena ada penaja, mereka kena submit storyboard (jalan cerita), kena isi borang LHDN, borang Imigresen, kena bayar bon, kena maklumkan jadual penggambaran, tarikh, waktu dan segala ‘mak nenek’ untuk diproses sebelum keizinan diberikan

pihak yang bertanggung jawab dalam hal ini ialah Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL)

persoalannya, bagaimana pegawai PUSPAL tidak menyedari perkara ini boleh berlaku? Di mana mereka? Adakah mereka makan gaji buta?

terus terang, aku harap sangat apa yang berlaku ini hanyalah ‘berita palsu’ semata-mata

aku gembira kerana pak menteri kita, Datuk Seri Rais Yatim berjanji akan menyiasat perkara ini, maklumlah, dunia sekarang ini macam-macam benda boleh berlaku

sekiranya benar, aku harap pegawai2 yang terlibat akan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya

kerana mereka, kita rakyat Malaysia menerima malu yang semalu-malunya!!!!

:super:: Baru-baru ni ada juga rakyat Denmark yang mengutuk penyiaran rancangan tersebut di tv mereka. Sekurang-kurangnya ada juga rakyat mereka yang perihatin tentang kita, ya.

‘Beer Halal’…Apa Kejadahnya Pulak Ni?

istak2

Aku dimaklumkan sebuah syarikat dari Iran, Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman beer tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.

Istak dihasilkan melalui pemilihan malt (bijirin biasanya barli yang diperam) paling berkualiti dan dikeluarkan menerusi syarikat yang berpengkalan di Iran, Arpanoosh Industrial Company.

konsep pemasaran yang dibawa ‘Istak’ adalah ‘Drink & Drive’ yang mana pemandu tidak perlu risau untuk memandu sekiranya meminumnya kerana ia tidak memabukkan.

Malah, ‘Istak’ kaya dengan vitamin, dapat mencegah pembentukan batu karang, mengurangkan tekanan, membina tenaga, membakar lemak dan mengurangkan 10 hingga 15 peratus kolesterol dalam darah

namun Persatuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula tidak bersetuju dengan penggunaan istilah beer halal kerana istilah tersebut dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat Islam.

Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, mereka telah menerima aduan daripada pengguna Islam mengenai bir halal yang dijual di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009).

Menurutnya, Pengguna Islam berasa kurang selesa tentang perkara ini kerana istilah bir halal yang digunakan agak keterlaluan.

So korang macam mana, mau minum itu air tu tak? Yang pasti ia tidak dijual di Beach Club atau Modesto Jalan P. Ramlee ye

YAMSENGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!

:super:: Aku minum root beer je…

Monday, May 11, 2009

Bila Salleh Majid Buka Mulut…

Arwah abah aku hanya seorang anggota polis pangkat rendah, tapi dia mempunyai perangai yang agak pelik…dia suka membaca dan tengok warta berita (dulu mana ada Buletin Utama kan)

kalau dia pulang daripada menjalankan tugas, perkara pertama yang dia akan buat ialah switch on tv hitam putih kami (manalah mampu pakai tv warna masa tu) sebab nak tengok siaran berita, kekadang baju dia pun lum sempat buka lagi.

Lepas tu dia akan bercerita kat kami apa saja perkembangan yang berlaku kat dunia ni, daripada isu skandal Watergate Presiden Nixon hinggalah cerita John Travolta, kami adik beradik yang masa tu membaca pun tak reti lagi menganga je mulut dengar dia bercerita

mungkin benda tu turun kat aku walaupun jadi wartawan dalam blog kerdil ini, hahahaha. Terus terang, kalau bukan kerana dia, mungkin aku sekarang ni dah jadi tokey ayam!

salleh

berbalik kepada topik di atas, arwah pernah bercerita kat aku yang kami ada seorang saudara ‘yang bau-bau bacang’ bernama Salleh Majid.

Masa tu Salleh ni jadi pensyarah di ITM (sekarang UITM). Arwah pantang dengar nama Salleh Majid, dia pasti akan memuji mamat ni berbuih-buih mulut

menurut arwah, Salleh Majid ni genius Melayulah, pakar ekonomilah, orang hebatlah dan macam-macam lagi sampai aku pernah terfikir, apa kena dengan bapak aku ni!

namun dua puluh tahun selepas itu baru aku sedar apa yang abah asyik cerita kat aku dulu

Selepas berhenti dari ITM, Salleh mula menyertai bidang korporat dan sejak itulah namanya sering meniti di bibir orang-orang bisnis dan para pelabur

dengan kapasiti sebagai Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Salleh sering dijemput memberi ceramah sama ada dalam seminar tempatan dan antarabangsa, mahu pun di TV dan ceruk2 kampung

jangan terkejut, dia selalu gi ofis naik motor ok!

kelebihan Salleh adalah dia boleh menjelaskan isu ekonomi yang kompleks hingga orang kampung yang tak tahu apa-apa pasal saham pun boleh faham dari A sampai Z.

Tak lama dulu Salleh ‘hilang’ sekejap, katanya dia kena sakit buah pinggang, wallahualam

pagi tadi aku terbaca satu artikelnya dalam Utusan Malaysia. My God! He is a damn good writer!

Dia boleh explain pasal masalah yang sedang Malaysia hadapi sekarang ini dengan begitu mudah, ringkas dan sangat menarik.

Ini antara pointnya yang menarik:

Dulu, dalam tahun 1970-an, kedudukan Malaysia dengan negara-negara seperti Taiwan, Korea Selatan, Singapura lebih kurang sama saja. Kini, selepas 30 tahun, kita sudah jauh ditinggalkan mereka.

Gaji pekerja di negara-negara tersebut jauh lebih tinggi daripada kita. Di negara kita daripada 1991 sehingga 2003, dikatakan purata gaji naik hanya 1 peratus sedangkan negara-negara tersebut pada satu masa sama dengan kita naik 10 peratus.

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Itu sebabnya ramai yang kerja luar negara kerana lebih diiktiraf titik peluh mereka. Lepas itu, bila tiba krisis macam sekarang, ada syarikat ambil kesempatan. Kononnya krisis, jadi kena kurangkan kos, bagi VSS kepada kakitangan supaya boleh ambil anggota yang lebih murah lepas mereka berhenti.

Jepun, Switzerland, semua tak ada hasil bumi tetapi duduk di atas tangga berdaya saing. Kita macam-macam hasil bumi ada tetapi bukannya makin naik, tetapi makin menurun.

Bila suruh buat rumah murah, semua tak mahu kononnya tak untung. Kementerian Perumahan kita entah buat apa pun tak tahu.

Berapa ramai orang yang beli rumah terpedaya. Rosak sana-sini, kopak-kapik dan yang ambil pinjaman rumah tak siap pun beribu.

Bila pemaju tak boleh jual rumah, mereka buat pameran. Yang bingung-bingung, tengok ada potongan sikit pun beli. Patut mereka ini dibiarkan saja.

Nak naik pengangkutan awam, tak cukup koc. Bau busuk dan hapak, tak ada hawa dingin, tak cukup line, nak kena hantar pergi stesen. Kalau tinggalkan kereta, hilang radio.

Nampak tak, dia seorang pakar ekonomi tapi cara dia ulas macam duduk kedai kopi je. Ini bagi aku satu bentuk penulisan yang baik…tak perlu guna istilah ekonomi yang pelik-pelik, style dia simple and direct to the point.

kalau korang nak baca lebih lanjut, boleh pergi kat address ni ~

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

:super: : teringat kat abah…

Friday, May 8, 2009

Ancaman Jemaah Islamiah (JI) Bukan Sandiwara!

ji
Ketika PDRM melancarkan gerakan besar-besaran melumpuhkan pergerakan Jemaah Islamiah (JI), aku amat tertarik untuk membaca artikel di akhbar yang melaporkan perkembangan siasatan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak Cawangan Khas (SB)

setiap hari ada saja tangkapan, lepas satu, satu. Lepas satu, satu.

seperti orang lain, aku juga pada awalnya agak skeptikal dengan operasi berkenaan. Dalam hati ada juga terdetik, betul ke polis ni….takkan ustaz dan lebai yang ditangkap itu boleh mempunyai ’split personality’, maksudnya sekejap jadi baik dan sekejap jadi jahat. Musykil.

Dan dalam blog yang kerdil ini, aku ingin berkongsi sedikit sebanyak maklumat yang diperoleh kawan wartawan aku daripada pihak berkuasa mengenai pergerakan kumpulan berkenaan

Member aku ini juga bersyukur kerana berkesempatan menemui sendiri beberapa orang anggota bekas JI yang sudi berkongsi pengalaman mereka

kemuncaknya, dia berjaya menemubual sendiri Ustaz Abu Bakar Basyir yang dianggap orang yang memainkan peranan penting dalam pergerakan JI di rantau ini di pondok pengajiannya dekat Nguruki, Solo, Indonesia tiga tahun lalu

untuk pengetahuan korang, JI bukan orang Pas. Mereka ini tidak percaya pada sistem politik. Ini kerana bagi mereka kuasa politik tidak mampu menegakkan kedaulatan Islam

Paling menakutkan, anggota JI ini sangat ekstrim dalam perjuangan sehingga mereka percaya bahawa mereka boleh merompak dan membunuh orang bukan Islam dalam usaha `melindungi Islam’.

Mereka menghantar pasukan untuk berperang dengan orang Kristian di Ambon, Indonesia. Mereka membina kekuatan dengan mencari tapak latihan ketenteraan di Mindanao, Filipina.

Di dalam negeri, mereka pernah menyerang balai polis Guar Chempedak untuk merampas senjata tetapi gagal.

Mereka menembak lelaki bukan Islam yang menjalin hubungan dengan wanita Islam. Mereka juga mengebom sebuah kuil Hindu di tengah-tengah Kuala Lumpur bagi mencetuskan masalah ketenteraman awam.

Kumpulan itu menghalalkan kejahatan dan jenayah yang dilakukan atas nama jihad Islam. Wang rompakan misalnya ditafsirkan sebagai halal digunakan bagi tujuan membiayai operasi pergerakan ini

Mereka percaya jika mereka terkorban ketika melakukan kejahatan, mereka akan mati syahid. Sebagai orang yang `mati syahid’, pada hari pembalasan di akhirat kelak, mereka yakin mereka akan dibenarkan oleh Tuhan membawa ahli keluarga terdekat masuk syurga.

Pemahaman agama yang melencong ini diburukkan lagi oleh usrah-usrah agama yang mereka sertai.

Sebahagian daripada mereka mendapat pendidikan agama atas perbelanjaan sendiri di Mesir dan Pakistan serta terdedah kepada latihan gerila dan tafsiran-tafsiran agama sempit puak-puak mujahidin di negara Afghanistan yang sedang bergolak.

Apabila mereka balik ke Malaysia, mereka terbawa-bawa dengan sentimen anti Barat, pandangan anti-kerajaan sekular dan nilai-nilai ortodoks yang menjadi pegangan aktivis-aktivis mujahidin.

Difahamkan kumpulan itu beberapa kali membawa masuk pendakwah dan anggota militan Islam Indonesia yang mengajar tentang mati syahid.

Mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan-kumpulan pengganas Islam di peringkat antarabangsa iaitu dengan mujahidin Afghanistan, gerakan gerila Islam di Mindanao dan kumpulan militan Indonesia.

masalahnya, berapa ramai di antara kita yang benar-benar percaya fakta-fakta ini?

aku yakin, kalau diceritakan kisah ini kepada 10 orang, mungkin takde seorang pun daripada kita yang percaya tentangnya.

untuk itu, apakata korang klik dekat sini baca

untuk pengetahuan korang, member aku ini berada dalam sidang akhbar tersebut dan ditugaskan untuk melaporkannya

oleh itu aku berharap sangat agar kita membuka minda kita seluas-luasnya

cuba tanya pada diri kita, kenapakah Malaysia tidak pernah menjadi sasaran pengganas seperti mana yang berlaku di Bali, Selatan Thai, Manila, Zamboanga dan lain-lain lagi sedangkan kita tahu ramai yang terlibat adalah rakyat negara ini sendiri

jawapannya hanya satu…kita tahu ini bukan sandiwara dan kita telah ambil langkah dengan cepat menyumbatkan mereka ini ke dalam penjara sebelum nasi menjadi bubur

malang sekali masih ramai yang menganggap ini semua lakonan semata-mata dan dibuat atas dasar kepentingan politik pihak-pihak tertentu

:super: : entahlah…


Thursday, May 7, 2009

Selesema Babi

jdun322l

Firman Allah swt:"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor" - (Surah al-Baqarah : 145)

Prof. Robin Weiss, pakar dalam kuman virus Institut Kajian Kanser, London menyatakan : Babi mempunyai banyak kuman virus. Babi mempunyai kuman RETTROVIRUS yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak boleh dibuang dari babi kerana ia dibawa oleh DNA babi itu sendiri. RETTROVIRUS adalah keluarga yang sama dengan HIV.

Babi juga telah tersenarai sebagai binatang yang menyebabkan kematian ramai penduduk dunia akibat virus dan kuman bawaannya. Di antara kematian besar-besaran manusia akibat wabak bawaan babi ini adalah :

1. Spanish Flu - 1918 mengorbankan 20-40 juta orang

2. Hong Kong Flu - 1968 mengorbankan 2 juta orang

3. Russia Flu - 1977 (tiada rekod rasmi)

Yang terbaru, sebahagian besar negara di dunia mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk menangani selesema babi yang setakat ini, dipercayai telah meragut 81 nyawa di Mexico dan menjangkiti lebih 10 orang di negara jiran Amerika Syarikat (AS). Seramai 1,300 orang sedang diuji kerana dipercayai sudah dijangkiti.

Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke AS dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.

Tanda-tanda selesema babit adalah menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan.Selesemasa terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi.

Para pakar berkata, setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema terbaru itu.

Yang penting bagi aku, babi tak salah, yang salah adalah manusia kerana masih nak membuat untung daripada babi tanpa memikirkan nyawa orang yang tak makan babi

:super: : Yang ni memang babi!

Berita Paling Lucah Abad Ini, Hahaha

sec1

INI KISAH BENAR YANG TERSIAR DI AKHBAR2 BAHASA CINA HARI INI

A secretary accidentally bit off the penis of her employer while giving him oral sex in a car.

Sin Chew Daily and China Press reported yesterday that while the 30-year-old woman was performing oral sex on the man, the car was hit by a reversing van.

The impact of the crash, China Press reported, caused the woman to bite off her lover’s organ.

The daily reported that the incident occurred in a Singapore park where the couple met after work.

To make matters worse for the woman, her husband had sent a private investigator to spy on her after suspecting that she was being unfaithful.

The investigator said he had followed the woman and her boss to the park.

“On reaching the park, they did not alight from the car. Not long after, the car started to shake violently.

After the car was hit by the van, there was a loud scream from the woman whose mouth was covered with blood,” he said.

The woman later followed her lover to the hospital with part of the sexual organ.

The investigator, who called an ambulance to send the man to hospital, said that this was the first time he had encountered such an incident.

:super:: Tak sanggup nak translate berita ni ke Bahasa Melayu

Jangan Kerap Keluar Malam…

2559877374_cbe5623563

Shah Alam merupakan ‘rumah keberapa’ aku (ehe.... aku ni jenis suka pindah randah zaman muda-muda dulu), tempat di mana dulunya aku tinggal, belajar dan bekerja.Bandar ini boleh dikatakan bandar ilmu kerana didiami beribu-ribu student IPT seperti bebudak UITM, Unisel, MSU, Politeknik dan berbagai lagi

namun ada satu perkara yang sering meresahkanku, iaitu tabiat para student kita yang sering keluar pada waktu larut malam, sama ada belajar bersama rakan-rakan di restoran Mamak atau sekadar berbual-bual kosong di kopitiam yang bercambah di bandar itu

aku faham, sekarang ni banyak restoran yang menyediakan WiFi, aku faham hampir majoriti pelajar IPT dah ada laptop, tapi sampai sekarang aku tak faham macam mana student-student kita boleh belajar di tempat yang bising dan ramai orang seperti di kedai-kedai Mamak ini

kalau korang tak percaya, korang turunlah Shah Alam

aku mungkin kolot dan ketinggalan zaman, otak aku mungkin tak secerdik student zaman sekarang, tapi aku percaya kalau nak belajar, mahu tak mahu kita perlukan satu suasana yang tenang dan kondusif, kalau aku salah aku minta maaf

aku bercakap soal ini kerana dah terlalu banyak kemalangan maut berlaku di Shah Alam yang melibatkan student IPT kita, terutama dari UITM

dan yang lebih menghairankan, selalunya kemalangan maut itu terjadi pada pukul 12 malam dan ke atas

depan mata aku, pernah berlaku satu kemalangan yang mengorbankan tiga student UNISEL di bulatan depan UITM, pun di waktu larut malam

terbaru dua tiga hari lepas, seorang pelajar jurusan perniagaan juga dari UITM, Syarifah Nabilla Alhady terbunuh dalam kemalangan juga di Shah Alam…waktu kemalangan sekitar pukul 3.45 pagi

arwah yang berbaju kurung hijau dan menongkat dagu (http://ditkptmas2005.blogspot.com)

arwah yang berbaju kurung hijau dan menongkat dagu (http://ditkptmas2005.blogspot.com)

terus terang, aku tidak pernah bersangka buruk, aku tahu sebagai seorang student IPT, banyak tugasan yang perlu disiapkan dan selalunya ia akan mengambil masa hingga ke subuh

tetapi bukankah lebih elok sekiranya semua tugasan itu dibereskan di rumah daripada di tempat lain

dalam kes Syarifah Nabilla, aku percaya arwah juga seperti rakannya yang lain sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Korang sendiri boleh tengok bagaimana kertas-kertas soalan peperiksaannya bertaburan di atas jalan sewaktu kemalangan

kertas ulangkaji arwah yang bertaburan (www.ondscene.via.my)

kertas soalan peperiksaan arwah yang bertaburan (www.ondscene.via.my)

aku harap biarlah kes Syarifah Nabilla merupakan kes terakhir dan tiada lagi kejadian seumpamanya berlaku selepas ini

nasihat aku kepada pelajar kita, kurangkanlah keluar pada waktu larut malam biarpun kerana sibuk hendak menyiapkan tugasan atau study anda, kecuali jika keadaan menjadi begitu memaksa

keluar malam hanya akan mendedahkan kita kepada risiko jenayah dan kemalangan tragis seperti mana yang banyak berlaku di bandar ini dan tempat-tempat lain juga

kepada keluarga Syarifah Nabilla, banyakkan bersabar di atas dugaan berat ini, ternyata Allah lebih menyayanginya

pada semua yang membaca blog ini sekarang, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada allahyarham.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh-soleh.

Al-Fatihah

:super:: Sendiri mau ingat laaaaa