Sunday, April 26, 2009

Kalau dah orang Melayu (Islam?) jadi bos Carlsberg?


:super: : Gambaran di atas menerangkan segala-galanya.

Baca Pergerakan Bontot Kalau Nak Selamatkan Penalti?

chj02032

Walaupun aku menyampah dengan tindakan segelintir penyokong Kelantan yang gedebe tak tentu pasal, tapi aku juga simpati dengan mereka apabila Kelantan gagal dalam final Piala Liga dengan Selangor semalam

terus terang, kekalahan melalui penalti bagi aku cukup menyakitkan hati kerana ia betul-betul bergantung kepada luck…dan bukannya berdasarkan kehebatan bermain

dalam hal ini aku ingin mengucapkan tahniah pada skuad Kelantan kerana berjaya bermain dengan baik sekali

tetapi apa nak buat, itulah bola sepak

bercakap melalui kegagalan memasukkan gol sewaktu tendangan penalti ni, belum pernah mana-mana pemain terkenal dunia yang tak pernah gagal, semuanya pasti mengalami trauma gagal menyumbatkan gol melalui cara tersebut

stressnya Tuhan saja yang tahu, apatah lagi dalam perlawanan akhir seperti malam tadi

berjuta mata tertumpu kat anda, menang kalah di tangan anda, justeru tekanannya tersangatlah hebat

tetapi korang percaya tak, ahli sains sukan British percaya penjaga gol boleh diajar untuk menyelamatkan sepakan penalti dengan membaca ‘bontot’ dan keraguan pemain bola sepak yang mengambil sepakan itu.

Pengkaji di Universiti John Moores yang terletak di Liverpool percaya punggung pemain yang mengambil sepakan penalti memberikan tanda yang lebih banyak arah mana sepakan akan dituju.

Pada saat akhir sepakan, orientasi punggung pemain itu akan melawan arah sebenar yang ingin disepak dan ini memberikan penjaga gol beberapa saat untuk mengubah kedudukan.

“Jika punggung pemain itu berada tepat pada penjaga gol bagi pemain kaki kanan, pastinya arah sepakan akan ke kanan penjaga gol,” kata Mark Williams, salah seorang doktor bagi sains sukan.

“Jika punggungnya lebih `terbuka’ atau jauh dari arah sebenar penjaga gol, sepakan itu kemungkinan akan ke kiri penjaga gol.”

Wow! nampaknya buntot pun boleh jadi panduan kepada penjaga gol untuk menyelamatkan gawangnya dari dibolosi!

So kepada penjaga gol Kelantan yang kalah semalam, hari ni aku harap kau dapat baca blog aku…mudah-mudahan teknik tengok bontot ni boleh memberi panduan pada kau next time ye

:super: : Apapun tahniah Selangor, buat skuad Kelantan, jangan putus asa ek! Terimalah seadanya.


Kasihnya Ibu…

:merajuk:

” Kasihnya ibu Membawa ke syurga

Kasihnya saudara Masa berada

Berkorban raga

Rela binasa

Berkorban nyawa Tanda kasihnya”

Tiba-tiba lagu ini terngiang-ngiang di mindaku sebaik saja terbaca berita di akhbar Kosmo! pagi tadi

Di JOHOR BAHRU, seorang wanita yang mahu menyelamatkan anak lelakinya yang disangka terperangkap dalam bilik yang terbakar tetapi dia pula mati rentung.

Mayat Kong Le Lee, 43, ditemui mati di depan pintu bilik anaknya yang telahpun dapat menyelamatkan diri terlebih dahulu.

Kejadian pukul 6 pagi di sebuah rumah di Taman Setia Indah di sini semalam berlaku ketika Le Lee, suami dan anaknya yang berusia 14 tahun itu sedang tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.

Difahamkan ketika kebakaran, Le Lee cuba untuk menyelamatkan anaknya tanpa menyedari anaknya itu telah berjaya keluar dari rumah.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Azman Jantan berkata, mayat wanita itu ditemui di dalam bilik anak mangsa dalam keadaan terlentang di hadapan pintu.

:super: : Apa khabar ibu anda sekarang?


Alamak…terlebih ‘Viagra’ ke ni?

old-man

Akibat sering berbalah mengenai fahaman agama masing-masing, seorang warga emas berusia 88 tahun mati dipukul teman sebiliknya di Rumah Orang Tua Jubli Perak Sungai Dua tempohari.

Kejadian berlaku ketika suspek yang berusia 84 tahun ‘naik angin’ dan gagal mengawal kemarahannya. Dia lalu memukul mangsa dengan batu di bilik mereka pada kira-kira pukul 1 petang.Mangsa, Yeoh Teng Cheong yang parah dalam kejadian itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati, mangsa dan suspek merupakan rakan sebilik dan sering bergaduh mengenai fahaman agama masing-masing.

Menurut Azam, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

:super: : Yang dah tua nyanyuk pun cepat naik marah, apatah lagi i yang baru 20-an ini aww!!!…..larrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :nangis:


Thursday, April 16, 2009

Bila Wad ICU Bertukar Jadi ‘Mahkamah’


Catatan si wartawan

Sebenarnya bukanlah menjadi satu isu atau ‘pelik’ apabila hakim datang ke hospital untuk membicarakan pesalah yang sedang dirawat di wad

aku ingat lagi, beberapa tahun dulu waktu aku bertugas sebagai seorang wartawan jenayah, ada seorang suspek yang membunuh isterinya juga berhadapan dengan situasi begini setelah dia dimasukkan ke wad kerana kemalangan sewaktu cuba melarikan dari daripada polis

dalam kes terbaru, seorang pekerja kontrak - yang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) kerana meminum cecair pelarut semasa dalam tahanan polis - dihadapkan dengan pertuduhan memiliki dadah.

Adi Anwar Mansor, 23, yang terbaring lemah memakai topeng oksigen dengan tangan kanan bergari di kepala katil mendengar dakwaan terhadapnya yang dibacakan di depan majistret Liew Horng Bin di Bilik Infeksi, Wad 8B, Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 3.50 petang tadi.

Selepas tiba, hakim duduk di sebelah katil tertuduh dan mengumumkan bilik tersebut sebagai mahkamah terbuka serta mengarahkan jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan.

Adi didakwa memiliki dua bungkusan ganja seberat kira-kira 44.55 gram di Perhentian Bas di tepi Jalan Kebun, Kelang kira-kira 11.30 malam pada 7 April lepas.

Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Sejurus pertuduhan dibacakan, Adi dengan lemah mengangguk faham dan minta dibicarakan.

Sebenarnya aku tertanya-tanya, dalam hal sebegini, mahkamah tidak bolehkah menggunakan budi bicaranya dengan menangguhkan sementara perbicaraan ke atas suspek, maklumlah, suspek kini ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’, dah masuk ICU pun

at least pandanglah dari sudut kemanusiaan, dia pun manusia jugak, kalau dah setengah mati macam ni, manalah suspek mampu nak mempertahankan diri dia

tetapi mungkin pihak mahkamah ada hujahnya yang tersendiri, yang mungkin kita tak tahu

entahlah, aku tak belajar undang-undang, apa pendapat korang?

bukan nak menghina mahkamah…sekadar berkongsi rasa….

Tuesday, April 14, 2009

Baru Setahun Beroperasi, Bernama TV Rugi RM14 Juta! Hah! Saper Nak Jawab?

n_04badawi

Catatan si wartawan

Aku sangat terkejut apabila mengetahui yang Bernama TV yang baru setahun beroperasi itu dah mencatat kerugian RM14 juta, mak oooii…itu belum dicampur hutang mereka pada ‘content provider’ yang membekalkan program kepada stesen tv berkenaan

aku dimaklumkan penubuhan Bernama TV ada kaitan dengan geng-geng Tingkat 4 masa zaman Pak Lah

actually dulu aku nyaris-nyaris involve dengan projek Bernama TV ni, company lama aku antara syarikat paling awal yang diminta untuk menjadi konsultan kepada projek berkenaan

maka berulang-aliklah staff company lama aku dari Shah Alam ke ibu pejabat Bernama di Jalan Tun Razak untuk buat kerja-kerja konsultansi mereka

entah di mana silapnya, semua yang dirancangkan tiba-tiba tak menjadi…company aku kemudian mengambil keputusan untuk menarik diri daripada projek berkenaan ‘dengan berat hati’

mungkin blogger Pauline Antarawaktu dan blogger 001BeautifulCrazy boleh share experience mereka ):

aku malas nak komen lebih-lebih fiasco yang berlaku, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai perkara ini, korang boleh layari http://weechookeong.wordpress.com/2009/03/20/your-mp%E2%80%99s-question-of-the-week-50/

haih…macam-macam…


Friday, April 10, 2009

Doa Ibu Terhadap Anaknya Yang Dihukum Penjara Seumur Hidup

do1

” Selama 20 tahun di dalam penjara, ibu saya siang dan malam tidak pernah berhenti berdoa memohon agar saya dibebaskan, malah dia hampir ditipu oleh seorang lelaki yang tidak bertanggung jawab kononnya dapat mengusahakan pembebasan saya dari tahanan asalkan membayar sejumlah wang diperlukan.

”Ibu juga pernah minum air sejuk dan tidur di surau kerana hendak menyimpan duit untuk bertemu saya di penjara, kini doanya dimakbulkan, betapa besar pengorbanan ibu dan saya hampir meraung kesedihan setiap kali terkenangkan pengorbanannya yang tidak ternilai itu,” kata Abdul Halim Mohamad Yatim.

Kisah Abdul Halim pernah menghiasi dada-dada utama akhbar di seluruh negara pada 22 November 1987 setelah dia ‘mengamuk’ dan melarikan rifel M-16 sewaktu sedang disoal siasat polis kerana disyaki lari daripada tugas.

Dalam insiden di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur itu, Abdul Halim yang berumur 20 tahun ketika itu sempat mengacukan senjata dan mengugut untuk melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang mengawalnya.

Abdul Halim dari batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) malah sempat melepaskan satu das tembakan ketika itu hingga menyebabkan orang ramai yang berada di kawasan Lorong Tuanku Abdul Rahman di ibu negara bertempiaran melarikan diri.
Dia yang menjadi orang buruan selama beberapa hari itu akhirnya berjaya diberkas sepasukan anggota Cawangan Penyiasatan Khas Tentera (CPK), ironinya dia ditangkap tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pada 18 Ogos 1989, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat dan enam kali sebatan ke atasnya kerana didapati bersalah di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api 1971 (hukuman lebih berat).

“Tuhan saja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam peristiwa tersebut tetapi saya tidak mahu lagi mengungkit perkara yang lepas, saya terima apa yang telah ditakdirkan ke atas saya, ‘hutang’ dunia sudah saya jelaskan kini tibalah masanya untuk saya menyelesaikan hutang saya dengan Pencipta,” katanya dengan nada sebak.

Abdul Halim dibebaskan dari Penjara Kajang pada 29 Disember lalu setelah rayuannya diterima Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, dia pada mulanya hampir putus asa kerana rayuan demi rayuannya ditolak sebelum ini hingga dia merasakan riwayatnya seakan pasti berakhir di dalam penjara.

Namun, katanya, semuanya berubah apabila dia dipanggil menghadap pegawai kanan penjara kira-kira dua hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.

“Jantung saya seakan berhenti berdegup bila dipanggil kerana menyangkakan akan berlaku sesuatu yang tidak baik, namun semuanya berubah apabila beliau memaklumkan yang saya diminta bersiap dalam tempoh segera kerana telah dibebaskan dari penjara,” katanya.

Apa yang menariknya, Abdul Halim sewaktu ditahan di Penjara Kajang pernah mencatat sejarah tersendiri apabila dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah di kalangan banduan beberapa tahun dulu.
Penganugerahan itu dibuat memandangkan pihak penjara berpuas hati dengan sikap dan perilaku terpuji yang dia tunjukkan sewaktu menjalani kehidupan sebagai seorang banduan.
Namun bagi Abdul Halim semua itu bukan datang dengan sendirinya.

Pelbagai kisah suka duka yang dilaluinya sebelum itu bahkan dia juga pernah berada di bawah kawalan khas penjara kerana terlibat dalam pergaduhan di antara sesama tahanan.

“Apa yang tak pernah saya buat dalam penjara hinggakan nyawa saya sendiri hampir melayang kerana ditikam bertubi-tubi dengan pisau dalam satu pergaduhan dalam tembok besi itu, selepas itu saya mula memikirkan mengenai kehidupan dan hubungan manusia dengan Tuhan, lantas saya nekad untuk berubah,” katanya.

Sementara itu ibu kepada Abdul Halim, Salmah (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak pernah berputus asa mencari pelbagai cara demi pembebasan anak kesayangannya itu.

Namun, katanya, dalam tempoh itu dia diuji dengan 1001 macam dugaan dan rintangan sebelum mendapat khabar gembira mengenai pembebasan Abdul Halim baru-baru ini.

“Baik atau buruk dia tetap anak saya, saya tidak pernah sikit pun tertinggal untuk mendoakan kesejahteraannya terutama ketika mengenangkan saat-saat sukar yang perlu dihadapinya seperti ketika dia perlu melalui hukuman sebat dulu.

“Airmata yang tumpah tak siapa yang tahu, derita yang kami lalui tak siapa yang dapat memahaminya, sengsara yang kami tempuh tak siapa yang dapat merasainya.

“Abdul Halim sudah mendapat ‘bahagiannya’, doa saya agar dia dapat bertaubat di atas semua perkara yang dilakukan, memang saya derita tetapi semuanya bertukar menjadi penawar sebaik sahaja melihat dia sujud menghadap Tuhannya yang Esa,” kata Salmah.



Thursday, April 9, 2009

Senarai penuh barisan Kabinet baru

KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan


Sunday, April 5, 2009

Gara-gara Nak Jadi Gigolo

naked20bare

Catatan si wartawan

Masa aku jadi wartawan jenayah dulu, kerap jugalah aku pergi ke pejabat Datuk Micheal Chong kat Biro Pengaduan Awam di Wisma MCA

Ada aje kisah kat pejabat dia tu, macam-macam orang datang mengadu masalah kat dia…yang paling banyak adalah mangsa ceti haram Along

Yang lawaknya, bukan mangsa Along je datang mengadu, Along sendiri pun ada yang datang mengadu

Semuanya gara-gara si peminjam bantai tak bayar hutang!

Sampai la ni ada pegawai dia yang call aku kalau ada kes menarik, walaupun aku dah lama meninggalkan karier sebagai wartawan jenayah ni

Yang terbaru ada satu kes seorang salesmen muda yang nak cari duit ‘part time’ untuk saving dia

Untuk itu mamat ni sudah pergi interview untuk jadi GRO di sebuah kelab malam (hah jangan ingat perempuan je leh jadi GRO)

Sampai kat tempat yang dijanjikan, si penemuduga ni bantai pujuk mamat ini agar kerja sebagai gigolo (pelacur lelaki) instead of GRO. Katanya mamat ni hensem, rugi kalau setakat jadi GRO

Lagipun katanya pendapatan sebagai gigolo lebih ‘masyuk’

Yang aku nak tergelak, si penemuduga ini kemudiannya menyuruh mamat salesmen tadi berbogel untuk diambil gambar

Mamat salesmen yang terdesak itu kemudian bersetuju untuk berbuat demikian. Lepas tu dari hari ke hari dia langsung tidak dihubungi seperti mana yang dijanjikan

Menyedari dirinya telah ditipu, dia pun datang mengadu kat Datuk Micheal Chong…dia risau sangat takut gambar bogelnya itu disebarkan atau jatuh di tangan pihak yang tak bertanggung jawab

Nah, sekarang sapa yang susah, aduh..dunia…dunia

So pada semua yang tengah baca blog ini, ingat satu benda, tak payahlah buat kerja bangang macam tu

Banyak lagi kerja halal yang ada kat Malaysia ni daripada nak jadi giogolo

Maruah tergadai begitu saja dek upah yang tak seberapa

Ingatlah…duit ‘lendir’ macam ni tak berkat hidup beb….


Saifuddin Nasution Sembang Apa Dengan Setiausaha Kedutaan Singapura?

sai

Masa belek-belek blog politik, tiba-tiba aku ternampak satu kisah menarik

Ada sekeping foto menunjukkan perbualan serius antara Saifuddin Nasution, pengarah Strategik PKR dengan Walter Chia, Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura. Foto dirakam pada 2 April 2009, di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah.

Ops! aku takde apa-apa sentimen dalam hal ini, sekadar melihatnya dalam dimensi yang lebih terbuka, cuma kalau nak baca kisah lanjut, korang boleh klik kat sini

http://ntanwar.blogspot.com/2009/04/sekeping-foto-seribu-maknawalter-cia.html


Saturday, April 4, 2009

Kalaulah Sungai di Malaysia macam di Korea

Korang tau tak, Cheonggyecheon River dahulu merupakan sebatang jalan raya yang sibuk dan sesak. Bukan itu sahaja, ia mengundang kepada masalah banjir dan juga alam sekitar.

Landscape architect kat sana berjaya selesaikan masalah ni dengan membina sebatang sungai…huh, sungai? yup, sungai.. sistem ni lebih kurang macam sistem pengaliran/ saliran ataupun longkang cuma bezanya ia lebih bersih. Tak la macam Sungai Klang tu.

Align Center

Sungai ni membuatkan kawasan bandar lebih bersih dan selesa diduduki. Waahh

Korang perasan tak, masalah banjir diorang ni lebih kurang macam masalah kat Kuala Lumpur, dan penyelesaiannye adalah smart tunnel tapi takde la smart mane.


Bila Perdana Menteri Tulis Blog.......

20080917_142238_onemalaysia

Aku rasa peranan blog semakin penting sekarang…daripada pemandu teksi sehingga pemimpin dunia pun dah ada blog sendiri

Yang latest Perdana Menteri kita yang barulah, Datuk Seri Najib Tun Razak

Najib akan memberikan perkembangan terkini mengenai program harian beliau menerusi www.1malaysia.com.my, dengan berita terkini mengenai peristiwa bersejarah penyerahan tugas di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Aku difahamkan, laman blog Najib kini semakin popular berikutan beliau turut berkongsi pemikiran dan aspirasi beliau dengan orang ramai menerusi laman web itu

So kalau korang nak tahu apa aktiviti dia, gambar dia, tulisan dia, korang bolehlah pergi blog tu

Pada yang menyampah dengan dia, sekarang ni pun dah banyak blog pemimpin pembangkang seperti yang terbaru Datuk Nik Aziz

Pilihlah blog mana yang korang suka, kalau semua tu pun korang tak suka, korang baca blog aku je lah, muhahahahaha


Friday, April 3, 2009

Kenapa Saya Tidak Hadir - Mahathir

http://kyawkyawoo.files.wordpress.com/2009/01/dr_mahathir.jpg

Tertarik dengan kenyataan Dr Mahathir mengapa beliau tidak menghadirkan dirinya apabila pengumuman Khairy dilantik menjadi ketua pemuda UMNO dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

Walaupun peristiwa tersebut dah agak lama berlalu, namun kenyataan dari Mahathir banyak membuka mata rakyat tentang apa yang sedang berlaku di dalam UMNO sekarang.

Disini saya sertakan kenyataan beliau

1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

Kalau nak baca komen dari pembaca blog beliau, sila klik disini

Wednesday, April 1, 2009

Kisah 4 Pengantin Baru

Mak Minah dan Pak Mat mempunyai 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi mereka iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat untuk mengkahwinkan anak2 mereka ini serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke empat2 anak tu pun bercadang untuk pergi berbulan madu.

Siti berbulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas manakala Suri ke Pulau Pangkor. Sebelum berbulan madu, Mak Minah dan Pak Mat berpesan kepada mereka supaya menghantar berita kepada mereka dengan seberapa ringkas dengan menggunakan kod iklan. Ianya amat mudah, cepat dan ringkas.

Seminggu pun berlalu, Mak Minah dan Pak Mat mula menerima surat daripada Siti yang bertulis "Standard Chartered". Tercari2 lah mereka iklan Standard Chartered. Bila terjumpa, maka tersenyumlah mereka berdua membaca iklan tersebut - 'Besar, Teguh dan Peramah. Bahagialah Siti rupanya.

Esoknya pula, mereka menerima surat daripada Seri yang bertulis 'Nescafe'. Maka carilah mereka iklan Nescafe. Tersenyum lagi kedua2 mereka bila membaca iklan tersebut yang berbunyi 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir'.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat daripada Murni yang bertulis 'KFC'. Tersenyumlah mereka apabila membaca iklannya - 'Sehingga Menjilat Jari' . Bahagialah rupanya si Murni ...........

Seminggu berlalu........... tiada pun surat daripada Suri. Mak Minah dan Pak Mat mula resah.

Dua Minggu............ Tak juga tiba suratnya.

Masuk minggu ketiga, barulah sampai surat daripada Suri. Pelik juga Mak Minah dan Pak Mat bila membaca isi suratnya yang berbunyi 'Air Asia'.

Maka bergegaslah mereka mencari iklannya. Tak sabar rasanya nak tahu perkembangan anak mereka yang bongsu ni.

Bila dibaca sahaja iklannya, mereka berdua termanggu dan terkulat2. Tak tahu nak senyum atau nak menangis........

Apa motto iklan Air Asia nie?







'7 KALI SEMINGGU........3 JAM SEKALI.........TANPA HENTI




Pembinaan Kiswa Kaabah













Kaabah ditutup dengan kain berwarna hitam yang dikenali sebagai 'Kiswa', dimana dibuat dan ditukar setiap tahun. Sebuah kilang khas membuat Kiwsa terdapat di Mekah. Pembuatan Kiswa ini melibatkan perbelanjaan sebanyak SR 17 juta.

Kira-kira 120 kg emas tulen dan 50 kg perak yang dijadikan sebagai benang digunakan untuk menjahit ayat-ayat al-Quran pada kain Kiswa ini yang melibatkan 658 meter persegi.

You Going To Love This.......