Wednesday, April 30, 2008

Tipah Tertipu

Petang 24, mama ajak aku pergi jln2. Gaji dah masuk. Utang kete dah bayar tengah ari td. Duit bil ghitu ghini semuanya dah settle. Duit org tua Sabtu nie, aku hulur la nanti.

Kul 6 aku dah ader kat dlm Econsave. Eh.. shopping kat Econsave maner ader standard.. x kisah lah.. wat aper nak jaga standard, kamu beli barang yg samer di sini tapi harganya lebih murah dari shopping mall berhawa dingin itu. Econsave juga berhawa dingin. Cuma sedikit sesak susun atur barangnya.

Lagipun aku cuma nak jln2 jer cuci mata. Adelah juga barang yg aku beli. Tak boleh lama2 nnt mama bisa rambang mata.

Tiba2 mber bujang jiran sms mntak aku belikan sabun serbuk pencuci baju. Mula2 masa lalu area sabun serbuk pencuci, ingat nak angkat Fab kaler kuning tu jer. Entah dari maner mai sorang amoi promoter kat Econsave tu sruh aku try pakai Kao Attack. Memang mama pkai Attack, bersih dan wangi tp untuk kegunaan bujang mahal sgt brand nie. Amoi promoter tu pujuk aku lagi. Katanya ader promosi dapat bekas cucian aka laundry basket. Seperti biasa aku mudah terpengaruh ngan benda2 free nie. Oppss..kali ini aku tidak tergoda ngan amoi promoter itu yer, aku beli kerana promosinya.

Balik umah mlm td, aku hantar sabun serbuk pencuci Kao Attack itu ke rumah jiran bersama baldi dan isinya. Dengan bangga aku merasmikan penggunaannya sesambil bercerita betapa untungnya aku berbelanja dapat laundry basket free. Tapi tiba2 aku jadi blur tgk laundry basket aku yg kechik tu. Aku tgk balik kat packing sabun tu. Ciss..tipah tertipu la. Aku bukan dapat laundry basket tapi...

Ehe.............. Layan







Anak Kacukan

Tadi petang. Ingat nak balik keje awal. Kul 2.40, abis je kelas literasi aku dah kemas2 barang kat lab. Cuma PC lum tutup lagi.

Kul 2.50. Tepat jam kat tangan. Dah ready. Ngan laptop di bahu kanan. Buku ditangan kiri. Tiba2 henset berbunyi. Suara di hujung sana bgtau ajak ngeteh. Persetujuan dicapai. Kita minum dulu.

Suasana agak redup. Tiupan angin begitu kuat sehingga mampu menyelak tinggi skirt pendek dan blouse labuh awek2 yg seksi itu. Tapi aweks2 itu x nampak gelisah dgn keadaan itu. Mereka tampak seronok. Sementara aku mula bermain dengan imaginasi.

Tiba2. Lalu. Di hadapan kami. Tanpa diminta . Dia menguntumkan senyum. Cantik. Dia gadis kacukan. Fikir aku. Mungkin emaknya Cina, ayahnya Melayu.

Kata kawanku yang juga bersama menikmati panorama petang itu. Dia juga kacukan. Hah. Aku sedikit terkejut tapi masih mampu membalas senyuman. Bukan pada kawanku. Tapi gadis kacukan itu.

“Betul ker ngko kacuk. Tak der nampak cam kacukan pun.” Aku bertanya. Sambil masih lagi dgn gaya sopan mengkontrol senyuman.

Benar. Aku anak kacukan. Bapaku Lelaki. Ibuku Perempuan.

Aku dah tak mampu mengkontrol senyuman itu. Aku ketawa terbahak2 memegang perut yang takut2 pecah.

Tuesday, April 29, 2008

Jujur

Jumaat lepas.

Dahaga pula. Lepas Jumaat, kami minum lagi. Duduk ramai2 dikerusi panjang yg tersusun cam dewan makan sekolah dulu. Sambil2 bincang dan ulas tentang isi ceramah sebelum dan selepas solat tadi.

Tiba2 terasa cam ada getaran. Hmm, handphone aku vibrate kot. Sebelum Jumaat tadi dah tukar ker silent mode. Entah2 mama cari. Tengok handphone di poket kiri sepi. Tanya kat kawan sebelah. Mana tau handphone dia yg berbunyi. Bukan nak jadi busybody. Entah2 ada panggilan penting.

"Tak der la, Nan. Apehal " kata kawan disebelah disusuli pertanyaan bila melihat kerut di dahi aku. Tak de apa2. Cuma terasa cam ada vibration tadi. Ingat ada handphone bunyi ker aper.

"Ooh.. aku kentut tadi" jujur dia membuat pengakuan di hari Jumaat nie.

Aku tak jadi marah, tapi gelak.

Kentutnya tak kedengaran tapi kuasa dalamannya mencetuskan gegaran kecil.Hehhe

Pasal Kawen

Lepas Z jemput aku ke kenduri kahwinnya secara 'explorace instruction', Pjal tak kurang hebatnya. Memanfaatkan segala teknologi sedia ada. Disebabkan aku penah bertandang ke rumahnya, maka dia jemput aku via sms.

Aku. Juga via sms. Balas. "Kasi pelan rumah ngko. Memang dah penah pegi. Tapi ingat2 lupa. Mana tau dah ader perubahan jalan"

Pjal. Via sms. "Dah email"

Aku fikir dia email kad kahwinnya dalam bentuk soft copy. Cam orang buat selalu tu.

Bila bukak email dia. Cheh. Ada ker dia kasi peta rumah guna Google Earth.

* Teringat aku cite member tentang anak muridnya. Tentang peta rumah ikut Google Earth. Berminggu yang lalu. Maaf cikgu. Saya sibuk akhir2 ini. Harap2 cikgu tak denda saya, rotan saya, arah saya berendam dalam air kolam yang kotor. Sebabnya saya generasi baru cikgu. Jgnkan nak ketuk dengan hujung pembaris kuning panjang itu, jentik telinga pun akan saya amukkan pada satu dunia. Dan ibu bapa saya akan datang ke sekolah cikgu bersama media dan orang2 di pejabat Kementerian. Saya perlu dimanja, ditatang bagai minyak yang penuh. Saya bukan macam zaman cikgu2 yang dulu. Yang cukup menghormati profession cikgu.

Ini dia kerja rumah yang cikgu berikan dulu. Berikan bintang2 banyak2 ya cikgu. Nak tunjuk pada emak. Anaknya rajin dan pintar.

Orang Utan

Aku : Jom gi Sepilok

Mama : Sepilok... Ada apa

Aku : Tengok orang utan laa..

Mama : Apa susah2.Tengok kat cermin je laa

Aku : Cermin???" (Blur seketika)


Aku : Cheh... hampeh tul..

Nota: Aku pernah pergi tengok orang utan kat Sarawak. Dah lupa nama tempatnya. Betul cakap mak. Aku kena makan kismis banyak2. Tapi aku tak lupa betapa frustnya bila sampai kat tempat orang utan tu, langsung tak der orang utan. Feeding time pun tak nampak orang utan tu. Patutnya diorang kene bagitau visitors waktu yg sesuai utk melawat. Aku lebih kesiankan tengok pelancong luar yang turut tertipu. Jauh tu nak kene travel. Alih2 dapat tengok gambar jer.

Malu..........

Teringat aku di masa lalu.

Pernah. Aku suarakan pada awek aku (mama). Nak amik kelas PR. Public Relations. Agar aku lebih ringan mulut. Lebih ramah tamah. Sekurang2nya aku ada keyakinan diri. Bila berkata2. Mudah membawa diri. Di antara mereka. Sesama mereka. Paling utama. Aku nak mudahkan pergaulan dengan keluarganya.

Awek aku tak setuju. Katanya biarlah aku malu. Lagipun aku orang baru. Masih banyak rahsia tersimpan. Masih ada tingkah laku yang cuba diselindungkan.

Aku syak. Awek takut aku gunakan ilmu PR itu. Bila dah khatam dan terer nanti. Untuk 'mengacau' anak2 gadis di luar sana.

Ehe...............................mengimbas kenangan silam.

Permit

Dah 1 jam kami melantit. Teh tarik dalam gelas besar baru separuh surutnya. Kami tak makan. Minum jer. Dah lewat malam. Bukan nak jaga badan. Tapi kat kedai mamak tu tak der apa yang menarik. Kecuali skrin tv besar yang dok tayang gambar bola negara Omputeh. Sesekali ada gak ‘halwa mata’ lalu dan duduk di meja berdekatan kami.

Tak ramai. Cuma kami bertiga. Semakin berkurang yang sertai aktiviti 'MLM-Meeting Larut Malam nie”. Mungkin sebab sekarang malam dan mula bahang. Lebih seronok duk kat rumah dari berbahang malam kat luar.

Dalam perbincangan kami. Diselitkan juga isu ini. Kesukaran untuk berkumpul. Macam dulu-dulu. Segalanya berubah. Ramai yang dah kawen. Ada komitmen lain. Tak dinafikan keluarga perlu diutamakan. Yang ada cuma kami. Yang dapat permit untuk berkumpul dan berhimpun secara aman ini.

Aku. SMS Zul. Tanya kat mana. Dah setengah jam tak sampai-sampai lagi. Seminit lepas tu Zul balas. “Maaf. Tak dapat keluar. Aku kena tahanan ISA kat umah.

Kami gelak besar baca SMS Zul. Tapi lepas tu semua diam. Dan masing-masing baru teringat. Permit mereka akan tamat tak lama lagi. Masa untuk beredar.

“Mamak. Kira”

Monday, April 28, 2008

Membina Layout

Assalamualaikum.........

Ramai pelajar saya merungut kerana blog yang mereka bina tidak mempunyai latar yang cantik. So........ kat sini ada saya sertakan sedikit cara bagaimana untuk meletakkan latar yang saya kira cantik dan banyak pilihan. Paling penting, anda tidak perlu untuk mendaftar menjadi ahli. Sila klik disini

Bila dah berpuas hati dengan latar yang anda pilih, salin codic nya
.
Buka semula blog anda dan pergi ke 'customize' dan ambil paparan 'edit HTML'

'Highlight' script Java kemudian 'delete'. Lepas tu 'paste' script Java yang anda telah 'copy' dari lamanweb pyzam tadi. Hasilnya sungguh memuaskan.


Tapi, anda perlu ingat. Pastikan blog anda tidak mempunyai skrip Java yang lain kerana ianya secara automatik akan membuangkan semua skrip java tersebut.

Sunday, April 27, 2008

Coretan Si Hutang dan Pemberi Hutang

Ingat. Pesan mama. Pesan abah. Pesan nenek. Pesan atuk. Pesan semua insan-insan yang terlebih dahulu merasai masinnya garam. Hutang mesti dibayar. Jangan bertangguh, Bila bertimbun kan jadi beban yang tak tertanggung.

Dapat gaji, perkara pertama harus diselesaikan hutang yang sepatutnya. Bayar duit kete, sewa rumah, bil utiliti, pinjaman pelajaran, takaful. Juga hutang dengan kedai mamak, kawan-kawan atau sedara mara. Ada lebih buat simpananan. Macam kau simpan dalam tabung masa kecil-kecil dahulu. Ada lagi baru kita enjoy..kata Nora Danish.

“Nah.. hutang kamu. Aku bayar tunai. RM300”

“Oh… terima kasih. Tapi kan, mula-mula sekali kau pinjam RM180, pastu tambah RM75, pastu RM50 dan kemudian yang terakhir sekali minggu lepas RM40. Betul kan”

“Aha. Betullah tu”

“Bukan ker jumlahnya RM345”

“Ngko nie, nama jer kerja pegawai kerajaan. Ngko dah lupa ker, mulai 1 April 2008, Kerajaan dah perkenalkan Mekanisme Penggenapan supaya pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan mudah”

“Ya. Itu aku tahu. Tapi itu untuk 5 sen yang terdekat. Bukan kepada ratus yang terhampir”

“Hehe. Yer ker. Sajer jer wat lawak April Fool. Esok lusa aku langsai la baki tu.”
* Apa itu Mekanisme Penggenapan. Baca di sini juga di sini.

Kisah Along

Pagi tu, kawan sekerja datang dalam keadaan sugul. Heran gaks aku, selalunya dia akan sentiasa ceria walaupun selalu datang lambat.

Rupa-rupanya rumah dia dah kena simbah cat. Abis kereta ngan rumah berwarna merah. Heran gak, setahu tak lak dia ngan suaminya pernah pinjam ngan Along. Aku ngan member yang lain cuba tenteramkan dia. Macam-macam spekulasi dan andaian kami buat untuk mengurangkan sugulnya.

Esoknya......... Dia datang dengan agak ceria sedikit. Rupa-rupanya........ Along tue dah salah rumah. Nombor jalan ngan rumah hampir-hampir sama. Tengah malam tu, mungkin takut kena marah ngan boss, kedua-dua rumah disimbah ngan cat merah. Dah alang-alang nak menyimbah katenya.

Yang jadi mangsa member aku nie lah. Tak pasal-pasal husbandnya kena ambik cuti bersihkan rumah ngan kereta. Dunia-dunia..............................

Beras

“Beras dah abis” bagitau mama.

Aku yang baru saja keluar dari bilik air sedikit tersentak. Diam seketika sebelum kembali menyambung kata-kata. “Eh, macam mana pulak boleh habis. Kerajaan dah kata bekalan mencukupi”

“Itu peringkat nasional. Nie beras kat rumah dah tak der nie”

Aku kembali terdiam. Kalau tak der beras nak makan aper pulak malam nie. Nak makan kat luar pun, duit kat dompet tinggal beberapa keping jer. Itu pun yang kaler biru. Malas pulak nak pegi cari ATM malam-malam nie.

Soal beras tiada bukan perkara yang boleh dipandang remeh.. Bila dah lapar sebab tak makan, orang akan jadi lebih cepat marah. Atas alasan nak cari makan, kita sanggup lakukan apa saja. Mungkin kerana kita dah biasa hidup mewah dengan makanan. Di negara orang, ada yang mati kebuluran tak makan. Di negara sendiri, ada yang sakit berpunca dari pemakanan.

Macam tak percaya. Rasanya aku masih ingat pelajaran Geografi yang aku dah ajar pada bebudak kat sekolah. Akan makmurnya negara ini dengan limpahan hasil pertanian. Padi diusaha secara meluas di beberapa negeri.

Mungkin kerana perubahan corak hidup dan sosio ekonomi. Tiada lagi yang mahu turun ke bendang. Kalau berselut pun, cuma kanak-kanak yang sibuk mencari ikan laga. Apakah kerana pagar yang makan padi, bekalan yang dicari semakin kurang hari ke hari.

Dalam kebingungan, aku terima SMS.

“Balik rumah jap malam nie. Ada sedara datang dari Perak” tulis mak aku.

“Jom” kata aku pada mama.

“Mana”

“Beras takder. Tak leh masak. Kita makan kat luar”.

* Malam tu, kami sekeluarga makan kat rumah mak aku jer. Alah..setakat 30 km jer jarak rumah kami. Bukan jauh pun. Mak datuk.....................

Saturday, April 26, 2008

Layan....................

Assalamualaikum............

Boleh tahan klip video nie. Layan.............






Ulasan Khir Toyo Tentang Anugerah Penyapu

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers sekalian. Baru-baru ini sebuah akhbar dengan lantang mendakwa kekalahan Barisan Nasional di Selangor merupakan Padah Penyapu yang dikatakan sebagai satu bentuk sial. Justeru izinkan saya mengulas sedikit isu ini supaya ia tidak lagi berpanjangan.

Sebagai seorang Ketua Kerajaan yang selalu mendapat aduan berkaitan dengan ketidakcekapan pegawai-pegawai di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya, berkaitan dengan masalah-masalah penyelenggaraan yang terabai langsung. Isu ini turut sering kali ditimbulkan oleh media massa utama negara TV3. Pada suatu ketika kredebiliti dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan turut terhakis.

Apabila saya menghubungi pegawai-pegawai PBT, jawapan mudah mereka ialah tiada peruntukan untuk menyelenggarakan kawasan jagaan mereka. Ini menunjukkan masalah pendapatan PBT yang tidak seimbang dengan perancangan.

Menyedari masalah ini saya mengambil pendekatan untuk mengatasai dengan memastikan cukai yang dipungut mencapai tahap sekurang-kurangnya 50% untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mencari peruntukan di peringkat negeri untuk diberikan kepada PBT.

Perbincangan juga kerap diadakan. Laporan saban minggu dibentang. Namun prestasi tahap kecekapan pegawai masih terlalu rendah. Dalam satu mesyuarat, saya telah mencadangkan pada awalnya sistem rating diperkenalkan.

Siapa yang mendapat rating tertinggi atau terbaik akan diberi peluang untuk membuat lawatan ke luar negara bagi meningkatkan kecekapan mereka. Bagi mereka yang mendapat rating terendah pula diwajibkan untuk belajar dengan rakan PBT dalam negeri Selangor atau di dalam negeri-negeri di Malaysia.

Sistem rating ini digunakan untuk beberapa tahun dan namun tidak membawa sebarang kesan positif.

Pada satu mesyuarat lain, kita telah mengambil keputusan mana-mana PBT yang mencapai tahap kecekapan 80% dianggap cemerlang dan diberi ganjaran dengan membuat lawatan luar negara dengan tujuan belajar dan membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi kecekapan.

Bagi PBT yang gagal mencapai paras minima akan dikenakan tindakan tertentu untuk mereka bagi menyedari terlalu banyak masalah perlu diselesaikan.

Banyak tindakan bagi membantu atau merubah sikap kerja bagi mencapai tahap minima ini telah dilaksanakan namun ia gagal membawa perubahan. Antaranya ialah menegur Ketua Jabatan dan kakitangan, mengambil tindakan "mempetisejukkan" pegawai tertentu yang ternyata gagal dengan tugas, menahan kenaikan pangkat dan juga pemberhentian bagi pegawai kontrak yang gagal mencapai tahap minima juga diambil.

Malangnya semua tindakan ini tidak memberi kesan positif. Masih ada lagi PBT yang tidak mengambil endah dengan pencapaian mereka. Saya terus menerima aduan kekecewaan rakyat terhadap prestasi buruk PBT berkenaan. Malah ada rakyat yang mengatakan lebih baik tiada perkhidmatan diberikan supaya rakyat tidak mengharapkan sesuatu perkhidmatan itu diberikan.

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, saya mengambil tindakan untuk menghantar pengawai-pegawai ini berkursus bagi tujuan meningkatkan tahap kecekapan dan disiplin pegawai di PBT berkenaan.

Pada ketika itu, saya amat bimbang dan khuatir rakyat kurang percaya kepada mereka dan ini memberikan kesan yang buruk kepada kerajaan. Justeru satu perbincangan telah diadakan oleh pegawai-pegawai PBT seluruh Selangor.

Ada yang mencadangkan memberhentikan atau membuang kerja pegawai-pegawai yang telah dikategorikan pasif dan tidak produktif. Ada cadangan untuk mengambil tindakan memberi hadiah simbolik sebagai lambang untuk mereka meningkatkan produktiviti mereka.

Lebih ramai yang bersetuju dengan cadangan untuk memberi hadiah simbolik ini. dalam perbincangan itu juga timbul beberapa cadangan seperti, "menggantung selipar buruk di leher", "Memakaikan baju buruk" dan ada juga yang mencadangkan supaya diberi hadiah penyapu.

Hadiah Penyapu dipilih kerana ia merupakan simbolik sebagai usaha untuk membersihkan sikap buruk dan masalah di PBT tersebut.

Perkara ini turut diberitahu oleh salah seorang pegawai biasa dilakukan di negara-negara yang mempunyai produktiviti tinggi seperti di Korea Selatan. Dan saya telah mengarahkan supaya mesyuarat membuat pilihan, akhirnya penyapu telah dipersetujui seabagai hadiah kepada PBT yang gagal mencapai tahap pungutan cukai minima.

Perkara ini diputuskan setahun awal dengan tujuan memberi masa secukupnya kepada PBT meningkatkan tahap kecekapan mereka. Pelbagai kelonggaran juga diberikan seperti menukar jumlah hutang kepada aset seperti hartanah dan sebagainya.

Semua PBT telah mencapai tahap cemerlang kecuali satu PBT yang tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan. Dan kita telah membuat keputusan bersama untuk menghadiahkan penyapu tersebut.

Walaupun kita terus membantu PBT melepasi tahap minima tersebut namun ia masih gagal untuk melaksanakannya.

Justeru saya perlu mengotakan keputusan mesyuarat untuk mengelakkan tanggapan saya seorang ketua yang pilih kasih. Jika ini berlaku ia pasti memberi memberi impak negatif kepada mereka yang berjaya melepasi tahap minima dan cemerlang.

Saya juga akan dianggap sebagai seorang ketua yang tidak menunaikan janji. Atas dasar itulah dengan rasa berat hati saya membuat keputusan untuk meneruskan anugerah tersebut. Kerajaan negeri tiada niat langsung untuk memalukan mana-mana individu. Hadiah tersebut diberi kepada PBT berkenaan bukannya kepada individu tertentu.

Dan kita melaksanakan ini atas kepercayaan bahawa penyapu tidak membawa impak sial dalam hidup. Bagi saya tiada hari, tiada bulan, tiada tahun dan tiada benda-benda yang boleh mendatangkan sial dalam kehidupan. Itu jelas dinyatakan dalam al-Quran.

Saya tahu memalukan pegawai adalah perkara yang membawa dosa.

Saya jelaskan sekali lagi keputusan ini telah dipersetujui bersama termasuk oleh PBT berkenaan dan ia bukan diberikan kepada individu. Malahan YDP PBT tersebut pada awalnya menerima dengan hati terbuka seperti dilaporkan oleh media massa. Namun beberapa hari kemudian berubah nada. Tidaklah jelas kepada saya apa yang berlaku di belakang tabir sehingga ia boleh berubah demikian.

Tujuan anugerah ini hanya sebagai lambang peringatan agar PBT tersebut membersihkan masalah dan ketidakcekapannya. Saya sebenarnya amat menyayangi para pegawai kerajaan dan mengharapkan rakyat juga menyayangi mereka dan menghormati mereka. Pegawai-pegawai yang disayangi rakyat adalah mereka yang bertanggungjawab dan saya yakin sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan adalah mereka yang bertanggungjawab.

Saya kesal bila mana saya dianggap tidak sensitif dengan budaya yang saya anggap tidak wujud sama sekali. Dan saya yakin kepada al-Quran. Jika orang Melayu masih percaya perkara tahyul dan kurafat ini, bagaimana kita mengatakan kita telah berjaya merubah minda orang Melayu.

Saya katakan begini kerana bila mana saya mahu berpindah ke rumah sendiri, ibu saya membekalkan enam penyapu untuk saya gunakan membersihkan tumah. Saya juga lihat si tukang sapu juga bukan satu pekerjaan yang sial. Saya amat berharap kepada mereka yang masih berfikiran sebegini memikirkan semula adat manakah, kepercayaan manakah yang mereka fahami.

Ironinya selepas sahaja PBT ini mendapat hadiah penyapu, kadar kutipan cukai mencapai tahap cemerlang dan kecekapan PBT ini jelas meningkat. Rakyat kurang membuat aduan, kekecewaan dapat dikurangkan dan rakyat semakin senang dengan PBT tersebut.

Jika hadiah penyapu tersebut membawa sial kepada PBT tersebut, pastilah PBT tersebut akan lebih buruk pencapaiannya, orang lebih menyampah dengan pegawai-pegawainya dan PBT tersebut dianggap PBT yang tidak berfungsi. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Kepada mereka yang masih berfikiran jumud, saya harap dapat membuktikan ayat al-Quran atau Hadis mana yang menunjukkan penyapu itu sial. Adat manakah yang mengatakan si tukang sapu itu orang yang sial.

Adakah benar penyapu membawa sial atau pun sikap kita sendiri yang membawa "sial" sehinggakan kita tewas Pilihan Raya Umum ke 12 lalu?

Saya berkeyakinan sikap dan tindakan kitalah yang menjadi punca kekalahan tersebut. Marilah kita sama-sama berfikir untuk mengenal pasti sikap, tindakan dan pemikiran "sial" kita daripada kita "mensialkan" penyapu. Selagi kita tidak mampu bersikap jujur dan melakukan muhasabah dan menerima kelemahan diri sendiri, rakyat akan terus menolak kita.

Saya percaya yang menjadikan kita "sial" ialah sikap kita yang tidak mahu memahami masalah rakyat secara menyeluruh. Jika benar mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat, kita perlulah membuang sikap "sial" kita ini. Jadilah pemimpin yang mendengar masalah rakyat dan bertindak meringankan bebanan mereka.

Usahlah kita menjadi seperti burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan tidak mahu melihat punca sebenar kekalahan, tetapi terus mencari pelbagai alasan termasuklah menyalahkan orang lain!

Saya Bersedia Jadi PM Jika Ada Sokongan - Wan Azizah

Terowong Nadi Viet Cong

BMW Vs Rusa............Siapa Yang Menang?


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Friday, April 25, 2008

Check Saman Anda Di sini

kepada mereka2 yang rasa nak check saman,
silalah klik kat SINI

saya dah check tadi. saya kena 3 saman..tak sedar entah bile kejadian tu berlaku...
hermm...

Wednesday, April 23, 2008

Mata Di Langit

Sumber asal mengatakan berlaku ketika ribut di KL, ye ker?

video

Awass!!!!!!!! Penipuan Kad Kredit Melalui Telefon

Sekiranya anda menerima panggilan telepon daripada individu yang mengaku sebagai wakil syarikat kad kredit Visa dan Mastercard. Awas, ini adalah satu usaha mendapatkan maklumat kad kredit anda.

Jangan dedahkan apa-apa maklumat.

Syarikat kredit kad Mastercard dan Visa dan pihak Bank anda sendiri tidak akan membuat panggilan telepon dan email untuk mendapatkan maklumat. Sekira ini berlaku, ini bermaksud nombor kad kredit anda mungkin telah diketahui. Langkah membuat panggilan telepon oleh pihak tidak bertanggung jawab ini adalah untuk lebih mendapatkan maklumat lanjut bagi tujuan memudahkan mereka membuat urusan pembelian terutamanya melalui Internet

Untuk makluman, dengan hanya nombor kad kredit masih belum cukup membolehkan mana-mana pihak menggunakan kad kredit anda. Akan tetapi dengan mendedahkan tarikh luput (Valid Thru) atau (Expired Date) sudah cukup untuk membolehkan pihak tidak bertanggung jawab mempergunakan ia untuk membuat pembelian di Internet.

Jangan sesekali dedahkan Nama di atas Kad, bank pengeluar, Tarikh luput kad dan nombor yang ditulis dibelakang. Jangan sesekali benarkan mana-mana pihak dapatkan semua maklumat ini sama ada melalui telepon ataupun email.

Yang paling penting jangan dedahkan Nombor dibelakang kad kredit anda. Nombor tersebut yang dipanggil Card Verification Value or Code (CVV or CVC). Nombor ini bagi tujuan pengesahan tanpa kehadiran pemilik kad. Jangan sesekali dedahkan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Card_Security_Code

Sekira anda menerima panggilan sebegini, langkah yang boleh dilakukan.

(1) Cuba dapatkan maklumat pemanggil. nombor telepon, nama individu dan nombor daftar syarikat.

(2) Jangan dedahkan maklumat anda. And boleh palsukan bagi tujuan merosakkan data mereka. Contoh berikan nama bank berlainan, tarikh luput yang berlainan, no CVV yang berlainan.

(3) Segera laporkan kepada bank anda. Sila dapatkan maklumat tentang akaun anda dengan segera untuk sebarang masalah.

(4) Dan yang paling baik, terus berjumpa dengan pihak bank dimana kad kredit itu dikeluarkan dan minta ditamatkan penggunaan kad kredit tersebut dan buat kad kredit yang baru. Biar anda rugi sebanyak RM50 kerana membuat kad yang baru berbanding rugi kerana orang lain menggunakan kredit anda dengan sewenang-wenangnya.

(4) Sampaikan mesej ini kepada orang ramai bagi mendedahkan wujudnya usaha penipuan ini.

Maklumat di Internet

http://www.snopes.com/crime/warnings/creditcard.asp

Sampaikan kepada rakan-rakan anda.

Air Kickapoo Dari Syarikat Arak

Untuk UMAT ISLAM semua, sebenarnya air kickapoo bergas yang selalu diminum kat Malaysia ni berasal dari syarikat ARAK, nama syarikat MONARCH BEVERAGE, bukti lihat web kat bawah ni:


http://www.kickapoojoy.com/history.html



http://www.monarch-beverage.com/home.htm

Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi

Untuk renungan bersama. Dapat dari rakan.


Subject: Meninggal Ketika Sujud Di Masjid Nabawi -
Beautiful Ending

Assalamualaikum,

Saya dapat gambar ni dari rakan di Riyadh, untuk dikongsi
bersama dgn rakan2 yg lain, alangkah indahnya jika dapat
mati dalam keadaan begini, insyaallah.. Amin

Fwdkan kerakan2 yg lain agar manjadi teladan semua.
Wallahualam..

Helmi Buhollia
Riyadh, KSA

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tuesday, April 22, 2008

Awass!!!!!!!! Bawa Lari Gadis Adalah Amalan Orang Lombok

Aurora Borealis Di Kutub Utara

video video

video

Kalau nak tahu apa kebende fenomena ini, sila layari lamanweb ini http://en.wikipedia.org/wiki/Aurora_(astronomy)

Mug Dengan Teknologi Terkini

Video Hangat : Royalti


video

Taugeh Pakai Baja Air Kencing

Ye ke? aku tak pasti benda ni just share jer..


Mesti ramai suka makan taugeh. Nak pulak campur dalam char kuey teow. Hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

Beli sket, jangan makan dulu sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. Dan kalau boleh jangan beli taugeh yang kaler putih berseri tu.

Kepututsan yg mungkin boleh didapati... Lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam. Bermakna taugeh tu disiram dengan urine aka air kencing. Dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri. Kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje. Kaler dia macam kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

Ini info dari kawan yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yang diusahakan oleh cha ya nun alip. Siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing untuk disiram pada pokok-pokok taugeh tu.

Dan kenapa taugeh jodik mangsa? Sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat-bulat terus dalam batangnya. Tidak seperti sayuran lain iaitu sayur-sayuran berdaun hijau yang mengalami fotosintesis. Semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan untuk penyerapan zat-zat dari baja.

Tak macam taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis. Tu sebabnya kalau simpan dalam masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

So bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh hanching dengan taugeh bumiputera.

Monday, April 21, 2008

Nasib Seorang Janda

Youtube

Latest Car Security System





Starbucks: Kalau Pergi Jugak ... Tak Tau La Nak Kate Ape ......

Pelan Pendidikan Nasional

Sunday, April 20, 2008

Motosikal Yang Disenarai Hitamkan (HARAM Kat Malaysia!!!!)


Cara Menutup Aurat Yang Betul

Terompah Extra

Tumit Tinggi!! Ladies.. Please Be Aware Of This.......!!!

Kuasa Allah

Ubi Kayu Menyerupai Punggung dan Kaki Manusia

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pengesahan Halal Oleh Jakim

Assalamualaikum...............

Ini adalah pesanan daripada member chatter. Member minta tolong sampaikan pesanan pada semua pembaca. So.............. Ini pesanannya.

Giant dan Tesco - Status makanan yang disediakan ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus. Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. 8. Restoran Burger King - Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

Saturday, April 19, 2008

Pertandingan Pancaragam Peringkat Negeri Johor


Pertandingan diadakan di Pasir Layar, Pasir Gudang pada pukul dua tadi. Sebanyak 6 buah sekolah bertanding dimana SIGS sekali lagi berjaya mendapat tempat pertama. Manakala sek Tun Fatimah mendapat tempat kedua.

Pancaragam sekolah daerah Pasir Gudang hanya mendapat tempat sagu hati dengan mendapat hadiah sebanyak RM 500. Persembahan mereka cukup menarik sekali.

Thursday, April 17, 2008

Penipuan Dalam Pemakanan

Goreng Pisang Plastik


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Minyak naik


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pesanan Dari Kawan Pengguna Yahoo Messenger

Seseorang dengan ID Yahoo = niel_maniess hendak menambahkan anda di Yahoo Messenger ..JANGAN DITERIMA , itu adalah virus yg paling powerful. Beritahu semua orang yg ada di list YM anda , sebab jika mereka menambahkan , maka anda juga mendapat virus tersebut. Beritahu smua orang di list anda untuk tidak membuka kiriman apapun , dari pempek_timun , avangelint_saint, squdra_boyz, ray_silverlight. .....ID yahoo itu merupakan virus yang menyerang langsung ke hardisk. Sampaikan pesan ini ke setiap orang dalam list YM anda.

Tuesday, April 15, 2008

Hikmah Sujud

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Nitrus - Resah




Ini adalah satu video yang baru siap dan baru diupload.. memang layan lagu ni kalau korang amatinya... Belilah album terbaru Nitrus yang akan muncul tidak lama lagi. Pastikan yang ORIGINAL!!!!

Buang Virus Bha.dll.vbs

Virus Bha.dll.vbs

Virus ini akan menghalang anda dari men"double" klik Drive yang telah dijangkiti virus ini. Anda hanya buleh membuka drive itu dengan klik kanan dan explore.Untuk melenyapkan virus ini anda boleh download Flash Disinfector untuk membuang virus "Bha.dll.vbs" ini. Anda hanya perlu "double" klik software itu dan biarkan ia menghapuskan virus tersebut.

Download Flash Disinfector(klik sini)

Klip Video Untuk Dimuat Turun

Videoklip
Bittersweet - Capital E.avi
Imran Ajmain - Seribu Tahun.avi
Judika - Bukan Rayuan Gombal.avi
Silverchair - If You Keep Losing Sleep.avi

MP3 Untuk Dimuat Turun - Download

Mp3
Misha Omar - Semoga Abadi.mp3

Mari Kita Buat Bandar..............


MyMiniCity - ialah satu permainan untuk membina bandar anda sendiri. Dari sebuah kampung, setiap kali dalam satu hari anda masuk melawat atau kawan2 anda melawat ke bandar anda, seorang penghuni baru akan bertambah dan bandar anda akan makin maju. Begitu juga dengan pandapatan sampingan. Permainan ini memang paling mudah sekali di alam semesta, tak perlu fikir banyak, cuma melawat je setiap hari, kira anda macam wakil rakyat datang melawat tempat sendiri untuk meninjau keadaan.Tq kepada Dingh(sila klik) kerana memberitahu pasal game ini.Cuba la...

Tengok Bandar AkuSape! - Bandar AkuSape!(sila klik)
Bandar Dingh(abang ipar aku) - Bandar Dingh(sila klik
Ingin membuat bandar anda - My Mini City(sila klik)

Penghisap Darah Laris Untuk Produk Kecantikan / Kesihatan

Menjana Pendapatan Melalui LintahRAMAI pastinya berasa geli-geleman jika disuruh memegang lintah. Apa tidaknya, dengan bentuk tubuh yang berbulu, licin, liat dan terkenal sebagai penghisap darah, lintah bukan menjadi pilihan untuk dibelai.

Tidak terkecuali kepada Roziana Abu Hassan, 34, yang menunjukkan mimik muka berkerut dan ragu-ragu apabila diminta memegang dan bermesra dengan lintah.

Namun, di sebalik sikap `takut-takut’ terhadapnya, beliau adalah antara segelintir wanita yang berani menceburi bidang ternakan lintah meskipun jika terpaksa mengeluarkan ribuan ringgit untuk memulakannya.

Dan, tanpa ragu-ragu dia menerangkan dengan terperinci mengenai aspek ternakan lintah serta keyakinannya terhadap potensi dan masa depannya sebagai sumber dalam menjana pendapatan.

“Semakin sukar untuk mencari lintah liar sekarang. Puas saya melilau di kawasan sungai dan sawah tetapi susah sangat nak jumpa,” kata Mohd Jantan Abu Hassan, 36, suami Roziana, ketika ditemui di pejabatnya di Selama, Perak, baru-baru ini.

Roziana Abu HassanHakikat itu menguatkan lagi azam pasangan suami isteri yang mempunyai empat cahaya mata berusia 3 hingga 13 tahun, bersama ibu mereka, Rahidah Wahid, 50, melabur RM30,000 dan ditambah dengan pinjaman RM10,000 daripada Bank Rakyat untuk mengusahakan ternakan lintah.

Mereka memulakan usaha itu kira-kira enam bulan lalu dengan membina dua kolam dan ditambah empat kolam lagi dengan setiap satu berukuran 18 meter x 6 meter di Kampung Telok Mas, Selama, Perak.

Selepas itu, mereka membeli lintah induk sebagai baka pembiakan sebanyak 12 kilogram berharga kira-kira RM3,600 daripada Art Soulist Sdn Bhd, syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

Roziana berkata, setiap kolam diisi dengan dua kilogram lintah induk dan diberikan belut yang dibeli pada harga RM6.50 sekilogram sebagai sumber utama hayat dan tumbesarannya.

“Kebiasaannya satu kolam disediakan seekor belut dan ikan itu akan mati keesokannya akibat darah dan protein dalam badannya disedut oleh lintah.

“Lintah adalah haiwan jenis hermapordit iaitu mempunyai sifat jantan serta betina dalam satu badan dan memerlukan darah mencukupi untuk mengawan. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk lintah,” katanya.

Kebaikan Kurma, Kismis Dan Madu

Assamualaikum...........

Sabda Rasulullah s.a.w “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah
s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa.

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran”.

Sunday, April 13, 2008

Blog Rasmi Halimaton Yusof - Ibu Sufiah

Assalamualaikum............

Blog ni dihantar oleh seorang rakan kepada saya. Ini adalah blog rasmi yang dibuat oleh Halimathon Yusof iaitu ibu Sufiah menceritakan tentang salah anggapan yang diberikan terhadap keluarga beliau. Beliau berharap blog beliau dapat dihebahkan kepada seramai mungkin bagi mengatasi laporan akhbar yang berat sebelah walaupun maklumat yang diberikan oleh beliau dalam temuramah adalah yang sebenarnya.


Sila klik gambar di atas untuk ke lamanweb - www.hyusof.com

Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada keluarga beliau. Tiada seorang ibu yang mahu anaknya membuat kesilapan terutama seperti yang berlaku kepada Sufiah. Beliau menceritakan situasi sebenar yang berlaku di dalam blog ini bersama-sama dengan anak-anak beliau yang lain. Disamping itu beliau juga akan berkongsi teknik 'home schooling' yang diamalkan oleh beliau sehingga menjadikan anak-anak beliau lebih 'advance' dari orang lain.

Halimathon menyatakan tidak berlaku paksaan dalam teknik yang diamalkan oleh beliau cuma dengan kehadiran bapa Sufiah (Farooq) memberi tekanan kepada anak-anak mereka berpunca dari sikap panas baran Farooq.

Saya tidak mahu bercerita panjang hal keluarga beliau. Diharapkan kepada semua dapat membaca blog ini dan buat pertimbangan dengan akal yang waras.

Perisian Azan

Assalamualaikum.............

Perisian azan ini sangat sesuai untuk diinstallkan ke dalam komputer kita. Jadual waktu sembahyang meliputi hinggakan waktu di Pasir Gudang. Anda juga boleh memilih suara azan yang dikumandangkan dari Masjid di Mekah, Madinah, Al Aqsa dan Mesir. Dan yang paling best, ianya adalah percuma...........ehe.

Selamat mencuba

Sila klik gambar untuk ke lamanweb

Saturday, April 12, 2008

Akibat Perbuatan Zina

Memang zalim manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ni. Allah dah berfirman "Jauhilah Zina". Inilah akibat mengikut nafsu, lepas tu bila dah malu,senang-senang jer campak bayi tu. Walau apa pun semoga Tuhan memberi hidayah kepada mereka dan dapat kembali ke jalan yang benar.