Tuesday, December 30, 2008

Bangla Pun Tipu Bangla Juga

My Photo

Ibrahim Yahaya
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
journalist forever. have been there, here and everywhere. was chief news editor of berita harian. moved to TV3 as an editor. had a stint at berita publishing. became a media consultant to RTM. now a free man...catching up on things that i like to do....writing..biz.

Posting Ketiga - 6.35 petang


Semalam, saya menyaksikan bagaimana "cool" atau "kesabaran yang tinggi" seorang insan.

Tidak marah, walaupun arahannya tidak diikuti. Bersahaja dan ketawa. Memberi arahan semula dan terus mengingatkan agar arahannya diikuti. Bukan orang lain.

Yang bersalah pula, berusaha mencari jalan untuk menipu. Tapi tidak berjaya. Tapi mukanya selamba saja. Habuk pun tarak.

Mr Cool tetap cool sepanjang masa. Inilah insan berjiwa besar.

Semoga terus berjaya Mr Cool.

Posting Kedua - 1.40 petang

Salam juga menceritakan mengenai kejayaan rakan sekampungnya.

Rakan beliau yang pernah bekerja di Pulau Pinang dan Korea, kini seorang usahawan berjaya.

Rakan beliau yang berusia 34 tahun kini mempunyai tiga kedai di Afrika Selatan.

Kejayaan itu membolehkan rakannya menunaikan haji tahun ini.

Pagi tadi, rakan beliau sudah berada di Bangladesh dan mengikut budaya negara itu mereka yang baru kembali daripada mengerjakan haji akan "dikuarantin" dan "tidak boleh bercakap banyak" selama 41 hari.

Ini bermakna rakannya tidak boleh bercakap sembarangan dan tidak boleh terbang ke luar negara. Hanya boleh berada di sekitar kampungnya saja.

Selamat kurang bercakap.

Posting Asal - 11.29 pagi

Jika anda berpeluang berbual dengan rakyat asing yang bekerja di sini, tanyalah mereka pelbagai pengalaman pahit manis yang dihadapinya ketika berada di negara ini.

Mereka pernah ditipu, tidak makan dua tiga hari atau merempat di bawah jejambat. Ini gara-gara golongan yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap mereka.

Pagi ini, saya bersembang dengan Salam, pekerja tempat mencuci kereta dari Bangladesh.

Bos pertamanya ialah orang Melayu yang bergabung dengan orang Bangladesh.

Tiada masalah pada peringkat awal sehinggalah bosnya, orang Bangladesh membuat hal. Gaji mereka tidak dibayar walaupun bos Melayu sudah menyerahkan wang itu kepada bos Bangla. Bangla tipu Bangla. Apa ni?

Seorang rakannya juga pernah ditipu oleh agensi dari Bangla. Rakan itu sepatutnya dihantar ke Afrika Selatan tetapi ditipu dan dibawa ke Malaysia.

Bangla pun tipu Bangla. Apa dah jadi?

Perihal Banjir Dulu dan Sekarang

My Photo

A KADIR JASIN
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006) and PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008).


KUALA Terengganu banjir. Maka bergegaslah pasukan penyelamat dan bantuan dengan kelengkapan canggih mereka.

Media massa pun menguar-uarkan pelbagai sudut kejadian alam itu. Maka termaklumlah seluruh negara.

Tanah runtuh di Ulu Klang. Empat orang mati tertimbus. Beberapa buah rumah mewah musnah.

Maka bergegaslah pasukan penyelamat dan bantuan dengan kelengkapan canggih mereka.

Media massa pun menguar-uarkan pelbagai sudut kejadian alam itu. Apatah lagi bila antara mangsa adalah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri. Maka termaklumlah seluruh negara.

Banjir bukan kejadian baru. Tanah runtuh pun begitu. Tetapi ada beza antara banjir sekarang dengan banjir dahulu. Banjir hari ini riuh satu negeri. Banjir dahulu tidak siapa pun peduli.

Saya membesar pada ketika banjir bukan tajuk berita atau satu mala petaka. Ia adalah kejadian biasa, putaran masa.

Maka tidaklah nampak polis dan tentera, penyelamat dan pelapor media massa. Kalau nampak pun polis dan tentera, ia hanyalah kebetulan. Mereka mengambil kesempatan daripada air bah untuk memburu pengganas di hutan rimba.

Buat satu jangka masa yang agak lama, kampung saya dikategorikan kawasan hitam atau “black area” iaitu kawasan yang diancam pengganas komunis.

Tetapi hari ini, ramai yang sudah lupa atau tidak tahu bahawa beribu anggota tentera dan polis dari Malaya dan negara-negara Komanwel terkorban melawan pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya.

Banjir datang dan pergi. Ia tidak lebih daripada putaran masa. Musim datang dan pergi. Sawah dan dusun tenggelam. Sekali sekala, orang yang tidak tahu atau alpa menjadi mangsa. Itu pun tidak dihebohkan atau menjadi tajuk berita.

Pada waktu itu, kita sentiasa bersedia. Kita tahu banjir tetap berlaku dan kita tahu bila ia akan tiba. Rumah kita tinggi tiangnya. Kalau empat lima kaki banjir belum apa-apa.

Di bawah rumah ada perahu. Pada musim kemarau kita tambat di sungai atau kita terbalikkan di bawah rumah atau di bangsal bersama basikal buruk dan kelengkapan bendang.

Bila banjir, kita berdayung ke hulu hilir memancing, menjala, menahan lukah, memberi makan kerbau dan lembu di banggol atau mencari itik yang dihanyutkan arus.

Kita tidak ada pegawai kaji cuaca atau Jawatankuasa Bencana Alam. Daripada hujan yang mencurah dan deras air yang mengalir, kita sudah dapat mengagak bila banjir akan melanda dan kecil atau besarnya. Kita sentiasa bersiap sedia.

Dua, tiga hari banjir bermula, ikan keli, belida (ikan selat kata orang Kedah) dan puyu (betuk) mudah dikail. Selepas itu tidak makan lagi kerana kenyang makan cacing yang tenggelam banjir.

Bila air surut, makan semula kerana lapar. Waktu itulah paling baik menahan joran berumpankan akan puyu atau sepat bagi menangkap ikan haruan.

Rumah saya di pinggir Sungai Pendang tinggi tiangnya. Lepas kepala orang dewasa. Bila berlaku banjir, kami tidak perlu berpindah ke mana-mana.

Kalau berpindah pun ke mana? Tidak ada dewan sekolah atau dewan orang ramai. Jadi masing-masinglah jaga diri, jaga ayam itik, kerbau, lembu dan kambing.

Musim banjir bawa tragedi. Tetapi ia juga membawa rezeki. Ikan dan burung mudah diperangkap. Selepas banjir sawah dan kebun subur semula.

Waktu malam, bersenjatakan lampu picit enam bateri dan jala yang dipanggil “tebah” saya dan tok wan saya, Haji Hassan , akan meredah banjir untuk ke banggol.

Banggol adalah tanah tinggi di padang ragut yang tidak ditenggelami banjir di mana kerbau lembu menyelamatkan diri. Pada waktu malam, banyak burung kembara tidur di situ.

Sekarang, setiap kali banjir ramailah penduduk pinggir Sungai Pendang yang riuh rendah dan hingar bingar berpindah.

Bukan kerana Sungai Pendang lebih mengganas. Malah ia telah dijinakkan oleh projek perairan Muda hampir 40 tahun lalu.

Mereka berpindah kerana rumah kayu bertiang tinggi telah digantikan dengan rumah batu tidak bertiang. Sekaki dua naik air, tenggelamlah ia. Perahu sudah digantikan kereta dan motosikal. Anak-anak tidak lagi pandai meredah banjir dan menangkap ikan keli dan puyu.

Maka banjir yang dulunya bukan cerita dan berita, hari ini dianggap mala petaka dan menjadi bahan muka depan serta waktu meminta dan memberi bantuan.

Rumah orang tua saya di kampung masih bertiang tinggi walaupun di bawahnya tidak lagi disimpan kerbau atau kelengkapan sawah. Sudah dijadikan dapur dan bilik tidur. Tetapi kalau banjir besar, ayah dan ibu saya masih ada atas rumah untuk berlindung.

Musim banjir adalah musim bahagia bagi saya dan budak-budak kampung yang sebaya. Ada alasan untuk tidak ke sekolah dan boleh memancing dan menjerat burung sepanjang hari dan sesuka hati.

Risikonya ada. Tetapi, umpama kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Ular, yang berbisa dan tidak berbisa, ada merata-rata. Mereka juga lari dari banjir mencari tempat selamat.

Pada satu musim banjir, Allahyarhamah nenek saya, Hajah Putih, dipatuk ular tedung yang bersembunyi di dalam guri tempat dia menyimpan beras. Nenek menyeluk untuk mengambil beras dan dipatuk.

Nasib baik dia sempat dibawa ke hospital di Alor Setar dan diberikan suntikan “anti venom” bagi melawan racun ular itu. Demikian hukum Tuhan. Penawar bisa adalah bisa juga.

Dulu pun ada tanah runtuh. Tetapi orang tidak riuh. Mereka tahu risikonya dan mereka pula adalah orang biasa yang memugar tanah untuk dijadikan kebun dan dusun.

Rumah mereka dari bahan-bahan rimba. Mereka bukan Tan Sri atau orang bernama. Jadi kalau ditimbus tanah runtuh pun, tidaklah riuh, tidaklah heboh.

Menteri pun tidaklah bergegas datang atau membuat janji tidak membenarkan rumah di lereng bukit lagi. Itulah janji yang kita dengar berulang kali apabila berlaku tragedi.

Jadi saya pun tidaklah berapa peduli kalau ada banglo (daripada perkataan Gujerat yang bermaksud rumah satu tingkat) yang ditelan bumi dan orang mati kerana berumah di lereng bukit adalah “vogue” bagi orang yang berduit.

Ibarat kata orang tua-tua, kalau takut dilanda badai jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut ditimbus tanah, di lereng bukit jangan berumah.

Monday, December 29, 2008

Macam Tak Caya Je

jalan-bukit-bintang

Macam tak percaya je bila lihat gambar di atas dan di bawah nie. Kuala Lumpur sekarang penuh dengan kemajuan.

Bangunan tinggi - tinggi.. Berwarna warni dengan ragam manusia. Sekarang kuala lumpur penuh dengan kunjungan, siang mahupun malam.

Mesti ada antara kita yang belum pernah tahu wajah disebalik kemegahan yang ada sekarang kan? Bagaimana wajah kuala lumpur yang dahulu nya?

Bagi kita generasi baru nie yang belum pernah tengok tu, kat sini ada la serba sedikit gambar hitam putih yang memaparkan wajah kuala lumpur sebelum dibangunkan dengan warna warni yang ada sekarang ni..

hospital-besar

dataran-merdeka

lake-garden

masjid-jameq

muzium-negara

petaling-street

bukit-aman

Satu Cara Mengawal Kelajuan Kereta Di Concord


Ehe.... ianya belum lagi dilakukan di Concord, tapi agak merbahaya juga jika dilaksanakan di jalan.

Apa tidaknya, jika pemandu yang sedang memandu dengan laju. Tetiba melihat lubang di depannya. Agak-agak apa yang bakal berlaku?

Idea yang baik tapi sangat merbahaya.


Mayat Reput











Sunday, December 28, 2008

Rahsia Pekasam Tahan Sebulan



IKAN pekasam dibungkus bagi memastikan kualiti ikan berada dalam keadaan baik.


NASI putih, kicap dan ikan pekasam goreng. Hidangan sebegini pastinya mengecurkan air liur!

Namun tidak ramai yang tahu bahawa kenikmatan ikan yang diperam bersama beras serta asam keping ini telah melangkaui sempadan antarabangsa.

Lebih menarik, sekiranya dahulu air tangan orang lama yang menyediakan ikan pekasam, kini golongan muda tidak kekok menyingsing lengan baju untuk memproses makanan tradisi ini.

“Tak ada masalah pun nak membuatnya. Bau busuk dan lalat tak ada di sini kerana kami betul-betul menggunakan petua dan cara orang lama,” ujar Khadijah Yusuf, 26, yang mewarisi kepandaian membuat ikan pekasam daripada keluarganya di Kampung Cherakoh, Lenggong, Perak.

Bersama dua orang adiknya, mereka merupakan generasi ketiga keluarganya yang membuat ikan pekasam yang dipasarkan di banyak tempat di seluruh negara.


IKAN-IKAN yang telah siap disiang.


Lebih istimewa, premis menghasilkan Pekasam Tasek Raban buatan anak muda ini langsung tidak dihinggapi walau seekor lalat. Malah di situ langsung tiada bau busuk atau hanyir ikan.

“Memang orang ramai akan was-was untuk membeli ikan pekasam kerana bimbangkan aspek kebersihannya. Namun di sini kami sangat menitikberatkan hal itu,” jelas Khadijah sambil menunjukkan bahagian dapur kedainya.

Sememangnya tiada lalat yang ditemui. Malah ikan yang akan diperam dibersihkan dengan teliti sebelum dicampur dengan ramuan lain.

Perniagaan secara komersial yang dimulakan sejak tahun 1996 itu hingga kini masih kekal menggunakan ramuan keluarga serta teknik tersendiri.

“Malah ikan yang terbaik sahaja seperti loma, lampam, teroboi dan tenggalan digunakan kerana isinya tebal serta lebih sedap,” ujarnya.

Menurut Khadijah, beras yang digunakan sebagai ramuan utama untuk memerap ikan dikisar namun tidak begitu halus. Beras yang terlalu halus dikisar akan membuatkan ramuan tersebut menjadi mudah hancur ketika digoreng.


IKAN pekasam disalut dengan beras yang diperap secara berasingan.


“Beras dan ikan pekasam ini perlu dimakan bersama bagi melengkapkan rasanya,” kata Khadijah sambil memilih ikan yang telah disiang untuk digaul bersama beras.

Air rendaman juga menjadi petunjuk penting dalam memastikan ikan itu telah sebati dengan ramuan.

“Sekiranya air rendaman tersebut berubah menjadi kelabu, itu tandanya pekasam tersebut tidak menjadi atau busuk,” kata Khatijah.

Menyentuh mengenai pasaran, negeri Selangor, Johor, Singapura serta Thailand telah ditembusi Pekasam Tasek Raban sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Biarpun tidak dipromosikan media secara besar-besaran, hebahan melalui mulut ke mulut banyak membantu dan meyakinkan pelanggan barunya.

“Ada yang rasa di rumah kawan mereka. Bila sedap dan yakin, mereka akan minta sesiapa yang datang ke sini tolong belikan.

“Dari situ, bermula dengan hanya sebungkus, kini ada yang membeli hingga berkilo banyaknya pada satu-satu masa,” katanya.

Pekasam buatan keluarga Khadijah turut terpilih dalam program Promosi Akuakultur Daerah Lenggong, Perak dan bakal dijual di pusat penjualan komersial pekasam di daerah itu.


NORIANI (kiri) dan adiknya Khadijah membungkus ikan pekasam. Bisnes itu diusahakan oleh keluarga mereka sejak tahun 1996 di Kampung Cherakoh, Lenggong, Perak.


Tambah menarik, mereka bukan saja menjual ikan pekasam malah pelanggan boleh mendapatkan resipi istimewa dalam menyediakan hidangan ikan air tawar itu.

“Antara resipi istimewa itu ialah pekasam goreng, pekasam bersambal, pekasam masak lemak kering serta pais pekasam,” ujarnya sambil dibantu adiknya membungkus ikan pekasam yang ditempah pelanggan.

Katanya lagi, api yang digunakan semasa menggoreng pekasam haruslah perlahan dan ia perlu dimasak betul-betul bagi memastikan beras dan ikan digoreng sebati.

“Untuk tujuan penyimpanan, pekasam boleh bertahan selama sebulan andainya disimpan di dalam peti sejuk atau tahan seminggu tanpa peti sejuk,” jelasnya.

Nyaris Maut Dihempas Ombak



COCKLE (dalam bulatan) dihempas ombak selaju 65 kilometer sejam di Cornwall, England baru-baru ini.



LONDON - Seorang peluncur ombak, Jacob Cockle nyaris maut selepas dia berdepan dengan sebuah jeti batu ketika ombak besar setinggi 10 meter berada di belakangnya sewaktu dia meluncur di Cornwall, England, lapor sebuah akhbar semalam.

Cockle, 23, hampir mati lemas apabila ombak itu tiba-tiba muncul dan bergerak ke arahnya pada kelajuan melebihi 65 kilometer sejam.

Pemuda itu cuba mendayung papan peluncurnya ke kawasan selamat tetapi arus kuat menggagalkan usaha tersebut sekali gus menyaksikan dia dilambung ke udara apabila ombak dengan tekanan tujuh tan itu menghempas dirinya.

"Jeti batu itu menghalang laluan saya dan saya melihat ekor ombak itu berada di depan saya. Ombak itu bagaikan menggunung dan saya tidak dapat melepaskan diri," katanya.

Namun, selepas tenggelam agak lama di dalam laut, dia bernasib baik kerana dapat naik ke permukaan dan berenang balik ke pantai tanpa sebarang kecederaan dalam kejadian ngeri yang berlaku awal bulan ini.

"Ombak itu sungguh kuat dan menekan saya ke dalam laut bagi tempoh panjang tetapi akhirnya saya berjaya berenang ke pantai," ujarnya. - Agensi


Coretan Seorang Pengembara Dan Wartawan

Aku dan tsunami di bumi Aceh

quake_184_1_650

25 hb lepas genap empat tahun tragedi berlakunya peristiwa paling dahsyat di kurun ini iaitu tsunami di bumi Aceh

Aku tiba bersama rakan setugas, Zulkiflee Bakar dan jurugambar Halim Khalid tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara Indonesia Blang Bintang, Aceh kira-kira empat hari selepas kejadian

Ketika itu suasana di bandar Aceh ibarat padang jarak padang terkukur

Ribuan mayat mula kembung dan membusuk, terbiar tanpa perhatian

Bekalan elektrik terputus, bekalan air bersih jauh sekali, jalan raya hancur, lapangan terbang tidak mampu lagi menampung kemasukan pesawat bantuan, bekalan makanan semakin terhad

Jeritan kesakitan mereka yang luka parah terdengar di sana sini, jeritan mereka yang kehilangan orang tersayang apatah lagi

Walaupun kedudukan Blang Bintang agak jauh sedikit dari bandar Aceh, namun bau busuk mayat sudah tidak mampu tertanggung lagi

Terus terang sewaktu pertama kali menjejak kaki di bandar Aceh ketika itu, aku tak tahu apa yang harus aku tulis untuk dihantar ke Kuala Lumpur

Seumur hidup aku, aku tak pernah melihat sebegitu banyak mayat di sekeliling aku

Di depan aku ada mayat, di belakang aku ada mayat, begitu juga di kiri dan kanan aku

Mula-mula sampai kami berkhemah di lapangan terbang saja, tapi disebabkan bau yang menusuk, kami berpindah dan menyewa sebuah rumah kosong di Lambaro, tak jauh dari bandar Aceh

Rupa-rupanya ia tidak menyelesaikan masalah, malah ia lebih menambah masalah

Apa tidaknya, rupanya di sebuah padang tidak jauh dari rumah sewa kami, pihak berkuasa Indonesia memilih untuk menjadikannya tanah perkuburan beramai-ramai mangsa tsunami

Sekali lagi kami dikelilingi mayat, depan mayat, kiri mayat, kanan mayat, belakang pun mayat

sanctkfc

Akhirnya selama sebulan lebih di Aceh, rutinku sehari-hari selain daripada menulis berita, adalah melihat mayat dan mencium bau mayat

Semalam genap empat tahun peristiwa itu berlaku, namun rasanya baru semalam aku berada di bumi serambi Mekah itu

Korang mungkin hanya melihatnya di kaca televisyen, tetapi aku berada di sana dan telah menyaksikan dengan mata kepala aku sendiri mengenai apa yang berlaku

Apalagi yang mampu aku coretkan…


Saturday, December 27, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharam 1430H Dan Masihi 2009

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua Muslimin dan Muslimat Yang Di Rahmati Allah

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, insyaAllah.


Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjag - Ahad 30 Zulhijjag 1429 bersamaan 28 Disember 2008)
Barang siapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami sepanjang tahun ini".
Ingat untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.

Bacaan selepas solat Asar
(klik pada gambar untuk pembesaran)



Bacaan selepas solat Maghrib
(klik pada gambar untuk pembesaran)


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu ALLAH SWT melarang umatnya melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara yang berlaku:

a. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
b. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
c. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
d. Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud
e. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
f. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
g. Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah
h. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
i. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam
j. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
k. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
l. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
m. Hari pertama Allah mencipta alam.
n. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
o. Hari pertama Allah menurunkan hujan
p. Allah menjadikan 'Arasy'
q. Allah menjadikan Luh Mahfuz
r. Allah menjadikan Malaikat Jibrail
s. Nagi Isa diangkat ke langit

Peristiwa Sekitar Serangan Mumbai