Firman Allah s.w.t yang bererti :
Sesungguhnya kami (diutus) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat). Surah al Ankabut (29:34)
Fakta dan Angka SIKLON NARGIS DI MYANMAR
78,000
Cyclone Nargis dan ombak gadang menyapu bersih lanar Irrawaddy, dan Yangon, meninggalkan 78,000 orang maut dan 56,000 hilang.
2.4 juta mangsa bencana
5.5 meter ketinggian ombak bersama 190 kph kelajuan angin
10,000 orang maut dalam satu bandar sahaja - Bogalay, 90km di barat daya Yangoon
35.2 bilion ringgit nilai harta dimusnahkan oleh siklon Nargis, yang paling buruk di Asia sejak 1991 di Bangladesh.
GEMPA DI CHINA
7.9 Gempa bumi yang terburuk sejak lebih 30 tahun lalu pada skala Richter 7.9 menyebabkan lebih 80,000 orang maut dan hilang, lebih 360,000 cedera dan lebih 5 juta rumah musnah di wilayah barat daya China wilayah Sichuan.1976 Gempa di Bandar Tongshan di Timur laut China pada 1976 mengakibatkan 300,000 orang maut.
130,000
China menggerakkan 130,000 anggota tentera dan paramilitari menyediakan tiga juta khemah dan mula membina satu juta rumah sementara dalam tempoh tiga bulan akhir Ogos 2008
11.2
China memerlukan lebih RM11.2 billion untuk tabung bantuan kecemasan.
Sumber : Milenia Muslim, m/s 14-15, Julai 2008.
****
Kerana hakikat manusia itu lupa, Allah selalu mengingatkan kepada apa yang telah kita lakukan selama ini. Sudahkah kita melakukan perkara ma'ruf dan mencegah kemungkaran yang berada di sekeliling kita ?
Sudahkah kita menegur saudara-saudara kita (dengan hikmah - mengikut keadaan dan situasi) atau hanya membiarkannya?
Kita sibuk menunding dan mencari ruang perbalahan tetapi tidak mahu memberikan keyakinan. Sedangkan perkara yang lebih utama tidak diperhatikan. Maksiat di kiri kanan, yang tidak tahu bersyahadah, yang masih tidak tahu bagaimana cara untuk mandi wajib dan masih berterabur fatihahnya.
Tugas kita hanya memerhatikan sahaja. Hanya pandai mengeji, memaki hamun, mengejek, tetapi kita tidak pula mendoakan atau cuba membantu diri mereka.
Allah sudah selalu memberikan peringatan. Tentera-tentera Allah hanya menjalankan suruhan-Nya. Dan kita semua akan terpalit sama..
0 comments:
Post a Comment