Wednesday, August 20, 2008

Rahsia Hari

Jumaat

Penghulu segala hari. Hari Jumaat adalah antara hari yang mustajab dia ( doa mudah dimakbulkan). Dikatakan juga Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Sabtu

Dinamakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari tersebut orang-orang Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad

Hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad, Allah memulakan penciptaan dunia dan pembangunannya.

Isnin

Hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari tersebut Nabi Syith telah bermusafir untuk menguruskan perniagaannya. Beliau memperolehi banyak keuntungan hasil dari perniagaannya.

Selasa

Hari berdarah kerana pada hari tersebut bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari tersebut juga terjadinya peristiwa pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu

Hari kebinasaan yang berkekalan kerana pada hari tersebut, Allah s.w.t menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya iaitu kaum Samud. Dan kaum 'Ad iaitu kaum Nabi Saleh juga dibinasakan pada hari tersebut.

Khamis

Hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat kerana bahawasanya Nabi Ibrahim a.s pergi ke istana raja Mesir dan raja tersebut menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya iaitu Siti Sarah.

0 comments: