Menarik sekali lawatan pada kali ini. Kenapa saya perlu kata ianya menarik? Adalah kerana lawatan pada kali ini meliputi dua negeri yang pada saya dan keluarga amat jarang dapat dilakukan kerana kami dari selatan tanah air. Keduanya, pada lawatan kali ini, kami sekeluarga menjadi tetamu khas bagi Universiti Utara Malaysia. Kami dibawa bersiar-siar di sekitar UUM dan ehe.... siap berlumba lagi didalam gelanggang gokart yang terdapat di dalam UUM.
Pada saya lawatan ke negeri Perlis memang dinanti-nantikan. Ini adalah kerana negerinya yang cantik dan mempunyai tempat menarik yang banyak sekali. Uniknya Perlis ini ialah semua tempat menariknya berdekatan antara satu sama lain. Padang Besar, Wang Kelian, Gua Kelam, Tasik Timah Tasoh, Tasik Melati dan lain-lain lagi.
Dengan Pemandangan sawah padi yang menguning sudah cukup membuatkan kita asyik. Hampir keseluruhan kawasan di negeri Perlis ini ditanam dengan padi. Kecuali bila kita menuju kearah Padang Besar, tanaman mula bertukar kepada penanaman tebu dan getah. Unik sekali, kan?
InsyaAllah, nanti saya akan sambung lagi perjalanan sekeluarga . Orang rumah dan anak dah mula ajak keluar berjalan-jalan.
Wednesday, August 20, 2008
Perlis Yang Menarik
Posted by AdnanSmile at 7:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment