Benarlah kebenaran itu sesuatu yang sangat menyakitkan
Inilah yang terjadi apabila ramai penduduk India yang marah dengan penerbitan filem Slumdog Millionaire, kononnya filem itu telah menghina mereka apabila memaparkan kehidupan daif dan jijik masyarakat setinggan di Mumbai
Untuk rekod, Slumdog Millionaire telah membolot banyak hadiah utama Anugerah Oskar dua tiga hari lepas termasuk kategori Filem Terbaik
Aku cukup teruja dengan filem ini sebenarnya, tak cukup dengan wayang, VCD nya pun aku beli
Memang benar, mereka di Hollywood sangat teruja dalam hal mengeksploitasikan sesuatu ‘yang buruk’, namun inilah kenyataan yang perit tetapi perlu ditelan
Persoalannya, adakah cerita-cerita Bollywood sebelum ini memaparkan realiti sebenar seperti mana yang masyarakat India mahukan?
Bagi aku filem Tamilwood atau berbahasa Telegu lebih ‘real’ berbanding filem-filem arahan Yash Chopra. Berbalik kepada Slumdog Millionaire, filem ini mengisahkan kehidupan dua beradik yatim piatu, Salim dan Jamal Malik juga Lathika yang hidup susah sejak kanak-kanak lagi setelah kematian kedua ibubapa.
Kesusahan yang menghimpit mereka menjadikan mereka tabah, lebih agresif dan tidak berhati perut semakin meningkat dewasa.
Jamal memilih hidup sebagai gangster di bawah Javed. Jamal yang sanggup berbuat apa saja untuk hidup, berbeza pula dengan Salim yang lebih berpijak pada bumi nyata.
Setiap babak terakam kemas dalam kotak minda hingga terbayang hingga kini seperti kisah Salim/Jamal menipu pelancong di Taj Mahal, dikejar fanatik Hindu setelah melihat ibunya dibakar hidup-hidup oleh kaum fanatik ini, kanak-kanak yang dibutakan dan dicungkil matanya agar boleh meminta sedekah sambil menyanyi.
Plot filem ini berkembang dengan cukup menarik apabila setiap isu sosial yang dihadapi oleh kaum setinggan dikupas satu demi satu.
Kanak-kanak dieksploitasikan untuk mencari habuan, polis yang zalim, cuai dan penuh korupsi juga kisah rakyat India yang mendewakan aktor mereka.
Salim, misalnya ketika masih kanak-kanak sanggup memboloskan diri ke lubang najis, apabila tandas tariknya dikunci dari luar, hanya untuk mendapatkan satu autograf Amitabh Bachchan, hahahaha, memang real!
Perjalanan hidup Salim, Jamal dan Lathika menjadi lebih menarik apabila ianya digarap sebegitu rupa dan diselang seli dengan soalan program ‘Who Wants To Be A Millionaire’ yang dihoskan oleh Anil Kapoor di mana pesertanya adalah Salim.
Fuh, brilliant! brilliant!..Storynya aje dah menarik, apatah lagi sinematografinya
P/S : Bilalah agaknya filem Malaysia atau sekurang-kurangnya aktor negara ini boleh dapat Oskar agaknya nak harap seorang profesor tu, dia bantai buat filem Anak Mami pulak, aduh!
0 comments:
Post a Comment