Friday, February 20, 2009

Dari Baja Jadi Bom

calcium_ammonium_nitrate1

Hari ini aku hendak menulis mengenai sejenis baja yang bernama ammonium nitrat

dulu masa aku jadi wartawan, seorang rakan setugas di Meja Jenayah, Teon Eg menunjukkan aku satu bekas kecil yang mengandungi baja tersebut (gambar di atas).

Dia kemudian bercerita pada aku tentang briefing yang diberikan oleh seorang pakar dari Unit Pemusnah Bom PDRM mengenai betapa bahayanya baja berkenaan.

Kata Teon, percaya atau tidak, Menara Berkembar Petronas (KLCC) boleh dimusnahkan hanya dengan menggunakan dua tan ammonium nitrat yang dicampurkan dengan diesel dan kemudiannya disambungkan dengan arus elektrik.

Baja ini bukan sekadar boleh menyuburkan tanaman, malah ia juga boleh digunakan untuk membuat bom dengan cara yang paling mudah.

Bahan kimia itu amat mudah diperoleh. Pergi sahaja ke kedai-kedai perkakasan (hardware). Baja itu akan dijual dalam setiap satu beg seberat 50 kilogram (kg) dengan harga sekitar RM25.

Dikatakan Ammonium nitrat amat mudah terbakar kerana ia mempunyai 34 peratus kandungan nitrogen (bahan mudah terbakar). Ammonium sulfat hanya mempunyai 21 peratus nitrogen.

Berdasarkan asas kandungan dalam bahan kimia tersebut, pihak-pihak yang berniat jahat tidak perlu bersusah payah untuk menyeludup masuk bom atau mencari pakar membuat bom.

Mereka boleh pada bila-bila masa membeli ammonium nitrat. Cara membuat bom daripada baja itu juga tidak terlalu teknikal dan ia ternyata tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.

Di Indonesia, bom yang dihasilkan melalui ammonium nitrat agak popular selain bom yang dihasilkan menggunakan bahan kimia lain.

Mengikut laporan di negara jiran itu, kebanyakan kejadian letupan yang berlaku, sebahagiannya melibatkan bom yang dibuat daripada ammonium nitrat.

Ekoran ammonium nitrat yang mudah ditemui dan mampu menghasilkan letupan yang kuat menyebabkan kebanyakan kuari di negara ini memilih untuk menggunakan bahan itu bagi tujuan pemecahan batu.

Bayangkan bagaimana hebatnya baja daripada jenis ammonium nitrat yang boleh memusnahkan sesuatu kawasan yang agak luas.

Aku terkedu mendengar penjelasan Teon. Tahu tak apa berlaku keesokannya? Inilah tajuk besar muka depan Utusan Malaysia hari itu;

202 MAUT DI BALI DIPERCAYAI AKIBAT LETUPAN BOM BAJA!


0 comments: