Oleh MAS
Melayu di tanah airku
kini begitu bercelaru dan haru biru
akibat berpuak dan semakin keliru
yang mana politik, yang mana ketuanan mu?
maka sanggup mencabar raja Melayu
Raja sebangsa mu!
Raja seagama mu!
yang jadi tunggak kekuasaan Melayu!
di manakah maruah mu?
Tidak pernah Melayu
mencabar dan derhaka seperti kamu
di manakah nilai keislaman mu?
akibat hasutan iblis dan kafir keparat
maka kamu sanggup menjadi bangsat!
hinanya kamu yang telah diangkat Raja dan diberi pangkat
kini kamu anjing maka tuan digigit!
Wahai Melayu
sedarlah kamu
kamu dipergunakan untuk tujuan tertentu
perhatikan keliling kamu
bukankah yang terpekik di jalanan hanya bangsa kamu?
bukankan yang emosi terbaring juga bangsa kamu?
di mana mereka yang kamu perjuangkan itu?
apa sebenarnya perjuangan kamu?
Islam? Melayu?
Lalu di mana jati dirimu?
Janganlah kerana emosi
kamu derhaka kepada Sultan
ingatlah!
Raja Melayu akan tetap dipertahan
Raja Melayu adalah Raja berdaulat
selagi Melayu tidak hilang di dunia
selagi itu Raja Melayu akan terus bertakhta di hati rakyat!
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
(Apakah tindakan ini disebabkan hasutan pihak tertentu yang hanya mementingkan diri mereka, mahu menjadi pemimpin dengan apa cara sekalipun dan sanggup berbuat apa saja termasuk biadap pada Raja?)
(Renungan Bersama : Penyanyi Hattan menangis di Konsert Unplugged Palestin di Auditorium Angkasapuri RTM. Kesedihannya terhadap tingkah laku satu bangsa. Saya pula sedih ada manusia negara ini yang kurang ajar kepada Raja Melayu. Mereka tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Apakah kita boleh biarkan mereka terus kurang ajar?)
Thursday, February 12, 2009
Jangan Derhaka Kepada Sultan Melayu
Posted by AdnanSmile at 1:33 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment