Tuesday, February 10, 2009

Cerita Antara 2 Keluarga

dsc00687

Aku faham apa yang isteri dan anak-anak Datuk Seri Nizar rasakan ketika ini. Mereka tentu sedih mengenangkan cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh suami dan juga bapa mereka.

Bak kata pepatah, barat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Aku percaya, berkat sokongan dan dorongan isteri dan anak-anak, Nizar akan terus bersemangat memperjuangkan apa yang beliau rasa dan apa yang beliau tegakkan selama ini

Di saat ini, Nizar sudah tentu memerlukan isteri dan anak-anaknya kerana dugaan yang beliau tempoh bukan mudah.

Aku mendoakan keluarga ini terus mendapat rahmat dari Allah, kerana di penghujungnya, bukan soal parti apa yang kita masuk, bukan soal kuasa apa yang kita ada, tetapi soal iman dan ibadat kita kepada Allah…itu sajalah bekalan yang kita hendak bawa ke ’sana’ nanti

zad

Ini pula keluarga Dr. Zambry. Walaupun isteri dan anak-anaknya pasti gembira dengan kejayaan bapa mereka, namun sudah tentu jauh di sudut hati semuanya tentu sedar yang bapa mereka sudah pasti semakin sibuk dan jarang bersama selepas ini

bapa mereka kini milik rakyat. Bapa mereka kini Menteri Besar, bukan lagi wakil rakyat biasa atau pensyarah universiti seperti dulu

mereka juga tentu resah bila bapa mereka kini menjadi sasaran kebencian penyokong lawan, namun aku yakin, seperti mana keluarga Datuk Nizar, mereka juga sudah tentu akan sentiasa berdoa agar Dr. Zambry dilindungi dan diberi rahmat oleh Allah.

Itulah cerita dua keluarga dalam dua suasana berbeza. Ada yang sedih dan ada yang gembira

Namun inilah harga yang terpaksa dibayar bila suami atau bapa adalah ahli politik. Ada masa disanjung, dan ada masa dibenci.

Hanya doa senjata terbaik. Wallahualam.


0 comments: