Thursday, February 5, 2009

Tuanku Raja Azlan Shah

perak

Tuanku Sultan Perak, Raja Azlan Shah telah menunjukkan keupayaan keintelektualan dan kebijaksanaan yang tinggi apabila memutuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak perlu dibubarkan dan jawatan Menteri Besar Perak sekarang perlu dikosongkan

Tak perlulah mencabar keputusan Baginda, Baginda bukan calang-calang Sultan yang hanya bersekolah menengah di luar negeri, tetapi beliau adalah ahli perundangan terkemuka dan pernah menduduki kerusi Ketua Hakim Negara

sudah tentu sebarang permasalahan yang timbul dari isu ini, walau seinci, pasti dipertimbangkan semasak-masaknya terutama dari segi implikasi perundangan

dari skop yang lebih besar, aku tidak boleh bayangkan sekiranya pilihan raya seluruh negeri Perak terpaksa diadakan semula seperti mana yang Pakatan Rakyat mahukan

berapa banyak duit yang terpaksa dibelanjakan, berapa banyak tenaga kerja yang terpaksa digunakan…lebih teruk dari itu, berapa banyak fitnah yang akan dilayangkan dan betapa banyak dosa yang terpaksa dihimpunkan!

akhirnya duit yang sepatutnya digunakan untuk buat sekolah sebagai contoh, silap-silap habis untuk cetak poster saja

kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, aku rasa ini bukanlah istilahnya ‘end of the world’ untuk anda

sekiranya niat anda semua ikhlas untuk berjuang demi rakyat dan untuk rakyat, teruskan bekerja seperti biasa dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk memenangi semula hati rakyat Perak dalam pilihan raya umum tiga atau empat tahun akan datang

sesungguhnya dalam politik, tiada istilah tercepat atau terlewat, pada penghujungnya rakyat juga akan memiliki kuasa penentu… dengan berkat dan restu Allah SWT.

Jika kita melawan ketentuan ini, kita juga secara tak lansung mencabar qada dan qadar Tuhan yang maha kuasa.

Fikir-fikirkanlah.

Daulat Tuanku, Daulat Tunku, Daulat Tuanku.


0 comments: