Siapa kata lepak kat kedai Mamak selamat?
Semalam dekat Taman Beringin, Jinjang, adalah tiga sekawan ni lepak minum-minum kat kedai Mamak dekat situ
tak lama kemudian turun empat lelaki dari sebuah kereta sebelum menyerang diaorang dengan parang
tak cukup dengan parang, ditembaknya kesemua tiga sekawan ni, habis semua mati kat situ, ya Rabbi!
aku pun tak tahulah apa nak jadi, dah macam Mafia kat Itali jadinya ni
yang sedihnya, salah seorang yang ditembak tu pulak budak Melayu yang dikatakan takde kena mengena langsung dengan geng samseng tu
dia dikatakan kebetulan tengah minum kat restoran tu, tak sempat nak lari agaknya
siasatan awal polis mengesyaki kejadian ini mungkin berpunca daripada geng sindiket dadah yang bergaduh sama sendiri
dua minggu lepas, dua budak Melayu kita kena sembelih kat Rawang, juga dipercayai ada kaitan dengan sindiket dadah
aduhai, tak tahulah apa nak jadi dengan Malaysia ni, yang bergaduh ngan polis, yang bergaduh dengan Raja, yang ni bergaduh macam Mafia pulak
apalagilah lepas ni, err…selamat ke nak keluar rumah ni?
0 comments:
Post a Comment