Friday, November 6, 2009

Sejarah Pembentukan Tentera Singapura

ARTIKEL MENARIK DIPETIK DARI http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com


Diterjemah dari laman web INDIA DEFENCE CONSULTANTS (IDC) http://www.indiadefence.com/SingAF.htm

Angkatan Tentera Singapura – Satu Analisa oleh IDC
The Singapore Armed Forces

New Delhi, 18 Ogos 2004

http://www.ameinfo.com/images/news/1/29621-Lee.jpg

1. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963 dan apabila tentera British mengambil keputusan untuk meninggalkan Timur pada tahun 1965, Lee Kuan Yew meminta bantuan India untuk Angkatan Tenteranya dan Hal Ehwal Luar. India hanya bersetuju untuk membantu dalam bidang Hal Ehwal Luar, bagaimanapun Lt Gen Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada tahun 70an.

2. Singapura kemudian meminta bantuan Israel dan kemudian Afrika Selatan dan mengambil pendekatan tentera mengikut cara Khidmat Wajib Swiss. Singapura sekarang mempunyai belanjawan sebanyak $4.5 Billion dollar untuk negara yang mempunyai penduduk hampir tiga juta.

3. Kejayaan tentera Singapura adalah hasil usaha Lee Kuan Yew dan anaknya Brig Gen Lee Sein Leong yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong yang sekarang in Menteri Kanan.

4. Singapura sekarang ini akan mengadakan kerjasama dengan India dalam bidang ketenteraan dengan DRDO, Tentera Laut India dan pada hujung tahun ini latihan bersama IAF. Membuka hubungan dengan negara jiran akan menguntungkan India kerana Singapura telah melabur di India dan ekonomi sedang berkembang.

5. Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai kanan India yang melawat Singapura iaitu hubungan strategik yang kuat adalah penting untuk perniagaan. Tentera Laut India telah mendapat manafaat dengan menghantar kapal-kapalnya ke Singapura dan sekarang mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal mengisi minyak. Artikel berikut yang ditulis oleh Amnon Barzilai menceritakan kepada kita dengan terperinci.

Hubungan Cinta Rahsia, Dalam, Gelap

(Sekumpulan pegawai pertahanan Israel yang digelar ‘Mexicans’, membantu Singapura menubuhkan tenteranya. Ianya satu permulaan hubungan yang amat istimewa)

Oleh Amnon Barzilai

6. Krismas, 1965, adalah tarikh tidak rasmi bermulanya hubungan cinta yang hebat antara Israel dan Singapura yang amat dirahsiakan. Media antarabangsa, seperti media Israel cuba menyiarkan kisah ini. Sedikit demi sedikit maklumat dibocorkan, ada yang disiarkan, ada yang dinafikan ada yang diabaikan. Israel, seperti biasa ingin memberitahu rakan-rakan mereka tetapi berjaya mengekang kemahuan tersebut.

7. Mereka takut hubungan tersebut akan berakhir sekiranya ianya diketahui umum. Israel mengenakan sekatan berkenaan kisah ini dan rahsia ini tersimpan. Sehinggalah pihak lagi satu tidak dapat lagi merahsiakannya.

8. Dalam bukunya, "From Third World to First: The Singapore Story 1965-2000," yang diterbitkan pada tahun 2000, Lee Kuan Yew, pengasas dan Perdana Menteri pertama Singapura mendedahkan rahsia yang disimpan selama hampir 40 tahun. Hakikatnya Tentera Israel yang telah mengasaskan tentera Singapura.

http://www.haaretz.com/hasite/images/iht_printed/P160704/wk.1607.6.1.jpg

9. Misi ketenteraan Israel diketuai oleh Yaakov (Jack) Elazari, ketika itu berpangkat kolonel, kemudian dinaik pangkat ke brigadier jeneral. Setelah meninggalkan tentera, beliau menjadi penasihat tentera Singapura. Dia meninggal dunia 15 tahun lalu. “Untuk mengaburi kehadiran mereka, kita gelarkan mereka ‘Mexican’, menurut Lee Kuan Yew.

10.Tentera Singapura hari ini adalah yang terkuat dan termoden di Asia Tenggara. Hubungan pertahanan antara Israel dan Singapura bertambah erat dan diperluaskan, dan sekarang ianya meliputi hubungan kerjasama bidang industri ketenteraan.

11.Bidang kerjasama, menurut sumber asing, tentera Singapura adalah merupakan pelanggan utama Israel dalam bidang pertempuran dan teknologi ketenteraan. Industri kapalterbang Singapura bekerjasama dengan Israel dan Elbit Systems untuk menaik taraf pesawat pejuat F-5 Tentera Udara Turki.

12.Beberapa tahun lalu, Menteri Pertahanan Singapura mendedahkan peluru berpandu anti kereta kebal jenis Gil diusahakan dengan kerjasama kedua-dua negara.

Dikelilingi Orang Islam

13.Lee Kuan Yew menerangkan pentingnya merahsiakan perkara ini pada kawan rapatnya di peringkat pimpinan, dan menteri pertahanan pertama, Dr. Goh Keng Swee. "Kita mesti mempastikan ketibaan Israel tidak diketahui umum, supaya tidak mendatangkan tentangan dari orang Islam yang tinggal di Malaysia dan Singapura” menurut Lee Kuan Yew.

14.Ini adalah masalah Singapura. Penduduk pulau yang kecil ini 670 kilometer persegi (Israel 30 kali lebih luas) majoritinya berbangsa Cina, dan mereka berada diantara dua negara Islam iaitu Malaysia dan Indonesia. Sehingga 1965, Singapura masih lagi sebahagian Malaysia. Pada tahun tersebut British mengambil keputusan untuk keluar dari jajahannya ke timur Terusan Suez. Dalam proses yang pantas Singapura dipisahkan daripada Malaysia.

http://1.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/SevdLq-FHsI/AAAAAAAAAYI/DVN7wU18xQg/s320/mordechai.jpg

15.Singapura mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965. Dan pada masa tersebut ia hanya mempunyai dua rejimen infantri, yang telah ditubuhkan dan diketuai oleh pegawai British. Dua pertiga tenteranya bukannya penduduk Singapura, dan pemimpin mereka tidak yakin dengan kekuatan tenteranya. Menteri Pertahanan, Goh, menghubungi Mordechai Kidron, bekas duta Israel ke Thailand untuk meminta bantuan. Kidron tiba di Singapura dalam beberapa hari bersama Hezi Carmel dari Mossad. "Goh memberitahu kita hanya Israel, negara kecil yang dikelilingi negara umat Islam, dengan tentera yang kuat, boleh membantu mereka membina tentera yang kuat, tentera yang dinamik”, menurut Carmel. Kedua-dua orang Israel menemui Lee, yang menulis “beritahu Keng Swee untuk menunggu dulu sehingga Lal Bahadur Shastri, Perdana Menteri India, dan Presiden Nasser dari Mesir membalas surat saya untuk membentuk tentera Singapura”.

16.Adalah tidak pasti samada Lee percaya India dan Mesir mampu atau berminat untuk membentuk tentera Singapura. Ramai Israel percaya ianya adalah taktik semata-mata. Selepas beberapa minggu India dan Mesir mengucapkan tahniah diatas kemerdekaan mereka tetapi tidak menawarkan bantuan ketenteraan. Lee mengarahkan Goh untuk mengubungi terus pegawai Israel.

http://www.nndb.com/people/531/000095246/weizmann-sm.jpg

17.Pada masa yang sama, sejurus laporan oleh Kidron dan Carmel, pertahanan Israel menghantar bantuan ketenteraan kepada Singapura. Dalam perbincangan yang dikendalikan oleh Ketua Turus Yitzhak Rabin, dengan kehadiran Timbalan Ketua Turus dan Pengarah Bahagian Operasi , Ezer Weizmann, telah diputuskan untuk melantik Major General Rehavam Ze'evi, ketika itu Timbalan Bahagian Operasi, bertanggungjawab untuk membina tentera Singapura. Ze'evi (digelar"Gandhi" ) melawat Singapura secara rahsia dan memulakan persiapan sekembalinya. “Gandhi ingin membentuk tentera Singapura yang ideal, sesuatu yang kita tidak buat disini”, menurut Carmel. “Dengan tidak membentuk Kementerian Pertahanan dan Staf Jeneral, Gandhi mencadangkan organisasi bersepadu, struktur yang lebih ekonomi. Jadi tidak akan ada terlalu ramai jeneral dan terlalu sedikit askar biasa”

18.Ze'evi melantik Elazari, yang bekerja dibawahnya dalam Bahagian Operasi, sebagai mengetuai kumpulan pembentukan. Lieutenant Colonel Yehuda Golan, ketika itu mengetuai divisyen armor (dia bersara dari tentera Israel berpangkat brigadier general), ditambah dalam kumpulan tersebut. Beberapa ahli kumpulan “menumpukan dalam persiapan untuk membina kem tentera”, menurut Golan. Pada mulanya mereka mereka menghasilkan buku "Brown Book," berkatian doktrin peperangan, kemudian buku "Blue Book," mengenai pembantukan Kementerian Pertahanan dan badan perisikan. Brown Book telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan dihantar ke kerajaan Singapura. Pada Oktober 1965, perwakilan tentera dari Singapura tiba di Israel.

19.“Perwakilan tersebut datang untuk memberitahu kita : ‘Tahniah, tapi untuk melaksanakan buku ini, awak dijemput datang ke Singapura,’” menurut Golan. Sebelum berlepas, ahli-ahli misi ketenteraan berjumpa Ketua Turus Biro. “Sahabat sekelian,” kata Rabin, “Saya ingin memperingatkan beberapa perkara. Pertama, kita bukannya hendak menjadikan Singapura sebagai jajahan Israel. Tugas awak ialah mengajar mereka kerjaya tentera, supaya mereka boleh berdikari menguruskan tentera mereka. Kejayaan awal ialah adalah apabila mereka berjaya menguruskan tentera mereka sendiri. Kedua, awak pergi kesana bukan untuk memberi arahan tetapi memberi nasihat kepada mereka. Dan ketiga, awak semua bukan pedagang senjata. Bila awak membuat nasihat untuk pembelian senjata, gunakan pertimbangan professional ketenteraan. Jangan ambil kira keputusan mereka samada mereka hendak membeli dengan kita atau orang lain”.

Bangun Jam 5:30 pagi

20.Pada 24 Disember 1965, lima bulan selepas Singapura menjadi negara merdeka, enam pegawai pertahanan Israel dan keluarga mereka berlepas untuk misi yang dirahsiakan. “Elazari dan dua pegawai lain menguruskan penubuhan Kementerian Pertahanan.” Menurut Golan. “Tugas saya dengan tiga pegawai lain ialah untuk menubuhkan tentera”.

21.Elazari bekerja mengikut beberapa prinsip asas, dimana tidak lari dari kumpulan asal Israell. Pertama untuk membentuk kader komander dan jurulatih tempatan. Kedua , bahan arahan bertulis dibuat oleh kadet yang dilatih sebagai pegawai. Dan ketiga latihan praktikal akan dikendalikan oleh jurulatih Singapura.

22.“Kita hendak melatih 40-50 orang yang mempunyai pengalaman tentera dan bersedia untuk bekhidmat dalam kerjaya ketenteraan.” Golan mengulas. “Kita menyuruh mereka melantik seorang sebagai komander. Sebagai ketua kumpulan, kadet-kadet tersebut melantik seorang berketurunan India Kirpa Ram Vij, yang seterusnya akan menjadi Ketua Turus Tentera. Selama tiga bulan kita berikan kursus intensif.”

23.Kursus pertama ialah format tentera Israel , bangun jam 5.30 pagi, kemas diri, kawad. Latihan bermula jam 7:30 pagi hingga 1 tengahari. “Selepas beberapa hari berlatih, sekumpulan kadet berjumpa saya dan berkata, ‘ ‘Colonel Golan, orang-orang Arab tidak duduk atas kepala kita? Kenapa kita buat kerja gila ini?’ Saya panggil Elazari dan beritahu keadaan yang berlaku. Beberapa hari kemudian dia datang bersama Menteri Pertahanan Dr. Goh, dan memberitahu kadet-kadet, `Buat apa yang Colonel Golan suruh , atau tidak awak kena buat dua kali ganda’. Dalam masa yang sama kumpulan pegawai Israel yang lain menyelia pembinaan kem tentera yang pertama berdasakan pelan Kor Jurutera Israel. Pembinaan kem tentera siap dalam masa tiga bulan. Dalam tempoh kurang setahun, kumpulan Israel telah mengendalikan kursus untuk rekrut baru, kursus ketua platun dan kursus pegawai, menurut pelan yang dihantar dari Israel. Seramai 200 komander telah dilatih.

Penganggur Bukannya Tentera

24.Sebaik sahaja staf komander siap, pasukan tentera mula dibentuk. Israel telah berssedia menubuhkan dua lagi rejimen infantri, mengikut model tentera Israel, setiap rejiman mempunyai tiga kompeni askar raifel, satu kompeni tambahan dan satu kompeni pengurusan – sejumlah 600 tentera. Lieutenant Colonel Moshe Shefi, seorang jurulatih kursus komander kompeni telah dihantar menjadi penasihat. who was an instructor in a company commanders course, was sent as an adviser. "Kami mendapati ada penentangan saikolgi untuk mengambil rekrut di Singapura,” katanya. “Dari 10 kerjaya, kerjaya tentera adalah yang terakhir. Pertama ialah artis, kemudian ahli falsafah, kemudian guru dan ahli perniagaan, dan pencuri tempat kesembilan. Kerjaya tentera adalah kerjaya memalukan di Singapura. Di Singapura , rekrut adalah untuk mengatasi pengangguran.”

25.Pegawai Israel mempunyai masalah. Untuk mengelakkan diri , kebanyakan pemuda yang dipilih (usia 18-24 tahun) yang berbangsa Cina menunjukkan bukti mereka telah bekerja. 70 peratus calon adalah penganggur dan berasal dari Malaysia.. Elazari dan Golan mengadu pada Lee dan Goh, tapi perdana menteri bertegas, “saya nak awak latih orang yang paling primitif di negara ini, yang tidak berpelajaran dan menganggur,’ kata Lee.

26.Terkejut, pegawai Israel cuba memujuk Lee untuk memberi pertimbangan, tapi dia bertegas : “Dalam perang dunia kedua, saya lihat tentera British dan tentera Jepun. Semua tentera British bijak dan berpelajaran. Tapi sebagai tentera mereka tak berguna. Tentera British yang primitif menerima arahan dan melaksanakannya, dan mereka tentera yang luar biasa. Hakikatnya tentera Jepun menewaskan tentera British”.

27.Kata Golan, “Yaakov dan saya cuba menerangkan kepada beliau bukan persoalan pelajaran tetapi ialah motivasi. Tentera Jepun bermotivasi kerana mereka berjuang kerana maharaja, yang dianggap sebagai tuhan. Mereka rela berkorban kerana dia. Apa motivasi yang tentera British ada, yang berjuang beribu kilometer dari negara mereka ?” Penjelasan mengenai semangat berjuang dan bagaimana untuk memberikan motivasi telah diterima Lee.

28.Selain daripada khidmat wajib dan kerjaya tentera, Singapura juga mengambil contoh khidmat simpanan tentera Israel. Setiap tentera yang tamat berkhidmat biasa dikehendakkai berkhidmat lagi 13 tahun, sehingga umur 33 tahun. Sistem untuk mobilasi khidmat ini telah ditubuhkan dan kementerian pertahanan melakasanakan latihan mengejut. Disebabkan saiz yang kecil dan kurang tempat untuk berlatih, Singapura menubuhkan beberapa kem latihan dengan beberapa negara jiran.

Kejutan Kereta Kebal

29.Kebimbangan serangan tentera Malaysia, dan pergerakan pantas tentera Singapura, memerlukan keperluan tambahan. Dengan kewujudan infantri, pegawai Israel melakukan kajian mendalam pertempuran tentera Jepun di Asia Tenggara semasa perang dunia kedua dan bagaimana mereka berjaya menceroboh Malaysia dan Singapura. Shefi diberi tugas untuk memberikan ceramah mengenai perkara ini kepada kerajaan Singapura.

30.Dari apa yang dipelajari Israel, perang antara askar Jepun dan British, mereka membentuk tentera laut daripada sampan-sampan. “ Bot tesebut dibuat dari kayu yangbaik dan boleh membawa 10 ke 15 orang askar, dan sesuai digunakan di laut dan sungai,” kata Golan. “Dalam laut bergelora mereka boleh guna pendayung atau enjin. Kita beritahu Singapura untuk membeli 20 bot dan kita bentuk kem kecil untuk kompeni infantri berlatih melakukan serangan dan mencari arah”.

31.Kolonel bersara Asher Dar berkata, “Kumpulan kedua sampai Singapura dan melaksanakan apa yang Yehuda Golan bentuk sebagai doktrin peperangan. Kita melatih serangan menggunakan bot kecil dan meriam peluru hidup. Bila ketua bahagian latihan , Yitzhak Hofi, melawat Singapura , kita membuat latihan mendarat briged infantri dan menggunakan perahu layar sejauh 12 kilometer.”

32.Penungguan perang enam hari 1967 adalah memeritkan kepada kumpulan Israel di Singapura. “Kami berasa lega Israel tidak tewas jika tidak tentera Singapura akan hilang keyakinan”, kata Lee , menurut jurulatih Israel. Pada Januari 1968 , Singapura mengambil keputusan untuk menubuhkan Kor Armor. Dalam penuh kerahsiaan, satu perjanjian ditandatangani untuk membeli 72 buah kereta kebal AMX-13 dari tentera Israel. Ianya satu keputusan yang berani. Malaysia, jiran yang besar, tiada kereta kebal.

33.Semasa Hari Merdeka, Ogos 1969, kejutan yang amat besar menanti tetamu, termasuk Menteri Pertahanan Malaysia : 30 kereta kebal melakukan lintas hormat. “Ianya mempunyai kesan dramatik”, Lee menulis. Malaysia melahirkan kebimbangan. Menteri Pertahanan Singapura cuba memujuk kerajaan Malaysia menyatakan ianya bukanlah tujuan untuk persengketaan.

34.Selepas kejayaan Israel pada 1967, dinding kerahsiaam mula terbuka. Perwakilan Singapura di Bangsa-Bangsa Bersatu tidak mengundi resolusi untuk mengutuk Israel oleh negara Arab. Hubungan diplomatik penuh mula terjalin. Pada Oktober 1968 Lee membenarkan Israel menubuhkan misi perdagangan dan Mei 1969 Singapura membenarkan Israel mendirikan kedutaan. Status misi ketenteraan Israel di Singapura diperkukuhkan, dan diketuai oleh mereka yang berpangkat brigadier jeneral.

Asas Tentera Udara

35.Kumpulan pegawai Israel yang kecil di Singapura diperkuatkan dengan penasihat tentera dalam pelbagai bidang. Ketua Turus Kor Armor, , Major General Abraham Adan, tiba untuk memberikan nasihat pembelian kenderaan perisai. Pada tahun 1968, Adam Tzivoni, kolonel bersara yang mengetuai bahagian perancangan dan senjata tentera udara, telah dilantik sebagai penasihat Simgapura untuk membentuk tentera udara.

36.“Sebagai ganti pengeluaran tentera British, kerajaan British memberi Singapura geran sebanyak 50 juta pound untuk membeli pesawat British, helikopter dan peluru berpandu,” Tzivoni memberitahu. “British tidak sukakan saya. Tugas saya ialah untuk meluluskan perjanjian. Tetapi nampaknya British ingin menjual senjata tidak berguna kepada Simgapura. Selain perjanjian pembelian Hunter, saya menolak semua perjanjian lain.” Dibawah pengawasan Tzivoni, sekolah penerbangan dibentuk di Singapura, juga sekolah teknikal, satu skuadron helikopter Alouette dan meriam anti pesawat 40 mm telah dibeli.

Uzi dan Lagu Kawad Israel

37.Selepas pembentukan rejiman infantri tentera Singapura, timbul persoalan senjata apa harus digunakan. Pegawai-pegawai mahukan Uzi, sub mesingan Israel. Pegawai Israel menolak cadangan tersebut. Benar, Uzi senjata yang hebat pada tahun 1960, tapi untuk jarak dekat sahaja.

38.Tentera memerlukan raifel penyerang. Wakil dari tentera Israel menggesa kementerian pertahanan menjual raifel baru Gali. Tapi kumpulan berkenaan berpendapat senjata tersebut belum bersedia lalu mencadangkan M-16 Amerika.

39.Satu lagi masalah ialah keputusan untuk membeli mortar. Rejimen infantri dilengkapi dengan 60 - 52 mm dan 18 mm mortar (meriam katak). Senjata ini dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat Soltam di bandar Yokne'am, dijual oleh kementerian pertahanan Israel dan diekspot ke seluruh dunia. “Walaupun kita fikir ini ialah mortar terbaik, kita tidak mencadangkannya sebaliknya menggunakan badan perunding bebas untuk mengambil keputusan,” menurut Yehuda Golan.

40.“Israel menekankan kemahiran ketenteraan dan motivasi yang tinggi. Kepintaran berkawad dan pertunjukan ketenteraan, tentera Singapura tidak pernah belajar dari `Mexicans.' Apa yang tentera Singapura belajar adalah dari pegawai British yang mengetuai dua rejimen infantri yang awal”, tulis Lee.

41.“Motto kita ialah kita tidak akan menyibuk apa yang Singapura boleh buat sendiri,” menurut Golan. “Mereka ingin mengatur perbarisan Hari Kemerdekaan mereka sendiri. Kami berkata perbarisan ketenteraan menggambarkan mentaliti negara dan sejarahnya.” Singapura tidak menjadikan ia satu isu. Bagaimana pun mereka mempunyai masalah yang memerlukan penyelesaian segera – apa rentak hendak dimainkan ketika tentera sedang berkawad. Ketua misi Israel, , Yaakov Elazari, membawa nota lagu dari Israel dan tentera Singapura berkawad diiringi lagu kawad Israel.


Buku Panduan Pertempuran Hutan

42.Pihak Singapura mengejutkan pegawai Israel apabila mereka menyatakan mereka perlukan kursus tempur dalam hutan. Singapura cuma ada hutan kecil seluas lima kilometer persegi, tapi negara jiran mempunyai hutan yang besar. Kata Yehuda Golan “ : Saya beritahu mereka benar, tapi saya bukanlah orangnya, kerana saya tidak tahu apa-apa perang di hutan.” Bagaimanapun pegawai Israel cuba mengatasinya. Keputusan dibuat untuk menghantar dua pegawai Singapura sebagai tetamu tentera Malaysia dalam kursus pertempuran dalam hutan.

43.“Tiga bulan kemudian, dua pegawai tersebut pulang dengan pengalaman yang diperolehi di Malaysia, dan kami membuat latihan tempur dalam hutan selepas itu,” menurut Golan. “Atas dasar ingin tahu, saya juga turut serta. Ianya begitu teruk – jelas mereka diajar cara British ketika perang dunia kedua. Saya mengambil keputusan melatih 10 orang pegawai. Kami memasukki hutan dan memulakan permainan perang. Kami latih bidang pandu arah, membentuk pasukan, menyerang dan mencari. Kita merujuk kepada buku panduan perang Amerika di Vietnam. Kita membangunkan cara pandu arah malam. Kita belajat bagaimana berfungsi sebagai sebuah kompeni tempur dalam hutan tebal. Selepas beberapa minggu latihan, saya menulis buku panduan perang dalam hutan untuk Tentera Singapura”.

44.Jika begini asas pembentukan Singapura, maknanya Lee Kuan Yew sememangnya sudah merancang dengan bantuan orang Yahudi untuk menjatuhkan kuasa orang Islam di Asia Tenggara. Dan sebab itu tidak hairan jika kita katakan tangan2 Yahudi sebenarnya yang menyebabkan sering berlaku pertelagahan dan hubungan tidak mesra di antara Singapura dan negara sekitarnya

0 comments: