Mungkin kerana terlalu lapar, seekor tikus sanggup berdepan dengan maut. Itulah yang terjadi apabila ianya hanya diperhatikan oleh seekor harimau bintang Afrika berumur 12 tahun, Sheena.
Gambar ini telah dirakam oleh seorang pelajar jurusan fotografi iaitu Casey Gutteridge (19 tahun) di Santago Rare Leopard Project di Hertfordshire.
Beliau tidak mengetahui dari mana datangnya tikus tersebut, tetapi muncul secara tiba-tiba apabila penjaga harimau tersebut memberi makanan.
Yang pasti, harimau bintang tersebut hanya membiarkan sahaja tikus tersebut makan sambil mengusap lidahnya seolah-olah memandikan tikus tersebut.
"Ianya agak melucukan apabila melihat Sheena hanya mengusap tikus tersebut beberapa kali supaya meninggalkan makanannya", celah pengurus projek, Jackie James.
Sheena adalah sebahagian daripada 14 ekor harimau yang menjadi koleksi peribadi mendiang suami Jackie iaitu Peter pada tahun 1989.
0 comments:
Post a Comment