Saturday, August 22, 2009

Sahur

http://4.bp.blogspot.com/_DLsPHtVwudg/SMIGRTZiG4I/AAAAAAAAAIc/6OHUXRuXJ3A/s400/SAHUR2.JPG

23.8.09 merupakan hari kedua umat Islam berpuasa. Semalam aku sekeluarga berbuka di rumah mak mertua. Tak ada lauk yang menarik masa berbuka. Kebanyakannya dibeli kat pasar Ramadhan di BBU.

Si Sani yang ajak. Dah terlanjur ambik CD video pertandingan pancaragam peringkat kebangsaan yang dia dah burn.

Menarik sekali kat sana. Ehe....... hari ini dalam sejarahlah, aku boleh habiskan RM70 ringgit beli juadah berbuka puasa. Bukan apa, dah pesan kat mak mertua jangan masak apa-apa. Semuanya ditanggung beres.

Antara juadah yang aku beli adalah nasi beriani gam berlaukkan rendang kambing. Fulamak..... boleh tahan sedap. Kalau tak caya, pi lah ke sana. Betul-betul kat depan seberang jalan masjid BBU.

Sahur pagi tadi, aku sekeluarga sambung pulun juadah yang dibeli kat pasar ramadhan. Ehe.... bersahurkan lauk sup sambal gear box. Boleh tahan ler pedasnya, terjelir lidah masing-masing menahan kepedasan.

Teringat sahur yang pertama, si angah mintak digorengkan telur dadar. Teringin sangat dia nak sahur just nasi dan telur dadar je. So..... abis seisi keluarga bersahurkan benda yang sama. Ehe... berselera lak tu makan.

Berbuka hari kedua nie nanti aku sekeluarga akan berbuka di rumah mak aku. Ntah abis berapalah duit aku nanti. Apa taknya, rumah mak aku berada diantara dua pasar ramadhan yang paling besar di bandar Johor Bahru. Pasar ramadhan Kg Melayu dan Taman Suria. Mana-manalah, janji mana yang sedap kita beli.

0 comments: