Monday, December 7, 2009

Promo Lenovo Yang Unik

Dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar, strategi pemasaran termasuklah pengiklanan memainkan peranan yang amat penting bagi memikat pelanggan. Ini termasuklah persaingan dunia pengkomputeran.



Baru-baru ini pameran jalanan telah diadakan di sekitar negara German oleh syarikat Lenovo bagi mempromosi generasi laptop Lenovo Thinkpad baru mereka.

Sasaran tertumpu kepada pelanggan syarikat yang memerlukan ketahanan yang tinggi (perlindungan tahan gegaran cakera keras, papan kekunci kalis air dan sarung laptop yang diperbuat daripada besi).

Terdapat tempat duduk yang merupakan laptop yang sebenar disediakan bagi orang ramai berpeluang menguji ketahanan laptop, disediakan pada setiap pengangkutan awam yang menghala ke pameran tersebut.



 

 

Pengguna boleh duduk untuk menguji ketahanan laptop tersebut atau menggunakannya seperti biasa sepanjang perjalanan ke pameran tersebut.

P/S : Jangan lupa pameran PC Fare yang akan diadakan pada 11 hingga 13 bulan ini bertempat di Persada.

0 comments: