Monday, December 28, 2009

Satu Kelainan



Malam tadi orang rumah letih sangat nak masak. Maklumlah mulai hari ini dan dua hari seterusnya, dia akan bermukim seharian menguruskan kertas soalan moral SPM yang telah ditandanya di BBU.

Malas nak cerita panjang, ajaklah seisi rumah cari port baru makan malam. Orang rumah pun cadangkan satu tempat baru yang belum lagi pernah pergi. The Borneo Cafe namanya. Setahu aku tempat tu dulu hanyalah sebuah kedai dua tingkat yang menjual perabot jati dan perabot antik.

Mungkin tuan punyanya rasa dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan akan dapat memperkembangkan lagi jualan perabotnya. Kalau dilihat dari segi setting meja dan kerusi makannya, memang satu kelainan yang jarang dapat dilihat berbanding restoran makan yang banyak terdapat di Pasir Gudang ni.

Apa tidaknya, semuanya menggunakan perabot jati walaupun yang berada di luar.





Bab makanannya, bolehlah tahan sedap. Walaupun malam tu makanannya terhad sikit menunya disebabkan ada majlis (aku tak tahu majlis apa). So.. satu keluarga pesan nasi lemak borneo rendang dengan air milo godzilla.


 
 Si kecil ni je pesan air milo lain, tapi namanya je agak kelakar 'air milo dinosour', ehe...

So.... Kalau kaorang nakkan satu kelainan dan berada di Pasir Gudang, datanglah ke restoran ni.

THE BORNEO CAFE
No 3, Jalan Cendana 1,
Taman Cendana
81700 Pasir Gudang
07-2527634

0 comments: