Saturday, December 27, 2008

Selamat Menyambut Awal Muharam 1430H Dan Masihi 2009

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua Muslimin dan Muslimat Yang Di Rahmati Allah

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, insyaAllah.


Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun
(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjag - Ahad 30 Zulhijjag 1429 bersamaan 28 Disember 2008)
Barang siapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami sepanjang tahun ini".
Ingat untuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.

Bacaan selepas solat Asar
(klik pada gambar untuk pembesaran)



Bacaan selepas solat Maghrib
(klik pada gambar untuk pembesaran)


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu ALLAH SWT melarang umatnya melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Antara yang berlaku:

a. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
b. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
c. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
d. Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud
e. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
f. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
g. Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan Allah
h. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
i. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam
j. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
k. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
l. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
m. Hari pertama Allah mencipta alam.
n. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
o. Hari pertama Allah menurunkan hujan
p. Allah menjadikan 'Arasy'
q. Allah menjadikan Luh Mahfuz
r. Allah menjadikan Malaikat Jibrail
s. Nagi Isa diangkat ke langit

0 comments: