Sunday, December 14, 2008

Komen Orang Ramai Terhadap PEKIDA

PEKIDA

logosmall.jpg

Siapa orang Melayu yang tak tahu pasal Pekida atau orang lebih senang sebut Tiga Line ibarat makan nasi terlupa sambal belacanlah.

Biarpun tanpa didukung oleh fakta dan statistik, kewujudan golongan yang ‘gangster tak tentu pasal’ ini nampak gaya benar2 menconteng arang kepada objektif asal penubuhan Pekida.

Sehinggakan ramai kawan aku yang ahli Pekida pun serba salah dibuatnya apabila sering disindir kononnya gengster oleh masyarakat.

Aku pun nak kongsi pengalaman aku melihat ‘kenakalan’ puak-puak ini.

Ada satu malam aku tengah lepak di sebuah gerai makan kat Pandan Jaya. Ketika itu ada lebih kurang 20 orang ahli Pekida tengah berkumpul di tempat yang sama kerana taukeh kedai tu orang Tiga Line jugak.

Tiba-tiba adalah satu drebar teksi ni gagal mengawal keretanya lalu terlanggar buntut kereta yang ada di situ, bukan teruk pun, adalah pecah lampu belakang.

Apalagi, maka bangunlah semua bebudak Pekida ini dan terus memaki hamun pemandu teksi itu walaupun berbuih dia minta maaf. Paling aku terkejut, salah seorang daripada mereka dengan tanpa banyak soal terus menendang drebar teksi ini sehingga dia tergolek depan teksinya.

Pergh! Kurang ajar betul. Yang paling ‘bestnya’, drebar itu Melayu ok! Aku ulang, Melayu ok!

Aku tahu bukan semua orang Pekida ni jahat, tapi tindakan segelintir ahlinya (atau bukan ahli yang mengaku jadi ahli) benar-benar merosakkan pegangan dan perjuangan tokoh Pekida dulu-dulu.

Kalau dulu ramai alim ulamak yang menyertai Pekida, kini ramai juga bouncer dangdut, tukang tarik kereta dan mat rempit yang join pertubuhan itu.

Pada ahli Pekida kena ingat, Pekida diwujudkan atas kesedaran membela nasib orang Melayu dan seterusnya mempertahankan pendirian Amal Makruf Nahi Mungkar , bukan sebaliknya.

Yang pasti aku akan terus memberi sokongan kepada Pekida, cuma aku tak rasa akan terus bertahan jika pimpinannya tidak mengubah sindrom tidak sihat ini daripada menular!


0 comments: