Thursday, December 4, 2008

Rawatan Cakra Alam - Ustaz menipu ke?


Sedutan dr Laman Nuriman

Sorry........ tak sempat nak letak videonya, sebab web hosting ada masalah sikit. Yang sempat bagi url dia.

Video part 1
http://www.youtube.com/watch?v=p9hgWWQC3e0

Video part 2
http://www.youtube.com/watch?v=9pBe2_tbPUE&feature=related

Aku baru je bukak email dan terima satu link video you tube dari kawan aku Arep(neorackle), stakat ni die belum jadi Ustaz Arief lagi la. Link video youtube yang die bagi tu aku pun tengok, agak menarik tajuk video tu. Video tu berkenaan dengan Rawatan Cakra Alam di kantoi kan oleh orang Korea.


Cakra Alam ni setahu aku merupakan rawatan tradisional menggunakan tenaga dalaman. Kepada sesiapa yang ingin kan rawatan dari pusat rawatan dalaman ni, fikir2 kan la semula. Sebelum ni aku pernah komen berkenaan dengan sumpah laknat Saiful bukhari yang dia di liwat.oleh Dato Seri Anwar Ibrahim(yang sakit pinggang). Boleh baca artikel di sini. Kadang2 manusia dah tak takut dengan pahala dosa, yang paling teruk ambil kesempatan demi kepentingan sendiri.

Macam mana Ustaz Arief ni boleh kantoi dengan orang Korea? dari video yang aku tengok tu, sekumpulan pengkaji dari Korea datang ke tempat perubatan Cakra Alam, tak susah nak cari di bangunan yang terpampang tulisan Wisma Cakera Alam

wisma cakra alam

Telur selepas di suntik dengan darah

Antara yang perkara yang di bongkar kan oleh pengkaji Korea

1. Rawatan telur
- Golek2 kan telur atas badan pesakit, bila pecah kan telur, konon nyer ada darah kotor.
- Pengkaji Korea bagi telur dari kedai runcit, Ustaz Arif kata "kene guna telur ayam kampung baru jadi". Tapi orang korea tu suruh jugak guna telur dari kedai runcit. Telur kedai runcit tu tak mengandungi darah pun bila di pecah kan (Kantoi)
- Trick - Suntik darah kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil tu

Rawatan menggunakan Elektrik ...Bzzztt!!! Bzzzttt!!


Testpen menyala dan padam seiring dengan kaki Ustaz Arief yang kakinya kejap angkat kejap letak

Ustaz tak benar kan selipar tandas nya di scan dengan alat pengesan logam

2. Rawatan Elektrik
- Golek2 kan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit, lepas tu lampu akan menyala sekira nya ada cas2 yang tak elok. Guna test pen pun boleh menyala lampu, menanda kan ada pengaliran cas elektrik
- Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol volt tinggi skit, tapi tak menyala
- Semasa rawatan telur, ustaz tu tak pakai selipar, tapi semasa rawatan elektrik, ustaz tu pakai selipar. Orang korea tu nak scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tak nak.
- Camera man pun nakal. Dia amik gambar kaki ustaz mase tengah on off kan lampu On= 'kaki letak' dan Off = 'Kaki angkat' (Kantoi)
- Tak cukup lagi, bile Ustaz Arief tak ada, orang Korea tu curi2 imbas selipar ustaz tu dengan pengesan logam, dan result dari scanner tu .....tet tet tet (maknanya ada besi dalam selipar tandas tu ) (Kantoi lagi)
- Trick - Dalam selipar tu mengandungi barang electronic yang mampu membekal kan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia


Curi2 imbas, selipar tandas ini mengandungi logam. Selipar tandas aku 100% getah hahaha

James randi menunjukan kemungkinan alat elektronic di dalam selipar tandas

Aku teringin benar nak tau maklum balas Ustaz Arief bila dikantoi kan oleh orang Korea dan James Randi

Segala trick2 ni di kantoi kan oleh James Randi, sebut betul2 , bukan Ustaz James Randi tau. Dari kenyataan beliau, Ustaz Arief menggunakan trick ahli silap mata. Aku pun tak pasti sama ada Ustaz Arief ni menipu atau tak. Aku tak kisah sangat bile orang Korea perli2 Malaysia. Memang tak boleh nak tutup mulut orang kalau nak perli2 atau kutuk2. Cuma imej Islam tercalar sedikit disitu. Walau apa pun, itu hal Ustaz Arief dengan Allah. Aku harap dia tak ada lah ambil kesempatan(tentang agama) dalam hal2 perubatan tradisional dan perniagaan die . Sekali lagi aku menyaran kan pembaca blog aku, rajin2 la mengkaji dan jangan kedekut untuk berkongsi informasi. Bila rajin mengkaji, tak mudah la nak percaya pada benda2 tahyul

0 comments: