Friday, December 12, 2008

Gunung Berapi Paling Merbahaya

1. Gunung Berapi Vesuvius - Campania, Italy

40.82 N, 14.43 E,
Ketinggian puncak1281 m,
Gunung berapi yang kompleks

Gunung Vesuvius adalah diantara gunung berapi yang paling merbahaya. Kali terakhir meletus pada tahun 1944. Dipilih sangat merbahaya disebabkan berhampiran dengan penempatan manusia yang sangat padat.

pompei
Pompei dan Gunung berapi Vesuvius

Pada tahun 79 Masihi satu letupan gunung berapi telah memusnahkan Pompei dan peninggalannya telah menjadi satu daya tarikan pelancongan di selatan Napoli. Sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah memindahkan penduduk yang berada dilereng gunung untuk mengurangkan lagi risiko jika berlaku letupan gunung berapi pada maha hadapan.

2. Gunung Berapi Popocatépetl - Mexico

19.023 N, 98.622 W
Ketinggian puncak 5426 m
Gunung berapi jenis strato


Jika meletus, menghasilkan pencemaran debu yang kritikal kepada penduduk bandaraya Mexico dan bandar yang berhampiran.

Pemindahan penduduk di Santiago Xalitzintla, San Pedro Benito Juarez, dan bandar yang lain pernah berlaku pada 15 dan 16 December 2000. Pada 29 Janaury 2001 pengaliran lava gunung berapi sejauh 8 km menyebabkan datuk bandar Mexico memberi arahan pemindahan penduduk sekitar 13 km dr gunung dipindahkan dan ianya melibatkan seramai 41,000 orang.

Pada 30 April 1996 lima pendaki telah terbunuh akibat dari letusan gunung ini.

3. Gunung Berapi Ulawun - Papua New Guinea

5.04 S, 151.34 E
Puncak gunung 2334 m
Gunung berapi jenis strato

Gunung berapi yang paling aktif dan paling merbahaya di Papua New Guinea. Gunung berapi yang paling tinggi dan memanjang dari Rabaul ke Wewak. Letusan gunung berapi Ulawun adalah dari jenis Strombolian and Pelean. Letusan ini berpunca daripada pusat gunung.

ulawun

Letusan pertama yang pernah direkod oleh Dampier pada tahun 1700. Letusan kedua iaitu pada tahun 1878. Letusan besar yang berlaku pada tahun 1915 menghasilkan 10 cm debu di Toriu, 50 km utara dari gunung. Pada tahun 1970 satu letupan yang besar telah menghasilkan pengaliran lava menyebabkan perubahan bentuk muka bumi dan puncak gunung yang ketara.

Letupan gunung yang berlaku pada tahun 1980 memuntahkan debu sejauh 60,000 kaki dan pengaliran lava yang memusnahkan kawasan dalam lingkauan 20 km persegi.

4. Gunung Berapi Merapi - Indonesia

7.54 S, 110.44 E
Ketinggian puncak 2911 m
Gunung berapi jenis Strato



Merupakan gunung berapi yang paling aktif dan merbahaya. Mengandungi dome lava yang sentiasa menghasilkan pengaliran. Kekerapan berlakunya letusan adalah diantara 1-5 tahun dan mengandungi tekanan gas yang rendah. Disebabkan magma yang terhasil mengandungi tekanan gas yang rendah, saiz letusan adalah kurang dari VEI 3.

Merapi merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan menghasilkan kekerapan pergerakan pyroclastic yang paling banyak berbanding gunung berapi lain di dunia ini. Ianya telah aktif semenjak 10,000 tahun lagi.

Letusan yang paling teruk telah menyebabkan penyebaran debu abuk yang dipanggil 'Awan Panas' yang menyebabkan pergerakan pyroclastic sejauh 6 hingga 7 km dari puncak. Ada 'Awan Panas' ini bergerak sejauh 13 km daripada puncak, contoh yang berlaku pada letusan pada tahun 1969.

5. Gunung berapi Nyiragongo - Congo, Afrika

1.52 S, 29.25 E
ketinggian puncak 3470 m

Gunung berapi jenis strato

nvol1 (4k)

Lava fountain from the lava lake of Nyiragongo volcano

Pancutan lava dari tasik lava gunung berapi Nyiragongo yang terletak tidak jauh dari bandar dan lapangan terbang Goma

Gunung berapi paling aktif di Africa. Menghasilkan tasik lava yang terbentuk di puncak gunung. Nyiragongo merupakan salah satu dari lapan gunung di pergunungan Virunga.

Note: Pada November 2008. Pelancong tidak dibenarkan melawat gunung berapi ini disebabkan kecenderungan keaktifannya.


0 comments: