Seekor ikan dari jenis lele yang telah mengalami proses mutasi telah dijumpai di sungai Great Kali iaitu di sempadan antara Nepal dan India. Ikan tersebut kini menjadi bahan kajian oleh saintis Nepal dan India.
Para saintis khuatir kerana ikan ini telah membunuh beberapa orang setelah 'merasa' mayat manusia yang kerap dibuang di sepanjang sungai Great Kali dimana ikan ini ditangkap.
Ikan tersebut kini sedang dikaji oleh ahli biologi jeremy Wade yang akan ditayang rencananya di dalam stesen televisyen Five tidak lama lagi.
"Penduduk tempatan mengatakan bahawa ikan ini telah membesar secara luar biasa kerana memakan sisa pembakaran mayat. Mungkin ikan ini telah merasa nikmat memakan daging manusia," kata Wade.
"Kemungkinan terdapat beberapa lagi ikan lele yang membesar secara luar biasa di dalam sungai ini, dan pastinya ada antara mereka ini lebih besar dari yang dapat ditangkap,"katanya lagi.
Pada awalnya, Wade menjangkakan kejadian memakan sisa mayat ini adalah perbuatan buaya. Tetapi, teorinya berubah apabila mengalihkan perhatiannya pada goonch, iaitu salah satu spesis ikan air tawar terbesar di dunia.
Belaiu kemudianya berjaya menangkap seekor daripada ikan tersebut yang mempunyai berat kira-kira 55 kg dengan panjang hampir 2 meter. Berat dan ukuran tersebut merupakan satu rekod dunia kerana ianya lebih berat dan besar bagi ikan lele yang pernah ditangkap sebelumnya.
"Pastinya anda tidak dapat melepaskan diri jika ikan ini dapat menangkapmu," katanya.
Tahun lalu, seorang remaja 18 tahun dari Nepal telah hilang diseret ke dalam sungai oleh sesuatu yang digambarkan sebagai 'babi' yang bentuknya panjang.
Tiga bulan setelah kejadian itu, seorang anak kecil diseret ke dalam air, sementara ayahnya hanya dapat melihat tanpa dapat melakukan sesuatu.
0 comments:
Post a Comment