Monday, December 8, 2008

Perkara Yang Kita Tidak Tahu Tentang Pembangunan di Lembah Kelang

Sedutan dr Tranungkite

 Pada Sabtu, 6 Disember 2008, satu lagi tragedi tanah runtuh yang dahsyat telah berlaku di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang. Dulu pada 1993 telah berlaku keruntuhan apartmen mewah, Highland Towers. Tragedi tanah runtuh di Ulu Kelang ini memang dijangka akan berulangan kerana sejak dahulu lagi pihak penjajah British melarang pembangunan di Ulu Kelang setelah kajian bumi mendapati bumi di kawasan tersebut tidak stabil.

Tetapi larangan itu telah sewenang-wenangnya diketepikan oleh kerajaan untuk memenuhi kehendak golongan kaya yang mahu membina banglo-banglo dan apartmen mewah di lereng-lereng bukit di Ulu Kelang sebagai kawasan perumahan eksklusif. Perumahan mewah di lereng-lereng bukit itu telah seterusnya mencetuskan pembangunan pesat yang tidak terkawal di seluruh kawasan Ulu Kelang yang tidak stabil keadaan buminya itu.


Penjajah British dalam melakukan kaji bumi untuk mencari deposit bijih telah mendapati terdapat rangkaian sungai semulajadi di bawah bumi di seluruh kawasan bukit di Ulu Kelang yang menjadikan buminya tidak stabil dan tidak membolehkan pembangunan secara besar-besaran dijalankan. Tambah pula dengan hujan yang banyak turun di kawasan tersebut, maka penjajah British telah mengistiharkan Ulu Kelang sebagai kawasan penadahan air (water catchment area) yang dilarang pembangunan besar-besaran.

Yang ajaibnya adalah rangkaian sungai semulajadi di bawah bumi itu hampir kesemuanya mengalir ke arah Klang Gate dan bertemu di sana, dan terdapat pula dua bukit dari jenis batu yang kuat yang boleh dijadikan ‘tiang’ bagi pembinaan empangan (dam). Maka empangan Klang Gate telah dibina.

Seperti yang dinyatakan di atas, malangnya larangan pembangunan secara besar-besaran di Ulu Kelang telah diketepikan setelah merdeka. Golongan kaya yang ingin membina banglo mewah di lereng-lereng bukit di Ulu Kelang telah dengan bermacam cara termasuklah sogokan wang rasuah berjaya memujuk kerajaan mengubah perintah larangan pembangunan di kawasan “water catchment” tersebut.

Bermula pembinaan banglo-banglo mewah itu di Ukay Heights yang seterusnya menular ke seluruh kawasan Ulu Kelang dengan pembangunan perumahan kos mewah, kos sederhana dan kos murah. Tekanan dari bangunan-bangunan yang dibina itu telah mengubah pengaliran sungai-sungai semulajadi di bawah tanah yang menambahkan lagi ketidakstabilan bumi di Ulu Kelang. Padahnya antara lain adalah keruntuhan Highland Towers pada 1993 yang disahkan adalah akibat dari sungai di bawah bumi yang terpaksa mengubahkan alirannya masuk ke bawah bangunan 12 tingkat itu yang telah melemahkan tapak bangunan.

Apabila berlaku keruntuhan Highland Towers pada 1993, dikatakan Jabatan Kajibumi (ketika itu di bawah Kementerian Perushaan Utama) telah menyarankan agar segala pembangunan termasuk projek-projek perumahan yang telah dilulus tapi belum dimulakan pembinaannya dihentikan. Malangnya kerajaan telah menolak cadangan tersebut. Sebaliknya pula kerajaan cuba menyalahkan Jabatan Kajibumi.

Menurut ceritanya, Menteri Perusahaan Utama ketika itu, Dr. Lim Keng Yaik telah mempertahankan Jabatan Kajibumi dengan bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahaw jabatan tersebut telah banyak kali menasihatkan kerajaan agar menghentikan segala pembagunan di Ulu Kelang kerana keadaan bumi di sana yang tidak stabil dan juga sebagai langkah menyelamatkan kawasan Ulu Kelang sebagai ‘water catchment area”.

Kerajaan tidak mengindahkan teguran dari Jabatan Kajibumi bahawa kawasan KLCC Twin Towers dan juga KL Towers adalah tidak stabil kerana juga terdapat rangkaian sungai-sungai semulajadi di bawah bumi. Keadaan bumi yang tidak stabil itu lah yang membuat penjajah British menggunakan tapak di mana KLCC didirikan hanya sebagai tempat lumba kuda yang tidak menekan sungai-sungai di bawah bumi untuk mengalih pengalirannya dan menular di bawah bangunan-bangunan yang berhampiran.

Semasa pembinaan tapak KLCC, dikatakan beribu lori simen dicurahkan ke dalam bumi untuk mengubah aliran sungai semulajadi di bawah bumi disitu. Teguran pakar-pakar terutamanya dari jabatan Kajibumi bahawa sungai-sungai di bawah bumi yang dialihkan dengan curahan simen itu akan mengalir ke bawah bangunan-bangunan yang berhampiran dan lambat laun meruntuhkan bangunan-bangunan tersebut telah tidak dihiraukan langsung oleh kerajaan.

Nasihat pakar-pakar agar jangan dibangunkan kawasan Bangsar Park dan juga kawasan Bukit Damansara juga ditolak tepi oleh kerajaan. Kedua kawasan ini adalah ‘outer reaches’ atau hujung jangkauan gempa bumi Acheh.

Kalau kerajaan tidak mengenepikan larangan pembangunan di Ulu Kelang dan menerima nasihat pakar-pakar, keruntuhan Highland Towers dan beberapa lagi tragedi tanah runtuh yang dahsyat yang telah berlaku di Ulu Kelang tidak akan berlaku.

0 comments: