Wednesday, January 28, 2009

Ada Lagi Kes Kena Pukau

pukau1

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan gambar CCTV bagaimana tiga wanita Arab termasuk seorang yang berjubah hitam berjaya memukau seorang juruwang di Kota Bharu, Kelantan

Mereka pada mulanya berpura-pura hendak membayar syampu dan pencuci muka.

Juruwang terbabit, Siti Rasidah Abdul Razak, 21, berkata, kehilangan wang itu hanya disedari sebaik dia hendak menyerahkan wang jualan kepada pengurusnya, Wan Din Wan Salleh, 40, dua jam kemudian.

”Tidak sampai satu minit, mereka meluru ke arah kaunter dan mengeluarkan wang tunai sekeping bernilai RM100 untuk membayar harga syampu dan pencuci muka dengan nilai RM13.80.

“Mereka berbahasa Inggeris meminta saya memulangkan baki sebanyak RM50 sekeping sebelum seorang wanita berjubah menyeluk mesin wang dan mengambil sebahagian wang di dalamnya.

”Saya hanya mampu melihat dan tergamam tidak dapat memanggil sesiapa untuk mendapatkan bantuan. Ketiga-tiga wanita terbabit keluar tanpa dihalang oleh sesiapa,” ujarnya.

Sebenarnya ini bukan perkara baru, masa aku jadi wartawan jenayah dulu, banyak kes yang sama berlaku terhadap ramai pekedai di Bukit Bintang dan kes ini dikatakan semakin menjadi-jadi!

Sebenarnya alim-ulamak memberi satu petua mustajab kepada kita untuk mengelakkan diri daripada dipukau iaitu dengan membaca ayat Kursi.

Diriwayatkan dalam Sahih Muslim bahawa Nabi SAW pernah memberitahu kepada Ubai bin Ka’ab bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran adalah ayat al-Kursi.

Ayat al -Kursi juga mempunyai kelebihan untuk menghadapi gangguan syaitan seperti yang disebutkan dalam hadis sahih.

Ayat ini patut menjadi amalan dengan membacanya pada setiap waktu terutama apabila berhadapan dengan kebarangkalian diganggu jin dan syaitan.

Kisah ini masyhur tentang Abu Hurairah r.a. menangkap syaitan ada dalam kedua kitab hadis Sahih al- Bukhari dan Sahih Muslim.

Selain itu, Nabi SAW juga menganjurkan agar membaca ayat ini sebelum tidur supaya terpelihara daripada diganggu syaitan hingga ke waktu Subuh, Insya Allah.


0 comments: