Friday, January 2, 2009

Pendapat Seorang Dan Komen Pembaca

“Pelik Tapi Benar Dalam Solat” karya Ustaz Abdul Rahman Mohamed…jangan beli dulu buku ini

Dr Seseorang

AKU pernah tergerak hati nak beli buku ini kerana ia menunjukkan bagaimana cara hendak melakukan solat jika kita berada dalam keadaan yang agak ‘darurat’, contohnya solat sambil pegang baby, solat dekat dapur dan sebagainya.

Tetapi aku terkejut bila BERNAMA memaklumkan yang buku tersebut diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana didapati menyeleweng daripada ajaran Islam, la pulak!

Menurut Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Abdul Razak Abdul Latif, buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya.

Sebuah lagi buku yang turut diharamkan, katanya, bertajuk “Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism” oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam.

Mengenai buku ‘Pelik Tapi Benar Dalam Solat’ itu, aku sempat call syarikat penerbitan buku tersebut yang nombornya aku temui dalam google.com, kata salah seorang staffnya, diaorang pun agak terkejut kerana sehingga kini arahan pengharaman tersebut belum sampai kepada pengetahuan mereka.

Whatever, bagi aku mudah, memandangkan mereka sendiri sudah mengetahui arahan tersebut, walaupun tanpa surat atau hitam putih, mereka kenalah bertanggung jawab untuk ‘clearkan’ benda ini.

Bukan apa, ini soal akidah, kalau ramai orang Islam kat Malaysia ni bertaraf kiai-kiai takpela juga, bagi yang bertaraf ’sepai-sepai’ macam aku ni, camno?

Komen Pembaca Blog tersebut

  • roller

    salam…

    saya sebagai graduan pengajian islam ingin menegaskan bahawa buku pelik tapi benar tu sebenarnya menjadi mangsa kedangkalan ilmu pihak yang menapis..

    buku itu setakat pemerhatian saya, hanya menjelaskan tentang kelasan hukum hakam islam dalam bab solat…

    buku tu ditulis dengan cara melakukan kajian perbandingan dalam fiqh islam..maksud buku tu sendiri utk kemudahan org ramai yang kdg2 x faham keluasan hukum islam..

    saya lagi hairan kenapa buku tu diharamkan..walhal, buku sebegitu terlalu banyak di tulis oleh ramai ulama’ timur tengah..

    kaedah fiqh perbandingan juga bukan lah sesuatu yang pelik di mana2 universiti especially azhar..

  • roller

    one more thing, sebenarnya buka soal akidah, tapi soal pemikiran terbuka atau tertutup@jumud

  • annasalina

    Tak tahulah sejauhmana kebenaran dan kesilapn kaedah yang ditonjolkan dalam buku tersebut.

    Apa yang kita ketahui di Malaysia adalah apa yang kita lakukan dan nampak mengikut garisan yang telah dilandaskan oleh undang-undang di sini…

    Mungkin ada relevennya buku tersebut dengan kewajipan menunaikan solat disebabkan ramai orang yang bergelar islam kini mengabaikan tanggungjawab tersebut.

    Solat kerana apa? Kerana ingin berkomunikasi mensyukuri, dan melaksanakan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah. Jadi, tiada alasan kenapa tak ada teknik sembahyang ketika berada dalam keadaan ‘darurat’…kecuali jika ada golongan yang memang nak kita berfikiran ragu-ragu begitu.

    Tanya jiwa dan hati…ikut akal yang berpengetahuan…namun dalam hal seperti ini…rasanya kita perlu mengetahui dan menjaga hak masing-masing mengikut asas ajaran islam yang telah diamalkan.

  • micea71

    Salam..
    IMO..Berhati2 dengan ape yang kita perkatakan..terutama mengenai sesuatu yang kita tak faham/arif..jangan kerana hanya lidah berkata sesuatu,akidah yang tergelincir..rujuklah pada yang
    pakar( ustaz/Ulama ) kalau hanya bersandarkan buku semata2..faham2 jelah..kita kat sekolah pun tanya cikgu jugak..walaupun ada degree..jangan cepat mengatakan orang ilmu dangkal..patutnya bila berilmu kita semakin merendah diri dan bukannya merendahkan orang lain !! wallahuaklam

  • almukminun

    Tuan,tidak bermakna semua penulis dari timur tengah itu layak diangkat hasil penulisannya.Nah,kita kni berada dalam kondisi bermazhab Syafiie.

    Maka,bertambah keliru ummah Malaysia khususnya dengan kemunculan buku ini sekian lama.Ditambah pula dengan kemalasan untuk berguru dengan guru yang jelas sandaran ilmunya.

    al-haqir
    Wallahu’alam

  • Janganlah menjumudkan akal fikiran kita yang waras yg diberikan oleh Allah swt…sebenarnya buku itu memang betul bukannya ajaran sesat semata2..Misalan ada mendukung anak ketika solat, sebenarnya ada hadis sohih tentangnya sebab nabi sendiri lakukan iaitu semasa dia mendukung cucunya.

  • sara

    Askm. Buku ini memang jelas sandarannya dan bersumberkan dari hadis2 nabi yang sahih. Masyarakat perlu dididik minda mereka untuk memahami apa itu sunnah dan apa itu hadis, barulah mereka akan mengetahui acuan islam yang asli dan beramal dengan tunjukajar nabi s.a.w.

    Masaalah mungkin berpunca dari kejahilan dan sikap tidak berlapang dada untuk mencari kebenaran ditambah pula dengan sikap hanya mendengar apa orang kata tanpa usul periksa yang jelas. Taksub kpd aliran tertentu juga punca meninggalkan sunnah dan membenci kebenaran tanpa mrk menilai terlibih dahulu apa kata imam2 mazhab apabila jumpa hsdis yg sahih. Keluar dari kotak kejumudan nescaya akan membantu kita semua menemui dan menerima kebenaran. SEBAIK-BAIK PERKATAN IALAH KITABULLAH DAN SEBAIK-BAIK PETUNJUK IALAH PETUNJUK MUHAMMAD SALLALLAH ALAIHIWASSALAM.

  • apakah Nabi mendukung cucunya setiap kali hendak solat?

  • Ikram… nama pun darurat… tak lar selalunya darurat

  • Assalamualaikum. Saya sekadar nak bagi cadangan, selain daripada haramkan buku ‘PELIK TAPI BENAR DALAM SOLAT’, diminta pihak yang berkenaan mengharamkan juga KITAB FIQH SUNNAH karangan SYED SABIQ. Tak cukup lagi, kita haramkan SEMUA KITAB KITAB HADITH. Baru puas hati.

    Hm marah sangat aku ni.

    Semua yang terkandung dalam buku PELIK TAPI BENAR dalam solat tu ada diriwayatkan dalam hadith yang sohih. Dalam Fiqh Sunnah pun ada. Menyeleweng kat mana pulak?

    Kalau yang mengharamkan tu keliru dia lah yang kena belajar. Allahu Rabbi

  • Syam

    A’kum, kepada sesiapa yang berkenaan yang mengharamkan buku tersebut, apakah dalil yang menguatkan pengharaman buku tersebut? Jawab dengan menggunakan Al-Quran dan as-sunnah. Setahu saya Nabi Muhammad pernah bersabda yang mana baginda menyuruh berpandukan kepada keduanya dalam kehidupan dan menjadi rujukan sepanjang zaman. Saya sokong buku itu terus dijual di pasaran untuk menambahkan ilmu didada.

  • sO_smart

    السلام عليكم..
    mmg xptut buku 2 diharamkan…
    jgnlah sempitkan pmikiran kita dgn ssuatu ‘kOlOt’.
    Islam itu syumul & x m’bbankan umatnya (عدم الحرج)…

0 comments: