UMNO kalah di Kuala Terengganu
Ye betul, UMNO dan BN kalah di Kuala Terengganu
Kalau pun nak membuatkan aku hairan cuma satu, orang yang keluar mengundi terlalu rendah, hanya sekitar 79 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar, jarang pilihan raya kecil sebegini ramai yang tak keluar undi
Apapun UMNO seperti biasa akan membuat post-mortem@ bedah siasat mengenai punca kekalahan itu
Seperti biasa juga aku rasa hasil laporan itu akan menunjukkan keputusan yang sama seperti mana kekalahan-kekalahan UMNO dan BN sebelum ini
Justeru aku tertanya-tanya, apa gunanya ada post mortem sebegini jika para ahli UMNO tidak pernah mengambil iktibar tentang apa yang telah menimpa atau dilalui mereka?
Banyak faktor yang menyebabkan kekalahan UMNO dan BN dalam pilihan raya ini, atau lebih tepat lagi, TERLALU BANYAK faktor sebenarnya
Penanda aras bagi penduduk Kuala Terengganu senang saja, mereka mahukan wakil rakyat yang bersih dan sederhana, yang sentiasa berada di sisi mereka jika diperlukan baik di waktu senang mahu pun di waktu susah
Persetankan sama ada seseorang calon itu lawyer atau pun menteri, bukan itu yang mereka cari, mudah bukan?
Tak mengapalah, biarlah UMNO terus dengan post-mortemnya, selepas itu keputusan post-motem itu dibiarkan saja berhabuk dalam almari di PWTC.
P/S -
Ehe.......... kemana perginya pengundi hantu BN? Persoalan yang sehingga kini membelenggu dalam pemikiran saya mengenai calon BN ialah kenapa sampai Pak Lah datang ke Terengganu dan membuat kenyataan menyatakan Datuk Wan Ahmad Farid bukan sombong?
Tentulah Pak Lah menerima laporan daripada orang ramai dan ahli sendiri mengenai kesombongan pemimpin UMNO.
0 comments:
Post a Comment