Tuesday, January 13, 2009

Catatan Si Pengembara

Ceramah Pas memang ‘champion’!

img_1535

Kalau bercerita bab ceramah, bagi aku Pas memang ‘champion’ la

Aku dah segenap ceruk masuk ke kampung-kampung di Kuala Terengganu ni, kalau kata ceramah Pas, beribulah jawabnya orang yang datang

Lebih-lebih lagi kalau yang bagi ceramah itu namanya Mat Sabu, Harun Din, Hj. Hadi dan off course, Nik Aziz. Confirm meletuplah!

Cuma kadang-kadang tu satu ceramah sampai 4-5 orang berucap, berjam jugalah nak berdiri, sampai naik kematu kaki-kaki

Tapi takpe, ceramah Pas ni macam pesta, ada orang jual baju, ada orang jual makanan dan macam-macam lagilah

Selalunya selepas habis je ceramah, aku dan kengkawan akan pekena dulu sup semangkuk ngan air sirap segelas

Pergh, lepas makan kaki yang kematu tadi tu pun terus jadi cergas

Best jugak sekali sekala bila ada pilihan raya ni…happening beb!


0 comments: