Monday, January 5, 2009

Bersedia Hadapi Kemelesetan

My Photo

ibrahim yahaya
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
journalist forever. have been there, here and everywhere. was chief news editor of berita harian. moved to TV3 as an editor. had a stint at berita publishing. became a media consultant to RTM. now a free man...catching up on things that i like to do....writing..biz.
Semalam, saya bersembang dengan seorang kawan yang mempunyai perniagaan berjuta ringgit dalam pelbagai industri termasuk bidang pertanian. Peruntukan gaji untuk kakitangannya ialah RM1 juta sebulan. Wow, banyaknya.

Dalam perbualan kami, beliau turut menyatakan kebimbangan seorang usahawan apabila memikirkan mengenai keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Jika dulu harga minyak dunia melambung tetapi kini pergolakan di Semenanjung Gaza membabitkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak.

Dalam fikirannya, sentiasa terbayang-bayang apa akan berlaku pada tahun ini. Jika keadaan tidak menentu, di manakah beliau ingin mencari RM1 juta setiap bulan untuk membayar gaji kakitangannya. Sudah tentu ia amat memeritkan.
(Gambar : Kematian akibat kezaliman Israel)

Persoalannya, jika terpaksa mengurangkan pekerja, bagaimana pula nasib mereka. Menurutnya, beliau amat prihatin dengan golongan pekerjanya dan sentiasa berusaha untuk memastikan mereka gembira sepanjang masa.

Dalam ertikata lain, jika kakitangan gembira sudah tentu mereka akan memberikan sumbangan terbaik dan cemerlang kepada syarikat.

Beliau dapat membayangkan bagaimana peritnya kakitangan yang akan diberhentikan kerja terutama mereka yang mempunyai keluarga besar dan anak ramai yang masih bersekolah. Ini semuanya satu dugaan hidup seorang ahli perniagaan.

Menurutnya, sudah tentulah beliau hidup senang dengan kereta dan rumah besar.

Namun, jika ekonomi tidak menentu, kehidupannya nampak senang tetapi dalam hati dan fikirannya tiada siapa yang tahu betapa sukar menghadapi kemelut ekonomi.

Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi dari sekarang. Banyaklah menabung.

0 comments: