Tuesday, January 13, 2009

Peluang Pekerjaan Dengan Gaji Yang Lumayan

An Australian state is offering internationally what it calls ...

Kerajaan negeri Australia
menawarkan peluang pekerjaan di peringkat antarabangsa dengan apa yang disebut sebagai "the best job in the world" memperolehi gaji yang paling lumayan dengan hanya beristirehat di atas sebuah pulau yang cantik selama 6 bulan.

Gaji yang diberi iaitu 150,000 dollar Australia (105,000 US dollars) termasuk tiket percuma dari negara pemenang ke pulau Hamilton yang terletak di Great Barrier Reef.

Diantara bidang tugas mereka yang berjaya adalah berjalan-jalan di pesisir pantai, menyelam di terumbu karang dan melakukan kerja-kerja kecil serta membuat laporan kepada masyarakat dunia melalui blog mingguan, diari bergambar dan video yang sentiasa dikemaskini.

Mereka yang berjaya akan menetap di dalam rumah yang mengandungi 3 bilik tidur siap dengan kemudahan kolam renang serta kereta golf. Mereka juga mestilah pandai berenang serta fasih bertutur dan boleh berbahasa Inggeris.

Mereka juga perlu boleh diwawancara oleh pihak media dari masa kesemasa mengenai kegiatan yang telah mereka lakukan di pulau tersebut.


0 comments: