Thursday, January 22, 2009

OBAMA BEN LADEN?

My Photo

ibrahim yahaya
Subang Jaya, Selangor, Malaysia
journalist forever. have been there, here and everywhere. was chief news editor of berita harian. moved to TV3 as an editor. had a stint at berita publishing. became a media consultant to RTM. now a free man...catching up on things that i like to do....writing..biz.

Dipersilakan "Presiden Osama". Oooppss silap.
Dipersilakan Presiden Obama Ben Laden. Oooppss...silap lagi..minta maaf ya.
Dipersilakan Presiden Obama Ben Bidden. Laaa...apa ni lagi silap...Obama tu presiden, Bidden..tu pula..Naib Presiden.
Dipersilakan Presiden Obama. Ahhhh....itu baru betul.
Obama, "MasyaAllah". Oooopps....terlepas rahsia aku. Laa...harap secret service tidak rakam suara aku ni.

Itu mungkin dilema Obama. Sejak mengumumkan hasrat untuk bertanding Presiden, ramai yang mempersoalkan agamanya. Ini kerana nama sebenar beliau ialah Barack Hussein Obama. Ada yang bertanya apakah beliau akan mengangkat sumpah menggunakan Al-Quran atau Bible.

Namun, itu semuanya sudah menjadi sejarah.

Obama kini Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Presiden African American pertama. Presiden hitam putih kerana bapanya hitam, emaknya putih. Ada orang menganggapnya sebagai Presiden Dunia. Bolehlah tu.

Seribu harapan diletakkan kepadanya.

Apakah harapan itu akan tercapai?

0 comments: