Antara yang ditembak dan yang dibelasah
Pagi ini aku terbaca mengenai pengorbanan seorang pegawai polis yang hancur tulang kakinya akibat ditembak penjenayah sewaktu terlibat dalam satu operasi khas membanteras jenayah
Cif Inspektor Ang Waei Leoong yang cedera terkena tembakan di kedua-dua kaki semasa menjalankan tugas menumpaskan kumpulan geng Ah Took pada 5 November lalu.
Serbuan itu sebenarnya bermula apabila seorang ahli kumpulan itu ditahan sehingga membawa kepada sepasukan enam pegawai dan anggota polis tiba di Kondominium Green Acre Park, Sungai Lon.
Namun, arahan supaya dua suspek, seorang wanita berusia 20 tahun yang juga ketua kumpulan dan temannya, lelaki berusia 40 tahun dengan lapan kes jenayah supaya menyerah diri, tidak dilayan. Ini memaksa polis memecahkan pintu rumah dan pada waktu itulah, mereka dihujani enam das tembakan sehingga terkena kedua-dua belah betis pegawai berkenaan.
Hari ini juga aku membaca mengenai kisah seorang tahanan yang mati sewaktu di soal siasat polis berhubung satu kes kecurian kenderaan di Balai Polis Taipan, Subang
Keluarga A. Kuhan mendakwa mendiang dibelasah dengan teruk oleh polis berdasarkan kesan kecederan di seluruh badannya
Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi ia adalah satu tuduhan yang amat serius dan perlu diberi pertimbangan dan siasatan yang cukup terperinci
Lebih pada itu, aku tak mahu rekod kecemerlangan Cif Inspektor Leoong ‘dikotori’ dengan insiden kematian Kuhan
After all, matlamat tidak menghalalkan cara, dan polis cukup tahu tentang itu.
0 comments:
Post a Comment