Aku tak faham mengapa tindakan pihak penguatkuasa menyaman seorang pelajar berserban kerana tidak pakai helmet boleh jadi isu besar
bagi aku soal undang-undang dalam hal ini adalah perkara nombor dua, perkara utamanya adalah keselamatan nyawa pelajar itu sendiri
apalah sangat nak dibanggakan dengan serban jika dibandingkan dengan nyawa yang tiada galang gantinya itu
Aku tidak memandang rendah kepada mereka yang berserban, tetapi ia harus dilihat dalam konteks yang lebih luas
pakailah apa saja, serban ke, semutar ke, kopiah ke, takde sapa nak larang
tetapi sampai sanggup nak masuk penjara kerana nak mempertahankan keputusan berserban daripada pakai helmet yang ternyata boleh menyelamatkan dia daripada kecelakaan itu bagi aku its to much
Nik Aziz sendiri dalam dalam komennya mengenai isu semalam berkata,
” Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kupiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakulpun tetapi tidak dianggap lebai,” katanya
bukankah Allah juga menuntut kita menyayangi diri kita sendiri?
Toksahlah mana-mana pihak nak cuba jadi ‘champion’ dalam hal ini, ini soal nyawa, aku ulang ini soal nyawa.
Tak kena tak mengapa, tetapi kalau dah jadi macam penunggang motorsikal kat atas itu, orang Penang kata…’seduit pun dah tak guna!’
P/S - Bila lihat pelajar sekolah yang sering ulang-alik ke sekolah tanpa helmet dan insuran menaiki motor, kita akan terfikir kemana pergi rasa tanggungjawab ibubapa. Mungkin pada mereka buat anak nie keje senang, bila membesar pandai-pandai kauoranglah nak jaga diri. Tanggungjawab ako dan settle - apa dia? BUAT ANAK.
0 comments:
Post a Comment