Antara Arab di Palestin dan Arab di Bukit Bintang
Gambar di atas adalah orang Arab di Palestin yang berjuang bermati-matian demi agama Islam yang mereka cintai
Tiada istilah gentar dalam kamus hidup mereka, kematian bagi mereka hanyalah satu tidur panjang sedangkan syurga firdausi sebenarnya cita-cita mereka yang hakiki
namun di Bukit Bintang, lain ceritanya. Dalam ribuan manusia yang memenuhi kawasan tersebut menjelang tahun baru semalam, mereka kelompok yang paling ‘menyerlah’ bersuka-ria menyambut kedatangan tahun 2009
tanpa memperdulikan sensitiviti rakyat tempatan, jumlah mereka yang besar itu mendominasi jalan-jalan sekitarnya sambil terjerit-jerit dan melolong bagikan orang hilang akal
dengan tangan menggenggam botol-botol arak, mereka bergembira bagaikan ‘dunia ini ana yang punya’
itu belum dikira mereka yang bergaduh dan ditahan oleh polis atas pelbagai kesalahan
aku betul-betul sedih melihat tabiat dan kelakuan mereka, tidakkah mereka terfikir kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh bangsa mereka di Palestin ketika ini
sedarkah mereka di saat mereka menjerit menyambut detik 12 tengah malam semalam, ada saudara mara mereka di Gaza dan Tebing Barat menjerit kesakitan akibat ditembak dan dibom oleh tentera Yahudi laknatullah itu!
Aku tidak mendapat jawapannya, hanya ini yang dapat aku tunjukkan kepada pembaca blog ini mengenai betapa ‘gembiranya’ orang-orang Arab ini menyambut tahun baru 2009 di Bukit Bintang malam tadi.
0 comments:
Post a Comment