Alamak, aku tak tau nak berkata apa-apa bila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri itu, Mohd. Fairus Khairuddin berkata beliau ke konsert teater muzikal Mama Mia kerana hendak bertemu Yang Dipertuan Agong bagi membincangkan isu agama
Aduh, aku terus nak sakit perut baca statement tu
Aku rasa kalau nak pergi tengok, pergi ajelah, tapi yang aku tak faham pasal apa nak kaitkan Tunku pulak dalam hal ini
lebih membengongkan aku, kenapa nak guna isu Islam bila orang mempertikaikan kehadirannya di konsert tersebut?
sungguh, aku tak faham dan ‘blur’ habis sekarang ni. Meh kita tengok jawapan pihak YB Fairus dalam blog rasminya bila seorang blogger mempersoalkan kehadirannya ke konsert berkenaan.
” Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan/puan.
Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, YB memenuhi undangan tersebut adalah untuk mengambil peluang bertemu dengan Yang Di Pertua Agong yang turut hadir pada malam tersebut.
Kesempatan dalam pertemuan tersebut telah dimanfaatkan untuk berbincang serba sedikit mengenai isu-isu agama Islam dan MAIPP yang berada di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong.
Pihak YB sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan pihak tuan/puan.”
0 comments:
Post a Comment