Sunday, January 25, 2009

Kenangan Si Wartawan Jenayah

kisah Tahun Baru Cina dan pembunuhan Bakaruddin Busu

wajah suspek

Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina, aku pasti teringat kenangan sewaktu bertugas sebagai wartawan jenayah di Utusan Malaysia kira-kira tujuh tahun dulu

ketika itu di pejabat agak lengang kerana cuti umum, tapi disebabkan seorang rakan setugas pulang ke kampung kerana bercuti, aku terpaksa menggantikannya pada hari tersebut

kira-kira jam 11 pagi, aku mendapat berita mengenai satu penemuan mayat di sebuah longkang besar dekat Jalan SS 19, Subang Jaya

pada mulanya aku agak keberatan untuk ke lokasi kejadian, maklumlah mood cuti, tetapi disebabkan kerja punya pasal, aku gagahlah juga

aku ingat lagi, jurugambar aku ketika itu adalah abang Hussin, orang lama yang bermulut laser

” Syahril, kau ni reti duduk ofis tak, setakat jumpa seorang mayat Indon pun nak buat liputan ke, alah takde yang menariklah kes ni,” kata Hussin yang memang tak suka ikut tugasan wartawan jenayah. Penat katanya.

” Alah bang, daripada duduk melangut kat Utusan tu, baik kita pergi assignment ni. Dah kematu buntot duduk dekat kerusi,” kata aku. Hussin yang ‘angin’ satu badan tu nak tak nak terpaksalah ikut cakap aku.

Dipendekkan cerita, sampai aje di lokasi, kami pun terpandanglah sekujur tubuh terbaring dalam keadaan terletang di dalam parit besar tu.

Tanpa banyak cakap, aku pun lompat ke dalam longkang tersebut untuk melihat fizikal mayat dengan lebih dekat. Abang Hussin pun masuk sekali bagi memudahkannya mengambil gambar mangsa.

Mayat mangsa ada kesan terbakar manakala jarinya pula ada yang terputus.

” Aku rasa budak Indon ni, tak bayar hutang punya pasal, Along bunuhla, tu yang ada kesan kena tetak kat jari,” bisik abang Hussein ke telinga aku.

Aku diam seribu bahasa. Aku tenung wajah mangsa dalam-dalam. Argh, malas aku fikir, dalam kepala otak aku ketika itu aku nak balik ofis dan tulis berita ini secepat mungkin. Lepas tu aku nak balik rumah.

Keesokan harinya aku pergi ke pejabat seperti biasa. Namun baru aku nak masuk ofis, bos aku En. Zaini Hassan tiba-tiba menyapa aku dari belakang.

” Syahril, kau kenal tak bekas wartawan sukan kita, Bakaruddin Busu. Sekarang dia lecturer UITM. Aku risaulah sebab bini dia cari dia ni. Errr…agak-agak kes bunuh yang tulis semalam tu, dia tak?,” tanya Zaini dalam keadaan cemas.

” Alamak bos, masa saya masuk Utusan, Bakaruddin dah berhenti, so saya tak cam muka dia,” kata aku.

” Takpelah kalau macam tu. Aku nak pergi hospital ni, saja nak check mana tahu mangsa adalah orang yang sama,” kata Zaini

Aku dah tak senang duduk. Aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Sepanjang hari aku gelisah.

Memang benar sangkaan En. Zaini. Tak lama kemudian aku dapat sms daripada beliau. Bunyinya lebih kurang begini..

SYAHRIL, MAYAT SMLM CONFIRM EX REPORTER KITA, BAKAR. WIFE DIA CONFIRMKAN. INI KES BESAR. TOLONG BUAT FOLLOW UP. INI CERITA FRONT PAGE. JANGAN MISS FAKTA PENTING DGN POLIS. DPTKAN SEMUA INFO. CARRY STORY NI

Aku terus terduduk. Bengong sekejap dibuatnya. Lepas hisap dua batang Dunhill, aku pun terus ke balai polis seperti mana sepatutnya..

* Ketika entry ini ditulis, kesemua suspek masih lagi sedang dibicarakan. Bagaimanapun seorang suspek wanita dibebaskan oleh mahkamah setelah didapati tidak terlibat dalam kes tersebut. Pembunuhan ini dikatakan berlaku disebabkan salah seorang suspek cemburu dengan perhubungan mangsa dengan wanita berkenaan yang juga anak murid mangsa sewaktu di UITM Shah Alam.


0 comments: