Tuesday, December 16, 2008

Ayah Pin Korban Ekor Dulu.....Ehe

Ayah Pin

Ayah Pin buat gila lagi. Wakil rakyat kawasan Jabi, YB Ramlan Ali memberitahu Kosmo! bahawa pada pagi Aidil Adha lalu, Ayah Pin muncul semula di kampungnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Ini kerana Ayah Pin dan para pengikutnya mengambil keputusan untuk turut sama melaksanakan ibadah korban seperti umat Islam lain.

Mulanya aku berasa lega juga bila dapat tahu yang Ayah Pin dah mula ikut ajaran Islam setelah sekian lama merapu, tetapi bila aku baca lebih lanjut aku rasa nak tergelak guling-guling jadinya.

Nak tahu kenapa?

Menurut YB Ramlan, orang kampung yang menyaksikan upacara korban Ayah Pin terkejut bila mereka melihat Ayah Pin ada ’style’ tersendiri bila menyembelih dua ekor lembu yang hendak dijadikan korban itu.

Dia bermula dengan menyembelih di bahagian ekor dulu then baru sembelih kat bahagian leher, what the f*#@K!!!!

Memang sah dia ni tok guru paling sewel kat Malaysia ni. Yang aku hairan kenapa polis tak tangkap je orang tua ni masa dia muncul hari tu. Ini kata YB Ramlan,

”Dia memang ada di perkampungan itu tapi pejabat agama dan polis gagal mengesannya kerana dia bersembunyi.

“Dia ada ramai anak murid (pengikut) di situ yang boleh membantunya bersembunyi di kawasan belukar,” jelasnya.

Hai entahlah apa nak jadi. Bila terbayang cara Ayah Pin sembelih lembu korban dia tu, terus takde selera aku nak makan sup ekor kat Dooraisamy malam ni!

P/S -


Turun saja ke bumi, angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar terkejut mengetahui beliau adalah orang yang kedua dari Malaysia yang berjaya naik ke langit.

Orang Malaysia yang pertama naik ke langit bukan orang Negeri Sembilan tapi orang Terengganu. Siapakah gerangannya orang itu?

Orang itu ialah AYAH PIN

Ha....ha....ha.......

0 comments: