Monday, December 8, 2008

Dari Blog Anwar Ibrahim

Sedutan komen dr “Tragedi Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa”

Nur Muhammad Tajrid Bin Dr. Zahalan
Dec 7th, 2008 at 5:41 pm

Kawasan berlakunya tanah runtuh. Klik pada gambar untuk pembesaran

Saya salah seorang yang menetap di Kondominium Puncak Athenaeum Bukit Antarabangsa. Ingin saya perbetulkan kesilapan penulisan ini. Kematian hanyalah 4 orang sahaja dan bukan lah 10 orang. Salah seorang yang meninggal itu merupakan teman saya iaitu saiful khas.

Kejadian ini bukan lah berpunca daripada projek terbengkalai sepertimana yang digembar gemburkan oleh media, ia berpunca daripada mendapan tanah banglo itu sendiri kemudian mula lah hakisan tanah berlaku di kaki bukit lalu menyebabkan tanah di atas mulai runtuh.

Kes ini amat dikesali kerana pihak berkuasa tempatan tidak pernah memantau kawasan sekeliling. Mengapa saya nyatakan pihak berkuasa tempatan?. Pihak berkuasa tempatan telah pun sedia maklum akan berlakunya hakisan tanah bukan di tapak kejadian, sebaliknya jalan masuk utama, akan tetapi pihak berkuasa tempatan tidak pernah memantau kawasan sekeliling sedangkan mereka sedar kawasan tersebut amat berbahaya. Justeru itu saya sarankan agar pihak berkuasa atau kerajaan negeri dapat memantau dengan sepenuhnya akan hal ini. Lakukan kajian terhadap keseluruhan tanah tinggi di sekitar kawasan tersebut setiap masa tanpa menunggu laporan yang dibuat oleh penduduk.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada keseluruhan warga kerja tidak kira daripada parti pembangkang mahupun parti Kerajaan di atas kerja-kerja menyelamat dan mencari mangsa yang tertimbus. Kerjasama yang diberikan amat berjaya sehinggakan saya tidak melihat parti-parti politik yang menempatkan bendera masing-masing, akan tetapi saya melihat ia nya satu pasukan yang terdiri daripada warga negara MALAYSIA!

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga teman saya iaitu Datuk Shahrudin atas pemergian Allahyarham Saiful Khas dan juga takziah buat keluarga lain yang kehilangan sanak saudara yang tercinta. Tragedi ini amat sedih dan di harap perkara ini dijadikan iktibar kepada semua pemaju, pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan juga pemimpin agar lebih berhati-hati mendirikan projek di lereng-lereng bukit dan sebagainya.

Salam Takziah


0 comments: