Sunday, July 13, 2008

Gua Piramid Matahari Di Mexico


Gua Piramid Matahari diteroka





MISTERI kehidupan purba dipercayai dapat dibongkar selepas
sistem gua di bawah piramid ini diteroka.



MEXICO CITY - Demi mencari petunjuk mengenai keruntuhan salah sebuah kota peradaban terbesar dunia, sekumpulan ahli arkeologi bersedia untuk meneroka laluan dalam gua yang terletak di bawah sebuah piramid.

Sebelum ini, tidak banyak yang diketahui tentang piramid batu Teotihuaca setinggi 65 meter itu. Masyhur di kalangan puak Aztech sekitar tahun 1500, ia kini sunyi bersama peradaban yang pernah berkembang di kota usang di bawah binaan Piramid Matahari itu.

Selain sibuk mengemas kini maklumat mengenai sistem gua yang tertanam sedalam 20 kaki di bawah permukaan tanah, para arkeologi turut menemui laluan terowong sepanjang 295 kaki (90 meter) dan setinggi lapan kaki.

"Kami rasakan bahawa ritual yang dilakukan mereka suatu ketika dahulu ada tujuannya. Kami mahu tahu mengapa dan bila orang Teotihuaca menimbus laluan tersebut," kata pakar arkeologi tempatan, Alejandro Sarabia.

Ekskavasi terancang sudah bermula bagi mengumpul maklumat tentang ritual suci di kalangan puak yang pernah mendiami kota usang tersebut. - Reuters

0 comments: