Sunday, July 13, 2008

Undang-undang Adat

Pengetahuan tambahan bagi pelajar

· Boleh dikesan sejak wujudnya masyarakat orang asli di Tanah Melayu

· Bentuk undang-undang ialah tidak bertulis dan mengamalkan amalan kuno

· Undang-undang adalah berdasarkan amalan dan kebiasaan

· Setiap kesalahan yang dilakukan akan dihukum

· Ketua puak (Tok Batin) dengan dibantu oleh golongan tua menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada setiap kesalahan.

· Apabila masyarakat semakin terdedah kepada dunia luar, terdapat 2 undang-undang adat yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

Perbezaan Adat Perpatih dan Adat Temenggung

Asal : Sumatera , Palembang

Asal : Palembang

Penyusun : Datuk Perpatih Pinang Sebatang

Penyusun : Datuk Ketamanggungan

· Cara pemerintahan :

· Demokrasi

· Pemerintahan berada di tangan mamak (saudara tertua daripada ibu)

Cara pemerintahan :

· Autokrasi

· Raja berhak membuat keputusan terakhir

Garis keturunan :

· Matrilineal – keturunan disusurgalur menurut pihak ibu

Garis keturunan :

· Patrilineal – keturunan disusurgalur menurut pihak bapa

Hukuman :

· Berdasarkan pemulihan iaitu yang bersalah hanya didenda

Hukuman :

· Berdasarkan pembalasan


0 comments: