Thursday, July 10, 2008

RENTETAN KISAH PEMBELASAHAN ALAK



Thanks kepada hantujeraul kerana sudi berkongsi info ini.

Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak beberapa hari lepas, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali."Saya rasa kejadian ini berpunca daripada provokasi tiga orang yang menghalang itu."Tetapi saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir itu. Tidak tahulah siapa (mereka)," kata Alak kepada Malaysiakini.

Sebelum kejadian membaling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, Alak waktu itu sedang menyanyikan Mari nyanyi menjilat. Tiga orang itu pada mula melahirkan rasa tidak senang dengan lagu tersebut di depan pentas apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton. Mereka kemudian naik ke pentas dan diikuti serbuan penonton ke depan, sambil marah-marah kepada Alak dan kumpulannya. Kumpulan penyokong itu juga membaling botol minuman dan batu bata.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya. Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit. Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

* Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi inggeris, dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.
* Penulis kolum terkenal Hishamuddin Rais, yang turut terlibat menganjurkan segmen muzik dalam perhimpunan sehari suntuk semalam, kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab atas kejadian tersebut.
* Beliau juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik.
* Hishamuddin juga kelihatan terlalu sedih dan mengalirkan air mata.
* Menurut Alak lagi, ketika tiga lelaki tersebut menegurnya, beliau tidak perasan dengan teguran itu kerana sedang asyik dengan lagu yang dibawanya.
* "Saya tidak sedar, saya tengah asyik (feel) dengan lagu," jelasnya.
* "Saya sebenarnya tidak melondehkan seluar seperti yang ditulis oleh beberapa media hari ini."
* Ketika membuat persembahan itu, tambah Alak, beliau tidak berniat menimbulkan ketidakpuasan hati penonton.
* Sehubungan itu, beliau meminta maaf sekiranya tindakannnya itu menimbulkan kemarahan penonton.
* "Saya minta maaf kalau buat penonton marah. Bukan niat saya untuk membuatkan orang marah," katanya, sambil menambah persembahan mereka semalam dibuat secara percuma dan kehadiran mereka "demi rakyat."
* "Mungkin kami salah khalayak."
* Carburetor Dung merupakan kumpulan punk rock terkenal yang ditubuhkan pada 1991 di Kuala Lumpur. Kumpulan ini diasaskan oleh pemain bes Fendi dengan nama Stormfish pada mulanya.
* Nama itu ditukar kepada Carburetor Dung apabila Joe Kidd - seorang nama besar dalam perkembangan muzik indie - menyertai kumpulan itu.
* Nama kumpulan ini diambil daripada sebuah buku tulisan wartawan muzik Lester Bangs berjudul Psychotic Reactions and Carburetor Dung.
* Carburetor Dung setakat ini mempunyai dua album, satu EP dan album bersama serta enam album kompilasi. Kumpulan ini sangat sinonim dengan dunia muzik indie tempatan dan bermain dalam pelbagai konsert dan gig di Malaysia mahupun luar negara.
* Mengulas cara bantahan itu dibuat, vokalis kumpulan punk rock itu berkata:
* "Beliau tidak puas hati dengan cara bantahan di buat. Sepatutnya mereka (penonton) bertenang dan bawa berbincang, bukan (guna) kekerasan."
* Sebelum persembahan, Alak berkata, Carburetor Dung tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku memandangkan mereka "berjuang untuk perkara yang sama".
* Sebelum itu, mereka juga diminta berpakaian kemas dan permintaan itu dipatuhi, kata Alak.
* Menurut beliau, lagu Mari nyanyi menjilat ciptaan 2004 sebuah satira, yang dimuatkan dalam EP Macam celaka/hanturaya Putrajaya kumpulan tersebut, tentang orang yang suka membodek, antaranya untuk mendapatkan kontrak.
* Ketua kumpulan itu Joe Kidd pula menyifatkan bantahan itu terjadi berpunca daripada salah faham penonton terhadap satira dan insiden ini tidak patut berlaku.
* "Ini semua salah faham, tak boleh faham satira. Perkara ini tidak patut berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
* Persembahan pentas merupakan sebahagian daripada kebudayaan dan pemuzik seperti mereka mempunyai cara tersendiri menyampaikan pandangan mereka, kata pemain gitar itu yang turut berada di pentas sewaktu kejadian.
* "Ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Kami ada cara tersendiri meluahkan pandangan. Mungkin kami terlupa, situasi berbeza," kata beliau.
* Menurut Joe , mereka tidak perlu meminta maaf kerana lagu-lagu mereka membicarakan soal rasuah dan integriti.
* "Tidak perlu meminta maaf kerana kami bercakap soal rasuah dan integriti dalam lagu. (Lagipun) bantahan itu lebih kepada emosional," katanya.
* Lagu terakhir mereka dalam perhimpunan semalam, menurutnya disampaikan berdasarkan lirik asal tanpa ad lib dan penambahan.
* Kedua-dua ahli kumpulan itu menyatakan kesediaan mereka untuk terus membuat persembahan sekiranya diundang lagi di masa akan datang.


0 comments: